Friday, July 2, 2010

This is what it's all about.

Dear Readers,

It may be a crazy life, but it is our life, i have always dreamed of having a perfect boyfie, but now look at me, how happy i am with him and also i have been blessed with my beautiful lovely Family and Friends which makes most days very interesting, Alhamdulillah.

Mari story sikit apa jadi hari ini pada 1 haribulan Julai tahun 2010, tarikh dah betul tapi masa agak kelam kabut berikutan dengan terlalu banyak appointment dengan kawan kawan tersayang :D
Seronok macam tahap cilaka hari ini, ish macam macam perasaan lah, hati berbunga ni, lantak kau nak kata aku jiwang ke apa lah, aku peduli apa, janji i've grab what i supposedly deserved.

Hari ini pagi2 aku excited masakkan lauk kegemaran Si dia "ikan tenggiri lemak cili api" bersama "kek lapis" untuk menambat perutnya (si adik BF punya falsampah), apa-apa aku sanggup buat for my the only man and the love of my life seorang ni, tengok lah betapa excited nya dia makan, sampai tak menyabar, depan pintu pun jadilah sayang, sedap sangat yea? Kahwin lah cepat, hari hari I masakkan untuk you dear <3



Dan sesudah aku menjalankan tanggungjawab seberat berat seorang isteri mithali, terpanggil dengan nawaitu yang excited untuk berjumpa kawan lama kesayangan ku dua orang yang pernah couple diwaktu zaman persekolahan dahulu, haallaamaak kantoi haha, haih, mak hantar pergi belajar pergi bercinta pula.
Ini perempuan comel favorite buah hati aku, Eyno tehee! Walaupun dia selalu gelabah, tapi dialah kawan baik dari sekolah lagi, selalu ada dengan aku waktu susah senang, thanks eyno, kerana dirimu begitu berharga. Dan kerana gelabah mu buat ku gembira :D
Ini dia, Zainormiza Hamzah, cute kan ?




Oh tak lupa juga dengan mamat seorang lagi yang ada sekali, dah lah ajak lepak dekat kedai mahal mahal ingat aku ni anak jutawan Cili Giling ke apa, ajak lepak mamak tak nak, tak happening lah apa lah, lalu aku layankan lah kebulur mamat ni untuk berlepak di Kedai Kopi Shah Alam. We ad a great talk together with eyno, mengungkit kisah kisah percintaan yang lama, Epy kau main kasar yea? Tahu lah sekarang dah jadi body builder :)
Banyak tips untuk menjadi "model sambilan seperti Hanis Zalikha" aku dapat dari mulut celoteh dia, tapi dia ni bagus punya kawan, direct one, I Like!
Ini orangnya, Safiy Syazwan, bapak dia aku tak tahu nama, sebab dia tak pernah bagitahu aku, ada dulu, tapi dah lupa. Dan aku sayang dia. (Ah sudah, kau tak payah senyum lebar sangat time baca ni, menyampah geli aku!)


Walaupun hujan mencemburui aku yang syok melayan gila sendiri hari ini, aku teruskan dengan dating with him and Qin, pergi ke Flaming Steamboat Subang, makanan sana memang puas hati, RM23 sekepala, banyak seafood dia orang provide, memang aku suka lah kan benda-benda steamboat ni, bak kata Safiy, Steamboat elok untuk orang yang sedang berdiet hardcore. So akulah orangnya,haha.




Qin, nama glamour seorang perempuan tinggi kesayangan aku, selalunya dijodohkan berjumpa waktu waktu musim durian sebegini, nak buat macam mana, memang kita orang muka durian, tajam tapi manis. Seronok dapat jumpa dia, dengan cerita macam macam dia share dekat aku, maklum lah sudah lama tak bersama. Dari start enjin kereta, sampai parking pun tak berhenti dia bercakap, macam ikan todak tush tush tush tush, non-stop, bagus lah Qin, aku saja pendengar setia untuk kau sampai terbang udang dan fishball dekat Flaming tadi, sudah seronok sangat bercerita.

Selepas makan, pergi jalan jalan dekat Sunway Pyramid teman Qin beli wallet baru dekat Roxy sebab mengeluh tak ada wallet gara-gara rosak. Kesian kau, beli juga akhirnya well siapa yang pilih kan. Ada benda kelakar, kitorang siap masuk tandas lelaki dengan yakin ikut Bebea sekali, nasib baik tak nampak sesiapa yang start pancut memancut, haha.

Masa on the way balik, jumpa Yaya kejap, Ya perempuan Donut kesayangan I seorang ni memang sudah lama tak bersama dulu ya selalu berkepit macam beluncas, selalunya bila plan nak jumpa mesti cancel lah apa lah, bukan tak ada jodoh. Seronok dengar Love story dia dengan BF baru SHAH the Chef assistant, Alhamdulillah, bahagia juga kau setelah 4 tahun merana dengan mamat kaki pukul tu, Happy dengar and congrats Babe! Rindu gila budak Donut ni. Budak ni saya suka sekarang sebab dah banyak berubah kearah kebaikan, bagusnya kawan kawan aku semua ni, Alhamdulillah :)


Inilah aktiviti aku dari pagi, agak happening sangat, eventho penat macam jenahak, rasa kepuasan memang best walaupun tidak sempat jumpa lagi 5 orang gara gara hujan dan kesuntukan masa. Wahai Fatin, Faizal, Iffah, Danial dan Faralina nanti ada rezeki dan masa terluang i'll pay the dates! Yang paling penting, aku ditemani dengan Boyfie tersayang for the whole day and thanks sayang, suka baju Converge Jan Doe you tu, cool sangat :)



Dengan itu, setelah panjang lebar aku story pasal hari ini punya day out, this is what it's all about, terima kasih Tuhan atas segala yang Kau berikan, Alhamdulillah.

P/s : Alis Suhairin Abd Ghani, awak tidakku lupa kerana menjadi teman setia pendengar saya and love you :)


3 comments:

Iffz Shizz said...

nnt kita jumpa k? sorry tau! :(

Izzy said...

tak apa iffah, aku faham, kita jumpa okay, I miss you so much :(

-mRs HaSrEeK- said...

sweetnye note lasr sekali tu ahaks...
like it dear...

 
Template design by Izzy Adlina