Wednesday, April 28, 2010

Benda yang aku suka tapi terpaksa Boikot. Kot?

Dear Readers,

Benda yang aku nak cakap ni if tak perlu explain and buat "Introduction" pon tak apa kan. Antara benda yang aku bangga tinggalkan, salah satunya, ialah McDonald's.

Bukan sebab aku nak diet, atau those Israeli's bullshits, tapi sebab selepas aku tengok video yang kat bawah tu. But if aku nak diet sekalipun apa barang menolak nafsu benda sedangkan aku lagi suka PIZZA! Oh!

McDonald's setiap hari setiap kali waktu makan ialah lebih merbahaya dari merokok satu kotak sehari. Ini fakta. Aku tak kata merokok itu bagus, cuma, ya, ini fakta.

Hati kau mati (bukan frasa patah hati, literally, yes), obesiti rupanya tak menonjol sangat kalau kau makan McD selalu.

Aku tak ingat hari keberapa, tapi ada satu hari dia rasa depress gila sebab belum makan. Dia jumpa doktor, dan doktor kata ia salah satu simptom ketagihan.

Lelaki ini bikin diet yang mana dia tak akan makan apa-apa selain McDonald's setiap hari untuk 30 hari setiap kali waktu makan. Dan salah satu peraturan diet untuk dokumentari ini ialah, setiap kali orang di belakang kaunter tanya, "Mahu Super Size?" dia wajib jawab ya.

Super Size Meals yang tak ditawarkan di menu McD Malaysia, aku tak pasti kalau tak sempat sebab lepas dokumentari itu, McD buang Super Size dari menu, menawarkan french fries tertinggi dunia dan 1.5 liter (aku tak pasti, lebih kurang mungkin) soft drinks. Macam Big Gulp Malaysia saiz terbesar, kali dua. Atau sama dengan isi kandungan botol besar Coke.

Aku cadangkan korang tengok. Lepas ni nak ban McD atau nak tuduh aku delusional, mana ada orang makan McD hari-hari dan McD yang jarang-jarang tu tak merbahaya pun sebenarnya, itu hak korang lah.

Tapi untuk aku, aku tak berani dah. Macam telan racun, tau? Atau macam di tali gantung dengan kerusi di hujung kaki dan di hujung kaki kau ada satu roller blade terpasang kemas.

Selepas 30 hari, Morgan Spurlock dikatakan akan mati kalau dia carry on diet McD yang dia dok buat -- 3 kali sehari selama 30 hari.

Aku tinggal McDonald's tak lama selepas itu. Aku rasa nak buat free DVD giveaway, sebab aku nak educate orang, yang McDonald's membunuh. Dan target utama aku ialah orang-orang yang bekerja di McD. Poyo, kan?

Aku jadi macam sial sekejap menahan nafsu McD aku ini. And then, tak tahu la kenapa tengah sibuk-sibuk bawak motor lalu sebelah McD tergoda pula. Mak Datuk. Korang tengok la Video bawah ni. Aku Nak Berak Bye.

No comments:

 
Template design by Izzy Adlina