Sunday, November 14, 2010

Memorandum: Expedition To Mount Nuang 10th - 12th November 2010

Dear Readers,

Hye semua apa khabar? Dah makan? Sihat? Dah mampus? Haha joking lah babe. Kalau kau tak boleh nak gurau makan chocolate banyak-banyak okay puas hati aku. Sudah lama tak mengarang apa-apa dekat Blog Tattamasi ni kan. FYI, aku dah menggarap title merdeka dari dunia pembelajaran. Gosh! I just can’t believe it. Moment yang aku tunggu-tunggu dari dulu. Seronok beb rasanya bila dah habis belajar ni, and and and tak sabar nak masuk alam baru yaitu alam pekerjaan, lebih kurang dalam dua minggu, aku akan mulakan kehidupan baru sebagai pekerja atau dalam erti kata lain buruh kasar.

Berikutan dengan headline diatas, aku baru saja selesai mendaki gunung tertinggi di Selangor buat ketiga kalinya yaitu Gunung Nuang. Tetapi kali ini lain sikit sebab, aku ikut ekspedisi yang gamble last minutes. Nak tahu kenapa? Wa pergi berempat saja bai. Dari hari rabu sampai hari jumaat. Time tu wa cakap lu, orang tak ada lagi, kami berempat saja kat atas tu. Gila Gamble tak? Pergghh! Tapi memang best beb, aku memang takkan lupa pengalaman naik gunung kali ini. Last minutes preparation memang sangat berbaloi hasilnya.

Okay, gang ekspedisi aku kali ni terdiri daripada :

Izziatul Adlina (Izzy)


Siti Mariah (Ariey)


Safiy Syazwan (Epy)


Mohd Haidil (Haidil)


Malam sebelum misi bermula,kami gather dekat Restaurant bapak angkat aku “Le Lac” untuk brief apa yang sepatutnya berikutan dengan XPDC yang bakal berlangsung keesokan hari. Esoknya, pagi-pagi aku bangun dalam pukul 6.30 bergegas siapkan diri dan terus ke rumah Ariey repacked balik barang-barang yang sedia ada. Memandangkan bag aku yang membawa sumber-sumber makanan, semestinya keberatan bag itu melampaui kemampuan aku sendiri, sumpah berat beb. Lepas packing semua, Kami pun meneruskan perjalanan ke Hulu Langat. Dalam kereta memang rasa macam ngantuk gila sial. Penat nya tak terkata and tak tahu mana datang penat tu, maybe semalamnya aku terlalu hyper tak duduk diam.




Okay sesampainya kami di Perkampungan Hulu Langat, kami singgah di restaurant untuk lunch. Sesudah itu, kami berusahakan diri ke kedai-kedai runcit berhampiran untuk mencari Kad. Penting ni wooo. Kalau tak ada kad memang hidup macam kera sumbang kat atas sana. Okay, after that, kami terus ke destinasi dan dalam pukul 2.50 kami tiba di pengkalan lapor diri. Hati masing-masing excited macam gampang nak mulakan xpdc hiking. Tapi mistakes aku adalah pengambilan rokok sebelum perjalanan, memang semput lah kan! Apa-apa pun ambil gambar dulu~



Perjalanan kami bermula, 15 minit pertama semua berjalan lancar. Akan tetapi, aku sudah mula semput nak mati memang hilang nafas dan payudara aku cakap. Aku macam nak stop. Nak patah balik. Ni semua sebab rokok! Lalu, kami berehat dekat checkpoint pertama agak lama juga tunggu semput aku reda. Selesai menambahkan tenaga masing-masing, perjalanan bermula. Kali ni, aku rasa bertenaga lain macam and lead kat depan. Alhamdulillah. Aku rasa memang berpunca rokok, jadi dengan tanpa berfikir panjang, aku bernazar dalam hati waktu aku kesemputan tadi. “Ya Allah, aku bernazar, sekiranya aku tiba di puncak dan balik dengan selamat tanpa perasaan semput tadi, aku akan berhenti merokok serta merta”






