Tuesday, March 22, 2011

Lelaki Jelik

Dear Readers,

Kali ini aku nak ceritakan tentang benda-benda yang membuatkan kaum-kaum 'tentera bergajah' ini di reject oleh kaum 'tulang rusuk' dimana ada sesetengah lelaki ini merasakan diri mereka cool sedangkan tidak bagi pihak perempuan. Mungkin atas sebab-sebab ketinggalan zaman ataupun annoying gila babi pun pun pun. Setelah dianalisa dan buat observation sendiri secara terperinci, jenis lelaki yang perempuan benci terdiri dari jenis :-

Lelaki Cruutt Cruutt:
Oy kepala lutut kau, kalau ye pun nak tackle si gadis "hot damn" macam aku ni (tak nak kalah) dan seangkatan dengannya, tak perlulah guna isyarat yang melibatkan pergerakan otot mulut, gunalah jari ke, kaki ke, lutut ke, misai ke, janggut ke dan apa-apa ke. Boleh tak? Zaman sekarang ni dah tak main dah "sweet sweet" atau "cruutt cruutt" tu. Buat lagi dibenci ada lah, tak pun di reject tak kisah lah muka kau macam Aaron Aziz ke, Shamsul Yusof ke atau sekhemah dengannya, taraf korang automatically merundum jatuh okay. Silap-silap kalau perempuan "hot damn" tu tengah bendera merah, tak pasal-pasal mendapat ibu jari hantu.

Lelaki yang Bajet Cool:
Lelaki jenis macam ini kebarangkalian terpengaruh dengan lakonan Farid Kamil dalam cerita I'm not Single dan Lagenda Budak Setan yang membuatkan mereka rasa diri mereka cool dengan tidak semena-mena. Boleh jadi, manusia jenis macam ini kurang keyakinan terhadap personaliti diri. Contohnya, nak lepak kedai mamak belakang rumah pun nak kena pakai smart-smart dengan sunglass hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta? Tak pun time makan kena buat muka relax cover-cover padahal bila senyum ada cili melekat dekat gigi. What a life!

Lelaki yang terlebih Lelaki:
Manakala, jenis spesis sebegini sememangnya adalah type lelaki yang kononnya anti-perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. So that, bila perempuan tengok rasa macam "Ohh, takutnya dengan that guy, macam gangster" tak pun mesti lelaki tu beranggapan "Minah ni mesti ingat aku bukan kaki perempuan bila aku buat muka macam ni kan". Oh come on, get a life. Kena ubah diri ni beb, apa yang perempuan tu bagi kena dibalas seadanya. Tunjuk muka masam saja siapa nak dekat dengan kau, entah-entah orang jenis macam ni jenis lelaki pukul perempuan dan panas baran. Kebiasaannya lah. Eeee, tak layak betul kahwin dengan perempuan, dengan binatang amat sesuai bagai pinang dibelah dua mungkin.

Lelaki jenis suka Bocor rahsia perempuan:
Berbeza dengan jenis ini, terlalu peramah sampai suka menyibuk bergosip dan membawa mulut. Perempuan sangat tidak enak untuk bermesra dengan lelaki macam ini, kalah perempuan jah oi jah. Kalau tak dapat join, mula lah merajuk tarik muncung sampai boleh sangkut hanger. Lelaki ini confirm-confirm akan sebarkan cerita yang didengari sehingga ke keturunan ke-7 mereka.

Lelaki yang tak pandai jaga hati perempuan:
Kalau setakat romantik je lebih, tetapi bab jaga hati hampeh, tak cara bro. Sebab majoriti kaum perempuan mengharapkan si lelaki memahami mereka dan perasaan mereka. Sebab sudah sedari azali, mereka mempunya hati yang sangat rapuh seperti roti tisu mamak. Kalau rasa nak ambil perhatian perempuan, cuba mendalami hati mereka seikhlas yang boleh. Tak salah kan? Kalau rasa tidak berkemampuan, elok lah daftar diri di Zoo Negara. Tak perlulah nak "HEARTLESS"

Lelaki yang Pengotor:
Zaman sekarang ini, mengikut pemerhatian aku, sudah ramai yang sedar akan elemen yang terpenting iaitu kebersihan diri dan sekeliling. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut. Eeeekkk. Yucks. Tolong yea. Geli sial.

Lelaki yang suka Cerita Lucah:
Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan orang macam tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai kau orang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin cepat sikit. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti apa pun tak jadi. Menambah dosa saja. Dunia dah lah nak kiamat.

........................ End ..........................



Oleh yang sedemikian rupa, adalah wajib bagi manusia yang di stereotype dengan perkara-perkara diatas berubah demi kebaikan sekalian ummah. Sekian terima kaki. Muah.



No comments:

 
Template design by Izzy Adlina