Friday, March 18, 2011

My Engagement Checklists

Dear Readers,

Walaupun tarikh pertunangan aku dengan Akmal jatuh pada 9th July 2011 dimana dari sekarang ada lagi 3 months to go. Ianya merupakan hari yang dinanti-nantikan, hari gilang -gemilang, hari terbesar dan bermakna bagi aku, yang memegang title anak sulung keluarga Cikgu Shokri & Cikgu Rashidah.

Sememangnya dari sekarang aku sudah mula melangkah dari satu langkah ke satu langkah untuk persiapan majlis pertunangan & juga majlis perkahwinan aku yang lagi setahun tibanya. Memang sudah dari azali aku seorang yang sangat cerewet dalam pemilihan sesuatu barang yang mengikut kepuasan hati aku sendiri. Dengan itu, aku akan membuat persediaan awal seawalnya agar tidak kelam kabut bila sudah tiba saat hampir. Sebelum itu, sebelum menunggu hari bermakna itu datang, aku perlu memenuhi checklists sebelum terlambat.

1) Menghadiri Kursus Pra-Perkahwinan
Apa yang perlu aku ambil tahu sekarang adalah muhasabah diri dan update hal-hal bagi penempahan dan pendaftaran kursus tersebut. Benda ini perlu didahulukan sebelum beranjak ke peringkat seterusnya. Element ini sangat penting untuk manusia yang ingin mendirikan rumah tangga.

2) Membeli Cincin Tunang
Sejak dua bermenjak ni aku sudah mula cenderung memasuki kedai-kedai emas bila waktu aku tengah berlenggang di Shopping Complex. Dalam pada itu, aku try usha-usha cincin tunang yang simple sweet yang sesuai untuk jari tembam comel aku. Kebarangkalian untuk aku usha terus cincin kahwin besar juga. Erm rantai? Kesian Akmal~

3) Hantaran Tunang
Perkara ini adalah tulang belakang untuk majlis pertunangan aku yang bakal berlangsung nanti. Memandangkan aku ni seorang yang sangat particular dalam setiap aspect dekorasi hantaran tunang nanti. Kalau boleh, aku nak design sendiri semuanya, barang-barang semua cari sendiri, idea sendiri dan pilihan bekas, bakul dan dulang sendiri. Baru lah puas hati beri hasil tangan sendiri dekat Akmal. Lagipun selesai practical ni ada masa terluang aku akan mula mencari barang-barang. Noted!

4) Menyediakan senarai tetamu yang bakal dijemput ketika Engagement Day
Okay, kita cerita pasal engagement day sahaja okay, bukan semua orang yang aku, ibu, ayah, adik-adik aku kenal kena dijemput waktu tu. Common kan, semua orang tahu, hanya yang terapat sahaja bakal dijemput bagi penyeri majlis. Jadi, bagi sesiapa yang aku jemput nanti, amatlah bertuah hendaknya.

5) Photographer yang berkaliber
Yang ini memang perkara terpenting dimana diorang inilah yang akan menangkap moment-moment bermakna ketika majlis pertunangan. Photographer pilihan aku untuk hari itu, Safiy Syazwan. Aku percaya dia boleh menghasilkan karya terunggul. Untuk kahwin nanti tetap orang yang sama tapi add-on Shariful Hafizal (Zoul) yang aku akan book agar hari-hari bermakna aku tidak disemadikan terus, ada juga kenangan hasil dominant sentuhan mereka berdua yang boleh disimpan. Checked.

6) Baju tunang dan Accessories
Wah jangan terkejut kalau aku cakap, aku dah settlekan benda ni awal-awal lagi. Kain yang diberi ketika hari merisik hari tu, aku sudah hantar untuk tempahan dekat butik pengantin dalam bangunan Mydin Klang. Kedai tu, kawan ibu yang suggestkan. Untuk persalinan aku nanti, aku yang design sendiri demand itu demand ini bagi puas hati aku dari tempah baju yang macam takkan ngam dengan badan sendiri confirm. What i want is satisfaction bukan kerja "tangkap muat". Aku dah kata aku ni cerewet dan sangat particular. Berkenaan dengan tempahan baju itu, bayarannya sangat murah okay, rm90.00.. Design nya bukan biasa-biasa, lebih kurang macam ni lah.




Disini aku introduce photographer untuk majlis pertunangan dan perkahwinan aku nanti : Safiy Syazwan. Berkenaan dengan accessories, andaman dan pelamin, aku serahkan bulat-bulat kepada ibu aku, sebab dia lebih pakar dan cerewet dalam hal-hal macam tu. Yang pasti, aku tengah serabut fikir style macam mana nak gayakan rambut aku yang nipis ni, selain sanggul. Hurmm.

..............................................................................


Mungkin ini sahaja to-do-list bersempena dengan Majlis Pertunangan, sememangnya ada lagi tiga bulan untuk get prepare for all these things done perfectly. Hurm, berkenaan dengan bajet sememangnya aku perlu mula menabung dari sekarang, semua ini pakai duit. Dan yang paling penting kaedah perbelanjaan yang akan aku aplikasikan adalah dengan cara bijak dan memadai. Aku bukan anak orang kaya, yang minta apa sahaja akan dapat. Jadi pemilihan barang-barang berkualiti dan cantik tetapi harga yang berpatutan atau dalam lingkungan sederhana murah adalah perlu dititikberatkan. Selamat belajar Izzy.

P/s: Fakkkkkk tak sabarnya nak kahwin!



3 comments:

~ar!eyko san~ said...

omggggg..I tompang excited babe. Nervous nye I.=))º°˚˚°º≈нåнåн庰˚˚°º≈º=))

Izzy said...

Ewahhh, tlg2 lah i prepare babe.

Syah Rizal said...

Good.

 
Template design by Izzy Adlina