Tuesday, October 26, 2010

Bala yang kau beri, dah ku buang.

Dear Readers,

Hello, seronoknya tadi jumpa pontianak-pontianak aku. Hilang stress jap. Hari ni aku tak selera makan, dari pagi aku minum air saja. Tak tahu lah apa dah jadi kat aku hari ini, dah lah kena ugut/ragut yang sama waktunya. Kesian aku. Nasib baik aku buat muka innocent, kalau tak dah lama lah kot aku kena rogol kat situ. Terdiam aku si peragut/ pengugut tu buat aku. Nasib dia tak meraba-raba. Kalau tak, aku raba dia balik. Sedang aku park scoot aku, tetiba datang seekor Indon mabuk dari mana aku pun tak tahu. Dia tak lah keluarkan pisau atau batang dia. Bau dah lah busuk bau arak, pukmak betul.

"Kalau kau tak nak susah, kau jangan bising, kau keluarkan apa yang kau ada"

Aku tanpa berfikir panjang, aku bagi dia purse aku, terus dia selongkar macam anjng kelaparan, dia ambil rm50 then terus belah, semoga kau accident perut terburai lah sial. Kau jangan ingat, kau boleh hidup senang. Nasib baik kau lelaki, kalau tak dah lama aku terkam. (Bajet berani)

Demikian lah cerita tadi. Ish ini mesti bala yang sepatutnya aku dah buang 2 bulan lepas, tapi datang balik. Okay benda yang aku nak cerita sangat ni adalah, kisah bekas teman lelaki aku yang aku puja-puja dulu. Kepada pembaca setia blog aku, mesti korang tahu kan aku cakap pasal siapa. Yeah, memang aku dah lupakan dia, dah maafkan dia. Honestly selama aku dengan dia, hidup aku huru-hara, memang setempek karma bagi kat aku. Disebabkan dia, aku dah hancurkan banyak hati yang baik-baik, yang aku rasa aku boleh bahagia disayangi oleh mereka-mereka yang mulia. Cukup-cukup lah bala yang aku dapat, dah lah tak ada rasa berterima kasih, aku tak tahu kau tu berhati apa. Nak kata binatang, jahat pulak.

Kawan-kawan aku yang rapat dulu, semua datang balik setelah dia tak bersama aku lagi, malah diorang happy untuk perpisahan aku dengan kau. Tak sangka, orang yang pandang dari jauh pun tahu aku rasa. Aku ingat aku seorang saja yang menanggung. Thanks my dear friends, kenapalah dulu aku buta cinta sangat sampai sanggup biarkan dia pergunakan aku, buat aku macam binatang, pukul aku, hina aku dan macam-macam celaka dapat.

Selepas aku lepaskan diri, slowly aku try recover hati yang remuk berikutan dengan sikap buas binatang yang dia buat kat aku. Aku sangat berterima kasih kepada yang concern kat aku terutama family and friends, cukup-cukup lah wahai lelaki. You don't deserved me at all. AT ALL!

Ha, aku bukannya marah sangat, dah berlalu, lagipun aku sekarang disinari pelangi untuk hari-hari aku. Makin ramai yang datang setelah kau pergi. Kawan-kawan yang aku abaikan dulu, jauh lagi concern dan menyayangi aku. Tapi untuk kau, aku minta kau berubah dan jaga budi bahasa dan perasaan manusia lain. Aku kadang-kadang kesiankan kau yang tak pernah nak menghargai segala pengorbanan aku, kasih sayang aku, layanan aku terhadap kau. Aku hope one day kau jumpa perempuan yang betul-betul layak dengan kau.

Itu saja untuk coretan kali ini, bala yang aku peroleh dari dia, aku dah buang jauh-jauh, life aku makin bermakna tanpa kau. Semoga berjaya amin.

P/s: Syah Rizal, i miss you too. I tak nak call you, i tak nak reply message you, sebab i nak tahu sejauh mana you sayang i okay, jangan ego sangat. Bye.


No comments:

 
Template design by Izzy Adlina