Sunday, August 22, 2010

Malas

Dear Readers,

Sebelum aku berganjak ke perenggan seterusnya, aku suggest korang sediakan teh susu bersama roti Gardenia, sebab aku nak tulis banyak-banyak ni, walaupun sudah agak sebulan tak update. Aku dah bagitahu berulang kali dari tahun lepas, aku sumpah busy macam nak mati berikutan dengan final year semester aku yang macam pack dan masa-masa aku yang perlu terisi dengan family, boyfriend dan kawan-kawan. Baik, mari mulakan cerita.

Sebenarnya, tak adalah panjang sangat nak tulis, dah nama headline aku "MALAS", aku malas nak update sekarang laaa, boleh tak? Aku bapak busy.

Oh bytheway, hari jumaat lepas, bapak aku Encik SHOKRI HASHIM offer kan diri nak tunjukkan jalan ke NorthPort tempat practical aku dekat Azne, Najwa, Chiko and Shafiq. So diorang ramai-ramai convoy ke rumah aku dekat Klang ni, then naik satu kereta dengan bapak aku. Time tu, bapak aku tak pernah-pernah mesra pelanggan dengan lelaki yang aku kenalkan, tapi dengan si Azne ni bukan main lagi, impressed gila okay! Beliau sudah mula menyukai Sayang aku sorang tu, hee lepas azab pertama. Kalau lah korang dapat rasa apa aku rasa that day, kau tahu nok mak happy macam lahanat tau! Seyesss~

Selepas itu, si Azne ni mula lah tersengeh bangga memandangkan dia dah berjaya mencuri hati bapak aku yang tercinta tu, wow! Aku baru balik dating dengan dia ni. And nanti bila-bila aku free aku update lal lagi okay! BYe!





No comments:

 
Template design by Izzy Adlina