Sunday, September 5, 2010

Tolong temukan aku lelaki sebegini :)

Dear Readers,

Hye again we meet. Hari ini aku nak argue seperkara yang jarang kita dengar. Aku ada soalan, pernah tak kau orang jumpa lelaki yang menyuruh kau memakai tudung? Menyuruh kau jaga sembahyang? Menyuruh kau agar tidak bersentuhan antara bukan muhrim? Menyuruh kau jaga peradaban? Menyuruh kau jaga maruah keluarga?

Some of you maybe pernah. Lelaki macam ini lah patut dibuat suami. Tak perlu lah formal sangat ayat kan, bunyi macam naughty kan sedap sikit nak dengar. Aku nak persembahkan sesuatu buat kalian semua. Aku jumpa dekat Facebook, then tertarik untuk aku repost dekat Blog, cekidaud.

Aku suka sangat tengok jari-jemari girlfriend aku, cantik betul.sungguh!sampai aku takut nak pegang bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Dia!

Aku suka sangat tengok rambut dia.cantik betul.. sungguh!sebab itu aku belikan dia tudung.bukan sebab cemburu orang lain tengok,tak gentle la beb!
tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup cam dalam iklan sunsilk tu sampai bila-bila..takut nanti dibakar dek neraka Jahannam

Aku suka sangat tengok body girlfriend aku..solid molid.sungguh!sebab itu aku belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.aku pun leh tumpang dapat pahala..best tu!

Aku sedih sangat tengok girlfriend aku tak tidur, tak makan sebab rindukan aku.aku pun camtu gak.dia ada tanya"apa ubatnye bang?"aku pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada aku

Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;"makan,minum,j
aga diri,pandu kereta elok-elok..nanti awak sakit,saya gak yang susah ati..bla bla bla bla."tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asr dan Maghrib camtu je,dia tak kata ape pun.aduuuhhh...berdosanya aku!

Aku memang sayang sangat pada dia.aku mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber'dating' di Jannah, kerana di situlah tempat yang kekal selama lamanya

Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-men
ginsafi.Ya Allah, ampunkanlah kami,semoga kami dapat kekal bersama selamanya,di Jannah Mu nanti..amin....


Sweetkan? Jadi kau orang sendiri menilai mana yang sepatutnya okay? Kalau lah aku dipertemukan dengan lelaki sebegini, SUMPAH aku manusia paling bertuah. Amin.


No comments:

 
Template design by Izzy Adlina