Tepat jam 5.30 petang, kami tiba di campsite LOLO. Penat merentas jalan four wheel drive yang agak menggunung, kami Berjaya merempuh yay! Dengan aliran air sungai yang deras disulami dengan angin sepoi-sepoi bahasa memang sangat membingit suasana. Seronok dan teruja. Penat tapi. Later on, kami mula aktiviti memasang khemah dan mengemas campsite untuk keselesaan masing-masing. Sesudah itu, aku dan ariey menggelabah seronok ke sungai bermandi manda sementara Haidil dan Epy mengemas kawasan perkhemahan dengan tertibnya. Yuhuu. Air dia mak datuk sejuk dan segar. Tapi memandangkan hari nak gelap kami hanya mandi sekejap sahaja cukup untuk pembersihan dari kepuasan.



Kesian mamat 2 kerat tu, aku dan Ariey mula mencari makanan-makanan yang dibawa dari rumah untuk memasak sementara Epy dan Haidil mandi. Menu malam itu, Mihun Sup dan Sardin. Semuanya instant, senang sikit tak perlu makan banyak masa. Selesai masak, kami semua menjamu selera dengan kerakusan kelaparan yang melanda diri masing-masing. Malam yang dingin itu, dengan berhuni kami berempat sahaja, rasa seperti tenang dengan aktiviti yang kami anjurkan sendiri. Main Kad, Sesi Mengurut dan Berpenglipurara cerita masing-masing. Malam terasa lama. Tidur pun tak lena. Sampai aku dikacau dengan makhluk entah dari mana, main-main kaki pulak dia, buat aku ngigau macam bangau cari langit. Ish! Memang tak cukup tidur, tak selesa. Dah lah besoknya nak gunakan banyak tenaga. Tapi apakan daya aku terpaksa tidur-tidur ayam. Khemah tertutup dijadikan sebagai port untuk barang-barang, yang lagi satu khemah terbuka yang hanya berbumbung sahaja adalah tempat tidur kami berempat ni.

Aku memaksa diri untuk tidur dengan mengira kambing biri-biri, baca ayat kursi, kira daun pokok, kira bulu tangan dan macam-macam lagi tetap tak berjaya. Sehinggalah jam menunjukkan pukul 6.30 pagi, aku dengan semangatnya bangun membuat breakfast dan ditolong oleh Haidil. Menu pagi itu adalah popia goreng (yang-dah-basi-rasa-masam-tapi-still-makan-juga), roti sandwich sardine dan lebih mihun sup semalam. Sandwich sardine dijadikan sebagai bekalan ke puncak. Selesai semua, kami mula mempersiapkan diri untuk misi penting seterusnya. Menawan puncak Gunung Nuang.







Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi, kami mulakan perjalanan ke puncak Gunung Nuang. Cuaca baik pagi itu. Yang untungnya, aku dan Ariey tak perlu membawa beban apa-apa. Manakala Haidil dan Epy menggalas bag Deuter yang berisikan barang makanan, dapur dan sweater. Ye lah, mereka lelaki kot. Kuat dan tough, memang kenapun kan. Perjalanan kami berjalan lancar dan mengambil masa 2 jam setengah untuk tiba di Kem Pacat. Fuhh, tanah liat yang menjadi base Gunung Nuang, pokok-pokok liar yang banyak dengan bunyi-bunyi binatang yang aku tak akan pernah dengar dekat Klang ni memang bercampur adukkan perasaan ketika mendaki.







Setibanya di Kem Pacat, kami berehat selama setengah jam untuk refill tenaga yang hilang. Sesambil mengambil gambar-gambar. Dan berborak sakan. Penat badan tak terasa dengan gelagat mereka bertiga. Nasib baik ada Haidil :p





Perjalanan bermula, dianggar dalam 1 jam lebih akan tiba di Puncak Pengasih dimana ianya merupakan puncak pertama Gunung Nuang sebelum ke puncak Gunung Nuang yang lagi satu. Dari Kem Pacat ke puncak sudah dikira dekat dan ¼ keseluruhan gunung. Tapi, track yang bakal ditempuh 10 kali lagi tough. Memang kekuatan otot tangan amat diperlukan untuk grab akar pokok, batu yang tersangkut untuk menampung berat badan ketika mendaki. Mana taknya, tracknya curam 90 darjah. Tapi part tu yang aku suka sekali. Huhu. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil along the way to Puncak dari Kem Pacat.





