Sunday, August 22, 2010

Kadang-kadang kita harus kelihatan lain?

Dear Readers,

Apa khabar kalian?? Puasa penuh tak? Hoho, aku setakat ni belum lagi ponteng lah. Berikutan dengan topic hari ini, aku cuba nak tanya pendapat korang tentang sesuatu pegangan.

Ya seringkali kita berpegangan teguh atas sesuatu yang yakin menjurus kepada sifat semulajadi kita contohnya, seseorang itu akan keras mengatakan bahawa dia tidak akan merokok sampai kiamat kedua, tapi setelah hasutan dan pengubah pegangan yang terjadi terhadap beliau, dia mula memeteraikan janji tersebut, Errr Complicated tak ayat bahasa Melayu aku? Haha.

Senang cerita lah kan, aku dah buat rambut, dari kecik dan azali lagi sememangnya aku sangat berpegang teguh bahawa aku takkan rebond rambut aku, tapi berikutan dengan kerosakan yang melanda rambut tersebut akibat bleach dan perm, aku decided untuk meluruskannya TADAAAAA!

Ya ya ya, tak payah lah puji sangat okay, kau tak nampak hidung aku tu dah kembang kucup jadinya, tehee! By the way, if let say aku tak me-rebond kannya, mesti tak secantik ini kan. Well dulu masa rambut aku BERDARA lagi meaning to say, tak gubah apa-apa dekat rambut aku ni, memang rambut aku selurus ini. Disebabkan pengaruh rakan sebaya yang membuak-buak aku jadi tertekan lalu mula mewarnakan dengan agak DARING sampai rosak hingga la KE sekarang.

OH lupa nak share satu benda, you guys nak tahu tak, dulu aku punyai habit pelik, yaitu aku suka makan perencah tomyam mentah-mentah eventho like seriously pedas dan perit tapi hanya lidah aku saja yang mampu menahannya, kalah BOMOH makan pisau tu. OKAY! So that's why berikutan dengan kadar ajinomoto terlalu tinggi, membuat kan rambut aku terlalu banyak berguguran sehinggalah nipis, tapi walau apapun, BF saya amat menyukainya malah dia yang suggest kan aku rambut ini. Blergh, yang kutuk tu mesti jealous kan! LMAO.

So what do you think about my new hair style, actually cutting nya panjang, tapi aku buat layer kat tepi, tapi belakang quite long lah, Well, basically I love it! And that's all for this lesson, gtg toodles :)

No comments:

 
Template design by Izzy Adlina