Sunday, May 9, 2010

Expression Version 1

Dear Readers,

Kadang-kadang jadi satu ketidakadilan, bila manusia suka mendiskriminasikan dari sudut darjat, paras rupa, dan yang paling obvious pasal "buruk-baik". Aku jarang sekali rasa down bila sesetengah orang tidak berapa suka aku. Well, memang resam hidup dimana susah untuk jadi orang yang disukai ramai. Bila dah disukai, benda baik semua diagung-agungkan, bila timbul satu keburukan segalanya dilupakan. Manusia, inilah adatnya. Dan aku tidak nafikan sama sekali. Tetapi, kalau memang ada jenis orang yang betul-betul sempurna, bila ada orang yang hati dah basi busuk bagai, mula la it comes to the bad things.

As usual, ini blog memang tidak specific kepada sesiapa. Aku tidak lah jenis manusia yang menuding jari pada sesuatu perkara. But sometimes yes. Aku sebenarnya banyak terasa hati dengan orang-orang sekeliling aku, tapi bukanlah hebat sangat aku ini nak pertikaikan setiap benda kenapa dia orang tak suka aku. Itu semua hak masing-masing. As long as kau tak sentuh aku memang aku tak akan membenci kau. Habis cerita. Aku malas nak jumpa setiap manusia yang "bengkerk" dengan aku, and tanya "eyh, why a lu tak suka wa?"
Ah, tak ada kerja baik aku cari calon suami dari cari orang macam itu.

Ini macam aku selitkan perkara-perkara yang related dengan kawan-kawan, family and also boyfriend ya. Basically soal family. Semua orang termasuk aku mestilah nak family yang bahagia. Aku ada apa yang kau orang ada tapi itulah, sudah nama asam garam manusia, mana tak ada masalah kan. Tapi be remind here, aku bukan lah nak story any of my family matters, aku bukan jenis membuka pekung didada menceritakan tentang liuk lentok keluarga yang memang itulah asal-usul ku. Buruk baik aku semua tertampil dari gambarajah keluarga aku. Jadi, martabat dan imej kena jaga bukan dicanang. Memang aku tak tipu aku ada masalah, tapi semua itu remeh temeh bisa di control. Aku tak ada hal. Hidup aku happy, kadang-kadang aku yang buat sesuatu benda jadi complicated yang datang dari diri aku sendiri. Sengaja cari masalah, sebegitulah.

Ini cerita pula berkaitan dengan seorang manusia yang bila makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Pelik gila okay. Ini macam ada penyakit and plus i am so jealous sebab itu aku state statement ni. Orang jenis ini memang buat aku sangat jealous lagi-lagi bila lepak dengan aku and order semua makanan 5kali lagi berlambak dari aku, makan macam hantu raya, tapi body dia memang maintain solid. Maybe orang jenis ni jenis yang makan then muntah or whatsoever. Aku tak peduli, tapi memang kalau berkaitan dengan issue badan sungguh sensitive untuk aku. Since aku ini jenis yang foody juga, dalam kawalan control nafsu serakah terhadap makanan disekeliling. And yes! Aku dah berjaya meninggalkan McDonald selama 3 bulan, we'll see berapa lama kau bertahan.

Disini aku ada ayat kasuarina salju punya, "manusia dan tekanan sama macam baby dengan rahim". Aku malas nak explain apa meaning nya, kau google sendiri. Dunia dah cyber apa kau nak lagi? OK basically, aku teringin nak jadi macam kawan-kawan aku yang indah belaka hidup dia orang OH! Apa nak semua dapat. Boleh tak kalau aku nak cakap, Aku nak hias hidup aku dengan benda cute-cute. Tapi aku tak sesuai bercute cute ni. Aku bold. OK aku perempuan maskulin. Aku suka pink tapi pink doesn't suit me lah. Nampak macam pondan je. Sebab aku maskulin. Tapi aku suka tgok orang ber-pinky pinky. Okay, jadi aku minat lah red maybe it's suits me. But deeply inside memang aku suka pink tapi orang tak tahu. Memang aku Bold tak reti nak bergaya mana, if nak bergaya kena refer magazines. Memang aku make-up sometimes tapi well, tak ada intention sangat nak update all about fashionistas. Apa yang aku pakai asalkan selesa dan aku suka tak kira lah murah ke tak. Lagi satu, perempuan lain suka bunga, suka teddy bear, suka benda-benda macam flowery gitu. Tapi aku jeling pun tak. Sampai balak-balak aku pening nak bagi aku apa pressies. Tapi, bila ada orang bagi rasa excited tu ada lah juga eventho rasa macam geli pegang benda alah itu kemana sahaja tapi well, quite blushy bila dapat.

