Monday, October 25, 2010

Syah Rizal

Dear Readers,

Malam ni dan seharian aku tersenyum sepanjang hari sebab kehadiran seorang lelaki yang datang dalam hidup aku dimana, dia bukan lelaki yang aku anggap sama seperti yang lain, dia lelaki biasa yang mengajar aku banyak tentang hidup, tentang jalan yang patut aku pilih.

Dia lelaki yang boleh menerima buruk baik aku, keburukan aku, kelebihan aku yang sebelum ini aku sorokkan. Dia macam pelangi yang warnai hari-hari aku dengan harapan yang tinggi untuk aku pegang dengan pegangan hidup.

Dia lelaki yang terlalu biasa dipandang, bukan seperti orang lain yang aku puja-puja, dia datang dalam hidup aku dengan kejujuran. Dia datang waktu aku dibalas oleh karma yang dulu. Karma yang sedarkan aku atas setiap kesilapan aku. Dia datang membangkitkan aku, memberi semangat dan keyakinan dalam diri.

Dia lelaki, yang aku tak ragui perasaan aku datang sedikit demi sedikit mencintai dia, menyayangi dia, dan merindui setiap perkara tentang dia. Dia lelaki yang sebenar-benar lelaki yang dulu aku tak pandang, tak perasan dan tak kisah tentang kehadiran dia. Dia lelaki yang akan aku abadikan dalam hati.

Dia lelaki yang aku tak tersedar bukan kerana materialistik yang aku kejar-kejarkan dulu, dia lelaki yang mempunyai impian sendiri, dan harapan untuk masa depan dia, yang membuat aku yakin memilih dia.

Dia lelaki yang membuat aku rasa takut untuk kehilangan. Takut untuk jatuh cinta. Takut untuk menaruh harapan. Tapi dia datang memusnahkan segala ketakutan itu.

Dia lelaki yang sedarkan aku makna kasih sayang, yang dahulunya aku terlalu menghambakan diri untuk menyayangi. Dia sedarkan aku bahawa kasih sayang adalah satu tindakan sebagai bukti aku menyayangi diri aku. Bukan untuk orang lain.

Dia lelaki yang sedarkan aku tentang masa depan. Masa depan yang aku pandang remeh. Enak dibuai dengan keseronokan.

Dia bukan beri aku kesedaran secara terang-terangan, tetapi kehadiran dia beri aku impak besar dan makna dalam diri sendiri. Dia datang meninggalkan kesan yang bermakna. Dia datang bukan waktu aku tengah berduka. Dia datang tepat pada masanya.

Terima Kasih sebab datang dalam hidup aku. Jaga diri baik-baik. I tahu you baca. Love you.






No comments:

 
Template design by Izzy Adlina