Thursday, December 23, 2010

Kau ingat kerja dekat PORT senang??



Dear Readers,

Agak-agak kenapa aku berblog time tengah kerja? Ini kerana segala flow export untuk hari ini sudah settle, kereta semua dah tally, dah remark bagai and document semua dah verified, then apa aku nak buat? Melanguk tengok kereta-kereta ni? Kalau untuk minggu pertama boleh lagi lah nak batak macam orang jakun. Ini sudah masuk sebulan, nak termuntah dah tengok. Perghh statement.

Dalam banyak-banyak kerja part time yang aku buat, dari habis SPM sehingga sebelum masuk NorthPort ni, jauh gila beza kerja yang diberi. Kenapa? Sebab ikut tahap qualification kita lah bhai. Bukan aku nak merendah-rendah kan pekerjaan yang lain, tetapi aku usulkan untuk membezakan pengalaman aku dahulu dan sekarang.

Sudah 3 minggu aku ditempatkan di sub department under Logistics NorthPort Distripark Sdn Bhd iaitu VTC which is stand for Vehicle Transit Center. So far, aku belajar mengenai export dan import flows related to vehicle storage before been export to the consignee. Untuk import matter, memang sah-sah paling active which is in a week around 2-3 trips RORO akan discharged kereta dari luar negara. Banyak procedures yang sangat particular dengan handling, processing and storage kereta-kereta import berkenaan. Sumpah banyak kerja. Dekat sini ada 2 VTC yang aku kena attached. For import and also for export. So dua-dua aku dah cover, and mastered the procedures. Ceh macam buat report pulak lah kan kat Blog ni.

Okay itu berkenaan ilmu yang aku dapat untuk sebulan ini, yang ni bercerita mengenai happy hour yang aku been thru sepanjang di sini memandangkan lagi seminggu aku akan menapak dekat VTC ni lagi, aku share lah sedikit sebanyak buat orang yang gemar membaca Blog saya, terima kasih yawnn! Kerja dekat sni memang stock menadah muka dekat matahari sampai hitam lebam sunburn. Mana tak nya, dah nama pun yard, tapi apa yang best ialah aku tak boring duduk membesarkan bontot dekat office saja. Aku bergerak memeluhkan diri. kesana-kesini. Kalau ada masa free macam sekarang ni, baru lah aku buka lappy and online dekat cabin yang khas untuk aku seorang ni ha. Yay!

Lagi satu, aku bergaul dengan ramai jenis manusia yang datang dari pangkat korporat, executive, supervisor, agent-agent Forwarding dan sebagainya. Memang semua lelaki, naik rabun rabak mata aku tengok lelaki setiap hari, haha poyo je aku ni padahal suka excited like durrhhh~

Everyday, aku bekerja dengan Encik Zaid merangkap Executive VTC, Encik Mazlan merangkap Supervisor VTC dan Encik Khairul merangkap VTC clerk. Seronok, diorang sporting gila, selalu belanja aku minum and makan. Bertuahnya badan. Haha. So far seronok lah dengan dikelilingi kereta-kereta mewah, yang tak pernah-pernah aku dengar nama kereta itu pun aku dah berjaya menaiki dan membawanya walaupun hanya drive kedepan kebelakang tetapi dapat bawak bhaiii. Antaranya, Vell Fire, BMW, MERCEDEZ, LAMBORGHINI, PORSCHE, BENTLEY, HUMMER and more. Alhamdulillah ni semua experience at least bila aku bersama dengan rakyat yang sedang rancak berborak pasal kereta, aku boleh join dah sekarang. Ceyhhh.

Buat masa ni, sampai perenggan ni sahaja yang dapat aku share. Hari ini my birthday! What a day! Tak sia-sia aku bersiap awal pagi tadi, melawa bagai (padahal tak lawa mana pun). Thanks to Encik Zaid and Encik Khairul bagi surprise and belanja KFC. Kepada Encik Haidir an Encik Fawzi juga, terima kasih belanja makan. Dan kepada abang-abang shipping planning unit, thanks so much for the joy and belanja karaoke that day. Malam ini, aku akan celebrate dengan my close friends yang sangat disayangi. Mereka adalah:

Byezura, Mango, Zainormiza, Safiy Syazwan, Ariey Mariah, Aiman Wahab, Saidatul, Dayang, Ayen, Baizura dan Bapa angkat aku. Oh tak sabar nak jumpa korang sial!

Ini adalah antara gambar yang diambil sepanjang aku attached di VTC.









That's it. Untuk pengetahuan umum, aku mendapat peluang untuk menaiki Quay Crane dekat wharf yang tinggi menggunung tu. Seronok bhai siap dapat bawak lagi, kau boleh ke? Gaji operator crane ni dalam rm6 - 7K tau. Jangan pandang rendah.

OK CHOW.



No comments:

 
Template design by Izzy Adlina