Setibanya di puncak dengan bercampur titik keringat masing-masing, aku dengan Haidil lead kedepan sehingga ke puncak dan pada ketika itu jam menunjukkan pukul 2.30 petang seperti yang dijangkakan, kalau tidak rehat lama dekat Kem Pacat, mesti pukul 2 dah sampai, akan tetapi sepanjang aku mendaki gunung Nuang, XPDC kali ini yang paling laju dan lancar. Menjerit aku dengan Haidil setibanya kami di puncak. Walaupun cuaca sudah mula mendung akan hujan kami tetap excited rasa puas gila dah sampai puncak, macam tak nak turun. Tiba-tiba hujan gunung turun dengan lebatnya, lalu kami kesejukan membeku di puncak selama sejam lebih diatas. Dengan kepakaran Epy yang sudah biasa mendaki gunung, dia memasak Maggie Sos Cili dan Air Teh O panas beb. Terangkat! Ini adalah gambar-gambar ketika kami stuck dalam hujan di puncak. Dengan berbumbungkan atap bocor bercampur dengan angin hujan gunung yang sejuk. Perghhh!







Hujan mulai reda sikit demi sedikit. Kami mulakan perjalanan turun ke bawah sambil mengambil gambar. Dalam pukul 4.00 petang, perjalanan bermula. Macam biasa, aku dan Haidil jalan dulu. Eh sempat lagi bergambar, penting ni weh bukti kami dah sampai puncak. Yeehaww!






Aku dan Haidil melangkah laju untuk tiba di campsite sebelum hari gelap. Waktu tu, aku memang tak fikir kotor apa dah, main langgar je lopak-lopak, lumpur dengan gelincir tanah liat yang semestinya licin kerana hujan. Dengan tanpa berlapikkan glove di tangan, aku grab saja tanah-tanah dengan selamba. Kaki macam nak tercabut, tapi aku lompat je dari batu ke batu. Walaupun dah banyak terjatuh, tapi tak mengganggu mood aku yang tengah excited nak sampai bawah. Ini adalah kesan tapak kasut aku ketika terjun ke dalam lumpur air yang dalam. Perghh! Lintah dan pacat tak payah cakap lah kan berkerumun di celah-celah kaki aku. The picture is taken by Epy yang jauh ketinggalan belakang tapi bisa mengesan kejatuhan aku, damn~


Hujan tak berhenti ketika perjalanan, akan tetapi dengan speed yang aku dan Haidil berjaya all out, 6.00 petang kami tiba di campsite. Laju gila okay. Manakala, Ariey dan Epy jauh tertinggal di belakang. Mereka tiba dalam pukul 8.00 malam merempuh kegelapan hutan. Tapi tetap steady. Menggigil urat saraf aku kena air hujan gunung yang tak berhenti sehingga malam, sehingga demam aku dibuatnya. Khemah yang terbuka memang semestinya basah lencun. Sementara tunggu Ariey dan Epy sampai, aku dan Haidil kemaskan apa yang patut, perut memang dah berbunyi-bunyi minta makan. Selepas mandi, aku dan Haidil mula memasak dan menu malam itu agak besar dan masin. Nasi putih, kari ayam, ikan bilis sambal, telur masin, ikan masin, telur goreng dan cencaluk. Mana nak dapat beb makanan ni atas gunung! Sesudah makan, kami mengemas apa yang patut dan mula lah aktiviti main Kad. Kaki dan sendi masing-masing sudah berkriuk-kriuk. Penat tak payah nak kata lah kan. Malam itu kami tidur dengan lena dan nyenyak sehingga pukul 11.00 pagi esoknya. Sesudah bangun, tugas Ariey dan Epy untuk menyediakan makanan. Menu adalah nasi goreng sardine dan ikan bilis goreng, memang sedap beb! Selepas makan, kami tidur balik sampai pukul 2.00 petang. Persiapkan khemah dan perkakas-perkakas untuk turun ke bawah. Memang penat tak terkata tapi apakan daya, terpaksa juga. Kalau nak ikutkan hati, nak saja stay lagi 1 night, tak nak turun. Seronok beb! Sumpah!


