Tuesday, July 20, 2010

Isnin dan Selasa.

Dear Readers,

Hye peeps, welcome back to my stories, aku sangat busy nak mati macam hari-hari aku post dekat blog seperti biasa but then nak cerita sedikit apa yang berlaku dekat aku sepanjang dua hari ini, Isnin dan Selasa, 19th July and 20th July :)

Pagi isnin berjalan seperti biasa, tak lah seceria mana, mood macam normal menjalani dunia seorang student sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Jadi petang itu seperti dijanjikan, aku rasa sangat kempunan mak datuk dengan makanan tradisi dekat Bukit Kuda Klang, "Nasi Telur Berlada".

Ini tempat favourite aku and Azne whereby kami akan singgah makan disitu setiap kali balik kerja dekat jusco dulu, and tengah atas jalan, aku tak ada kerja nak buat, sambil usik si gila saya ni, saya ambil lah gambar banyak-banyak, cool okay!

Ini lah jalan nak kesana, macam gampang sikit jalan dia lagi-lagi time malam memang horror kalah Indiana Jones punya cerita.





Sedang menikmati angin petang dan menghidu bau masakan telur berlada yang tidak jauh dari situ, aku sempat offer nyawa dekat jalan raya dengan mengambil gambar sendiri dan ini antara hasil yang agak unik dari penangkapan oleh HP buruk aku. huhu.




Ya, setiba di pengkalan, Azre merangkap adik angkat ku tersayang sudah tiba, dan kami memulakan aksi pemakanan buas lahabau yang amat dirindui setelah sekian lama tidak terjerumus gara-gara masing-masing sudah mula melangkah ke alam pembelajaran.



Well, itu saja pada hari isnin, aku post benda yang aku ambil gambar saja, hahaha, macam interesting agak-agak aku snap lah apa yang patut untuk diselitkan di dalam Blog Tattamasi.

Dan ini cerita pasal tadi, aku ketagih pula nak makan Ani Sup Utara, BF ku tersayang ni layankan saja kempunan aku, pergilah jugak, dah sayang punya pasal, hahahaha.Thanks Bebea.
Tengah aku tunggu order terserlah kelibat direct seller versi veteran dari jauh macam jual kitab, dan terus menghala ke arah kami, aku pun pelik, aku tak lah buat benda tak senonoh bertepuk tampar bagai, tapi mungkin hidayah berguna dia nak sampaikan, jadi kami layankan sahaja. Dan mungkin juga dia nampak sinar kesucian dan keserian dari kami agaknya. ;p
Err, ini pakcik tu, gigi dah rongak tapi gelak macam kerbau berak cirit sampai tersembur-sembur air liur dia yucks.



Petang tadi kelas CTU 553, Ustaz favourite aku sebab dia suka mencampur adukkan bahasa kelantan dia time mengajar, but well quite interesting. Ini moment-moment yang sempat dirakamkan dalam class tadi, wah, bila tengok Osheen and Bell pakai tudung, rasa macam Sumpah Demi Allah mereka lawa gila babi, dan aku rasa nak pakai for the next class, tehee!






Petang itu hujan, jadi aku dengan bf tersayang siapa lagi Azne Hafiza, pergi lepak dekat Mulus, restoran berdekatan, dan pekena Char Kuey Tiaw DISITU, sedap gila nak mampus, arghhh makan lagi, apa nak jadi dengan aku dua hari ni. Oh esok kena puasa macam serious okay!





Dan aku cintakan hari-hari aku.
I Love my everything, thanks to my dear GOD.
Assalamualaikum.


1 comment:

osheen said...

next week kita pakai tudung sama2 ye cik izzy..so bleh lawa gila babi sama2 di class CTU =)

 
Template design by Izzy Adlina