Banyak lagi aku nak cakap from the bottom of my heart, banyak benda yang aku nak tapi tak dapat. Ha, aku jealous bila tengok girl-girl yang obviously baju mereka akan saling berganti setiap kali keluar i mean like, "kau ada banyak baju, ei bagi satu?". Type macam ini memang basically dari golongan yang kaya lah, and aku ini nama saja parents kerja cikgu, tapi hidup aku tak semewah mana but sekadar cukup okaylah, tapi memang aku sungguh suka dengan kebendaan. Aku tak minat gadget sangat, tapi macam perempuan lain, ada 3 almari baju and 3 almari kasut. Oh sungguh heaven hidup. Baju aku agak banyak, tapi rasa macam tak cukup.

Soal boyfriend, aku malas sebenarnya nak cakap pasal benda ini, sebab bagi aku kalau nak expect all the way perfect dari akar ke hujung itu bukan manusia, maybe aku boleh terima and ajar dia bercinta. Atleast appreciates me, tak susah. Aku Bold, aku tak leceh macam perempuan lain, just bagi attention dan appreciates. Senang okay. Siapa dapat aku memang senang hidup rather than kau kena belikan bunga hari-hari, jaga tutur kata setiap benda pun. And aku bukan jenis yang ordinary girl macam ye lah kau orang tahu kan, apa dia orang nak dalam relationship. But for me, simply simple kau tak payah fikir. Get to know me well, then kau tahu aku jenis macam mana. Hey, kau boleh share macam-macam dengan aku since aku pun suka music hardcore and punk, Aku suka Liverpool and aku suka kucing by the way. Tapi macam biasa, rama-rama, please get away from me! Aku simpan satu nasihat kawan aku merangkap abang , aku kena letak serendah-rendah expectation from my boyfriend supaya aku tak kecewa. Oh, walau apa pun orang nak cakap aku ludah jilat balik, i know what am i doing. Ini soal hati dan aku tak ada comment pasal ini as long as " Please lah faham kawan, aku tak nak relationship aku dengan kau effect!". Ok, tolong take note aku tengah tak ada dalam kafilah ini.

Okay ini satu secrets, aku jealous sangat dengan one girl ni. She's my classmate during secondary school, she's perfect dan aku teringin jadi macam dia. Ada semua. i mean like bukan semua itu aku nak sangat tapi mostly memang apa yang aku inginkan satu benda aku tak ada tapi dia ada. Nama pun sama "Izzy". Tapi nama dia tak related sangat dengan true name "Hariza" if compare than nama aku. Dia hot, stylish, very material lady, sungguh gorgeous but semua ini bukan aku nak. Aku just nak jadi macam dia, cantik and suits everything, boleh main guitar hey that is cool. Tak ramai girl hot macam itu boleh main guitar and eventho i'm not that expert or even well-play. Dia macam tak ada masalah saja bila setiap kali aku view facebook dia mesti banyak benda baru yang dia buat. And dia pakai. And paling best her boyfriend, terlalu caring. Nampak sangat okay. Bertuah kau Izzy. Maybe bila aku dah kerja boleh lah aku jadi macam kau.

Banyak sebenarnya nak diungkapkan, tapi dah enty aku more on an expression so tak adalah gambar-gambar yang boleh attract sebab aku tak encourage anybody to read this, entah lah aku tak tahu kenapa aku macam ini. Hopefully just for a while, tak melarat. And one day i can be happy like others. Soal lelaki, itu aku sangat tak nak ambil tahu sebab aku cinta dia. Tak ada yang lain. Sekian, akan diupdate. Bye.

4 comments:

Afique Zainuddin Ahmad said...

bak no tepon ur classmate yang sgt dicemburui itu..nak nak nak..nak!!~~siapa tak nak perempuan pandai main gitar..nak wei no tepon dia..hahahah

farah ashikin said...

ko pun perfect gak izzy..

Unknown said...

jadi yang baikbaik.kalau da baik,baiki diri untuk tak sangat nak benci orang jahat walau tahu diorang memang jahat.benci jahat mereka bukan orangnya.mesti semua suka.yahh.jom.

nanad said...

hey , kamu special jugaa :)

 
Template design by Izzy Adlina