Wednesday, September 24, 2014

Rojak Rabu

Rugi.
Bagi bukan penggemar rojak buah mahupun rojak mamak.
Rugi besar.
Asyik menghadap makanan Melayu.
Balik-balik masak lemak cili api, asam pedas, sambal belacan, nasi lemak, kuih lapis.
Bau pun bau belacan.
Ketiak bau bawang.
Badan berlemak santan.

Kata Sophisticated.
Kena belajar selera lain.
Jangan makan ditakuk lama memanjang, nanti seluar panjang jadi seluar mambang.
Macam berfikir.
Jangan fikir macam Melayu yang melayu, tak tahan lasak. Tahu nak sedap.

Komuniti sekarang tiada integriti.
Lompat sana, lompat sini.
Jatuh sikit, lari berteduh bawah payung Sang Maliki.
Tak kental, lebih selesa disental.

Makanan melayu memang sedap.
Banyak mudarat dari sihat. Banyak musibat dari lazat.
Macam idealis melayu kini.
Mahu yang cepat.
Mahu yang sedap.
Semuanya nak short-cut.
Bila berulat, bukan ikhtiar untuk perbaikpulih.
Ditinggal sampai berkulat.

Pendirian aku,
Bila aku mula buat sesuatu, aku habiskan.
Bila aku buat keputusan untuk lakukan, aku garap sampai licin dipinggan.

Tapi kebanyakan mereka,
Pongpang pada mulanya.
Dedah rahsia kaya sekelip mata.
Canang sini sana.
Bagi harapan pada rakan sebaya.
Sampai ada yang terpedaya.
Bila jatuh dilubuk buaya, ambil jalan pintas untuk menaiki helikopter.

Bukan jenis aku, yang tetap setia.
Dengan Shaklee dan Worldventures.
Walau buaya banyak didepan mata.
Dipukul arus berkocak-kocak.
Aku renangi rentas semua ini, sehingga ke Waterfall yang diingini.

Sebab apa?
Sebab aku lebih suka makan rojak.
Banyak rasa banyak gula.
Tapi sedap.

No comments:

 
Template design by Izzy Adlina