Friday, October 22, 2010

Falling Slowly.

Dear Readers,

Heys, we meet again. As for today, aku jalani hidup seperti biasa, tiada benda yang pelik berlaku, penat seharian dengan shooting di shah alam, cukup dah buat aku rasa seperti artis wanita paling popular. Tapi hari ni lain, aku serious rindu dengan setiap benda ada pada dirinya. Dia buat aku rasa tenang, yakin dan tahu apa yang aku mahu dalam hidup. Dia bagi aku jalan untuk aku mudah membuat keputusan. Hari-hari dia bagi aku senyum, bagi aku gelak sendirian macam orang hilang akal dan hari-hari dia buat aku rasa berharga.

Sudah lama aku tak rasa apa yang aku rasa sejak dua menjak ni. Tuhan saja yang tahu apa kata hati aku, apa rasa aku, apa yang aku nak, apa yang aku harapkan dan apa yang terbaik untuk aku. Mungkin selama ni aku terlalu bermain dengan manusia jahil, sampai aku lupa untuk menyayangi diri aku. Hari ini, aku tahu apa yang aku perlu, bukan apa yang aku mahu.

Biar lah masa ni bawa aku dan dia kemana sepatutnya pergi, sampai satu hari aku yakin akan bersama, aku akan tunggu sampai waktunya. Tadi, aku seronok sangat. Sebelum sampai rumah, aku bagitahu kawan aku yang aku kena balik sebelum12 am sebab ada orang nak call. Aku main cakap saja, bukan betul pun. Tapi, sesampainya aku dirumah pukul 11.50 aku naik ke bilik, buka lappy buruk ni, tengok gambar dia banyak kali. Tepat pukul 12.00 am, handphone aku berbunyi, Ya Allah, dia call, jantung aku laju gila nak mengangkat call dia, berdebar tak pernah dirasa sebelum ni, excited macam babi. Ish! Seronoknya dengar suara dia, seronok sangat. Dia mulakan hari aku harini, dengan sejuta rasa. Undefined.

Thanks sebab mainkan lagu "Falling slowly" and "Semua tentang kita" untuk aku. Aku suka sangat. Suara dia, mainan dia, semua pasal dia. Sampai buat aku jadi macam ni tak pernah-pernah.

"Ya Allah, jodohkan lah kami, jangan kau ambil dia dariku. Ya Allah, kuatkanlah pegangan dia, bimbingkan lah dia, selamatkan lah dia dari segala bencana, Berikan dia kejayaan dunia dan akhirat, berikan dia nafas bahagia untuk hari-harinya, agar dia rasa bermakna dalam dirinya. Ya Allah, aku cintakan dia. "

Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku.


P/s: PERGI MAMPUSLAH KORANG NAK KATA AKU JIWANG KARAT KE APA KE, AKU BUAT KORANG SUSAH KE? FUCK!





No comments:

 
Template design by Izzy Adlina