Thursday, February 24, 2011

Bila sudah di-APPROVED, mulalah BERANGAN

Dear readers,

Selalunya, kalau sudah ter-update post pasal benda-benda macam ni, semestinya ada udang disebalik ketiak kan. InsyaAllah jika tiada aral melintang, 5hb March 2011 hari Sabtu, Akmal akan hantar rombongan merisik. Wow, memang tak sabar rasanya hari itu dilangsungkan. Bibit-bibit indah yang aku bakal lalui ini amat bermakna bagi diri aku.

Dalam meniti hari-hari kebahagiaan bersama si dia, sangat berbeza berbanding dengan bekas-bekas "tak berguna dan sedikit berguna" yang dahulu. Aku bersyukur akan adanya dirinya dalam hidup aku sekarang. Kejujuran dan kesungguhan yang dia buktikan sangat menyentuh hati. Terharu dan bahagia. Bersyukurnya aku Ya Allah. Maaflah andai kejiwangan disiang hari ini memberi kegelakan kepada anda semua. Memang tenang suasana dengan baru lepas hujan cuacanya dan suhu darjah celcius yang nyaman yang mampu bawa aku terpanggil untuk mengarang blog. Sesambil mengintai blog orang lain yang banyak dipersuarakan khusus untuk misi-misi, saat-saat, rancang-rancang, dan hasil-hasil mengenai proses perkahwinan mereka. Aku jadi seperti serius ingin memberi coretan khas untuk blog aku sebagai satu memori yang akan diperkenangkan buat selamanya.

Ada juga dalam proses awal-awal sebegini mulalah aku gelodah di search engine yang sedia ada mengenai baju pengantin, favourite pelamin, pilihan warna, dan segala-gala yang semestinya berhubung kait dengan wang ringgit. Tapi tidak salah untuk peringkat awal ini aku berangan, angan dalam sedar InsyaAllah jadi kenyataan. Minta-minta sebegitulah. Seharian aku selongkar laman-laman web yang terkemuka untuk mencari wedding dress yang aku rasa macam suka dan sedap dipandang. Antara semua yang aku select, bawah ini lima antara terbaik yang aku sangggaaaaaaaat suka. Cekidaud.






Justeru itu, tanpa membuang masa aku yang tak berapa terbuang ini, aku mula menggatal jari mencari contoh-contoh pelamin yang simple dan elegant look, mungkin. Ataupun indah dipandangan mata tetapi tinggi kosnya. Oh, itu ditolak ketepi, sudah aku cakap ini adalah angan dalam sedar. Berangan lah kau Izzy. Pelamin-pelamin dibawah aku "save image as" dekat google search saja. Oh pelamin anganku. Sekian terima kasut, akan di update.










2 comments:

Cikpuan Qiqi said...

wah..tahniah3...hehehe..moga berbahagia..qiqi ni lmbat lg

afifahadit said...

siyes ke???? congrats!!!! :D

 
Template design by Izzy Adlina