Selesai kemas barang masing-masing, kami berempat terus mandi manda di sungai berdekatan. Nikmat weh. Air dia, suasana, dan gang yang sporting dan gamble memang tak akan aku lupa. Ini adalah gambar ketika bermandi-manda beramai-ramai, kami dah macam belangkas, rapat! Aku sayang korang dowh!







Yeah! Misi perjalanan balik ke pangkal jalan bermula. Walaupun kaki rasa macam dah nak patah, cramp seluruh anggota badan, tapi kami tempuh dengan lembab. Bergambar tak ingat tuhan, pose yang penting. Korang perasan tak kami pergi berempat, tapi empat-empat mesti masuk dalam gambar. Pulak tu, cantik angle gambar, haaaaa korang boleh?






Dalam pukul 8.00 malam kami tiba di pengkalan lapor diri, aku tak fikir sakit kaki terus melompat keriangan dan berlari atas kejayaan kami menawan puncak Nuang tanpa sebarang masalah. Seronok tak terkata. Speechless! Kalau boleh putarkan masa, kan senang. Then, kami mandikan diri lagi sekali di toilet yang serba bersih untuk pulang ke rumah. Hari Jumaat tanggal 12hb November 2010 didapati mula ramai gang-gang xpdc yang lain mula mendaki. Unlike waktu hari rabu haritu, kami berempat saja kat atas sana. Perghh! Gamble sial. Hantu pun banyak kacau. Sibuk saja. ISH!

Selesai semua, kami terus ke Kajang untuk makan malam dan karaoke selama 2 jam. Best! Memang lepaskan segala tekanan yang ada. Ini baru release tension! Dalam pukul 2 pagi kami tiba di Shah Alam, muka masing-masing dah penat dan tak bermaya. Aku tidur dirumah Ariey ku sayang untuk rehatkan badan. Sesungguhnya pengalaman 3 hari 3 malam di Gunung Nuang bersama Haidil, Ariey dan Epy memang tak akan aku lupa sepanjang hidup aku. Terima kasih diucapkan kepada Haidil si mamat berlesung pipit yang menjaga dan melayan kerenah aku sepanjang XPDC dijalankan. Sayang Dia! Dan terima kasih kepada Ariey my love, yang memahami dan support aku dari belakang. I enjoy moment-moment dengan you sepanjang di Gunung Nuang. Friends Forever Babe! Love You! Terakhir sekali ucapan terima kasih khas untuk sahabat tersayang Epy yang bawa kami semua ke atas dan sebagai guider yang strict dan baik hati. Kau memang aku akan salute sampai bila-bila. Sayang kau! Love you all! MMUUAAHHHH!!!!!!!!

Tamatlah sudah cerita Gunung Nuang Kembara XPDC 4 Sekawan dari aku. Memang sesungguhnya aku sangatlah seronok dekat atas sana, setiap detik dan aktiviti disana akan terpahat dalam ingatan aku sampai bila-bila. Misi seterusnya adalah ke Gunung Besar Hantu. Kami akan berempat lagi. Kali ini, mendaki sambil bercuti. Aww! I can’t wait for it.

Okay lah sampai disini sahaja, aku sesungguhnya sangatlah tak sabar nak kerja. 29hb November 2010 aku akan jadi seorang logistician di NorthPort Port Klang. Di sana akan mulalah kehidupan baru aku. Well, jangan risau Tattamasi akan sentiasa membawa anda ke duniaku. Byebye. I miss my someone. J Lots of Love, Heart And Kisses Mmuuaah! Toodles! See ya!



No comments:

 
Template design by Izzy Adlina