Wednesday, March 16, 2011

Hello NAFSU


Dear Readers,

Lately asyik cerita pasal cinta naik boring pulak. Kalau tidak blog ini memang terkenal dengan medium pemakihamunan umum, mengutuk-ngutuk dan membahan manusia haiwan sekalian alam. Errrr, selagi aku belum kahwin, aku takkan tukar motto Blog ini, tetap dijadikan sebagai "Blog tentang kentut seorang perempuan" boleh kan?

Selain daripada itu, misi hidup aku kini semakin beranjak ke dunia Twitter dan aku pun tak tahu faktor tarikan dari siapa, mungkin rasa seronok bagitahu satu dunia apa aku tengah buat dari semasa ke semasa acah-acah Scha Al-Yahya, Paris Hilton, Beyonce Knowles yang aku pun tak tahu motif. Lagi-lagi bila sudah subscribe through talipon bimbit memang seronok lah ber tweet-tweet. Even tho kadang-kadang dasar lahanat annoying SMS masuk non-stop.

Paling paling paling penting sekali adalah masalah puaka nafsu aku semakin membuak-buak. Oy! Jangan fikir lain lah, maksud aku nafsu kebendaan. Nak itu nak ini nak situ nak sini saja! Tehee~

1. Baru-baru ini aku baru saja buat passport berikutan dengan program 2011 untuk travel terlalu banyak dan berderet justeru benda ini jadi satu pembakar semangat untuk hidup lebih updated. Yawn! Dalam tahun ni, ada banyak family plan, buddies plan dan Akmal's plan. Antaranya:

February: Family day dekat Port Dickson, Negeri 9

March: Family trip ke Terengganu, Kelantan, Kedah, Penang, Perak dan sangat penat duduk dalam kereta waktu hujan angkara Tsunami di Japan. Tapi hectic trip.

May: Ke Pulau Pangkor organized by Freight Management Company, ada Family Day dan yang bestnya Akmal ada yay!

June: Ha ini bulan pembuangan duit mak bapak dimana, ada 3 trip dalam satu bulan.
-Ke Medan Indonesia 3hb - 7hb, flight semua dah booked tinggal pergi saja.
-Ke Pulau Redang 8hb - 10hb, ini family day yang supposedly buat pada bulan March itu hari, tetapi di postponed gara-gara Tsunami dan hujan ribut. Paling tak sabar!
-Mendaki gunung tak tahu lagi which gunung still under planning.
Macam menteri Pertahanan Awam pulak busynya.

July: Majlis pertunangan aku pada 9th July 2011. Baju sudah ditempah, agak sexy dan terbuka sampai mak aku geleng kepala. Dulang-dulangan punya stuff still in progress, take it slow.

December: Akmal kata nak bawa aku pergi Langkawi entah betul ke tak.
................................................................................................

Selesai nafsu travel aku, confirm mak bapak aku pokai tahun ni. Nak melabur ke majlis aku lagi, trip sana sini, duit belanja aku semua. Tapi kan! Ada lagi nafsu wishlists aku yang aku teringin sangat nak ada. Oh tolong kalau aku ni anak Sultan Mudzaffar Shah keturunan ketujuh Merong Mahawangsa.



1. Ipod Touch @ Blackberry - ini entah bila aku nak tukar talipon bimbit buruk aku ni, tolong lah, dah boleh bagi pinjam dekat mamat-mamat Bangla sudah weh. Sangat tak updated betul.

2. Magic Card - Credit card lah for sure. Seronok kan bila shopping-shopping ada credit card main swipe je pergh heaven gila hidup. Macam syurga. Pastu siapa nak bayar? Bukan aku jugak ke? BODOH.

3. New Wardrobe - Tolonglah aku dah desperate sangat dah nak update baju-baju aku dalam almari macam boring gila asyik pakai baju yang sama saja. Menjurus kepada berat badan yang agak consistent menurun sedikit demi sedikit, banyak seluar dan baju sudah kelonggaran, nak minta ibu malu pulak. Rasa macam tak sabar nak kerja, dah ada gaji sendiri memang confirm-confirm every month aku shopping.

4. Curled Long Hair - Sorry dear hair, aku banyak letak bahan kimia, panaskan kau, tempek tu tempek ni, at the end, rambut aku sudah tak ada kemajuan cyber langsung. Kalau boleh nak macam Kim Kardashian's type hair please? Before that, "oii rambut cepat sikit panjang boleh tak?"

5. Make-up stuffs - Sememangnya natural lagi menawan akan tetapi bila ada event apa-apa tak ada lah muka aku macam arwah Michael Jackson.

6. Myvi - Setelah dibawa berbincang, aku rasa nak angkat Myvi. Dan sekarang dalam proses memujuk kedua orang tuaku. Aku dah tak larat naik scooter. Accident, hujan, rambut leper, bau asap, tak boleh pakai baju kurung pergi kerja dan tak boleh bawa barang banyak sekaligus adalah masalah terbesar dalam hidup aku sekarang.

Memang segala lahanat jenahak nafsu aku semua ni, memang free of charge #sentaphatimaknak

Masalah paling-paling besar, MANA NAK CEKAU DUIT NI OY?

Sekian terima kasut.



2 comments:

The Flying Petal said...

jangan beli blackberry...saya pengguna blackberry mengesyorkan baik beli HTC DESIRE HD...sebab blackberry bongok selalu hang....tengah cakap fon ke...dan tengah-tengah bersemangat gila bergayut...tetiba fon hang...rupanya tengah update sendiri secara mengejut...selalu okay..memang la bagus selalu update tapi quite bongok la kan..wakaka

and myvi digalakkan untuk membeli sebab selama 2 tahun saya memandu myvi...tak pernah lah dia buat perangai...alhamdulillah...maintenance pun rendah....recommended...

haha..skema kan..lol=P

Unknown said...

hahahaha gila emo osheen you ni pasal BB. tehee!!!btw, thanks for the info. :) Love

 
Template design by Izzy Adlina