Dear Readers,
Patah hati itu adalah satu pengalaman yang amat menyakitkan bagi sesiapa saja yang mengalaminya. Patah hati boleh membuatkan seseorang tidak lena tidur, kerana kecewa, benci, terkilan dan seribu macam perasaan di hati yang tidak terungkai. Dunia akan terasa sepi sesepi-sepinya. Hati terasa sayu dan sunyi. Yang paling menyedihkan bila kita merasa teramat rindu dan menginginkan belaian dan perhatian dari seseorang yang bisa memberikan, tetapi kita gagal merasainya.
Semua ini sinonim dengan "SEDIH". Lebih-lebih lagi kepada yang pernah lalui pada masa silamnya. Akan tetapi, kekecewaan yang kita tanggung bukan satu pengakhiran dalam hidup. Ianya satu hadiah dan kita patut bersyukur. Kerana adanya kecewa itu wujud dalam hati kita, adalah satu peringatan dari Allah. Agar kita lebih berhati-hati dan tidak terlalu mengharap.
:'(
Izzy Adlina
.
No comments:
Post a Comment