Alangkah bagusnya ada suara yang merdu, ada otak yang pintar, boleh berpuitis, kurniakan bakat, cantik, susuk tubuh menggoda,
Hidup ini kalau ikut dengan merungut, tak terlayan. Serba serbi nak ikut kehendak, ikut impian.
Hari-hari nak mengeluh benda yang sama.
Pasal badan, pasal kawan, pasal pendapatan, pasal krisis dengan mak ayah, pasal life.
Bila tergelincir, kata keliru.
Bila jatuh, kata celaru.
Bila tersungkur, kata merapu.
Semua tidak adil, kalau diikutkan.
Dari zaman kau bergelumang dengan budak-budak selekeh waktu sekolah rendah, hingga ke zaman kau declare dosa adalah suci.
Kau kata merokok untuk hilangkan tekanan.
Kau kata clubbing boleh luruskan jalan.
Kau kata mabuk boleh lupakan kenangan.
Masih denial dengan orang lain, dengan diri sendiri.
Seribu kali sayang,
cinta neraka yang kau cipta bukan penghujung setiap cerita,
cinta syurga yang kau kikis kerana perit,
memang perit,
bila segala yang kau sumbang dipersumbangkan,
bila titik peluh kau hujani dipersendakan,
bila pengorbanan difitnah,
bila kasih dipropaganda,
bila prihatin diperabai,
bila cinta tidak terlihat.
Masih adilkah cinta syurga?
Atau hanya subsidi ke Jannah?
No comments:
Post a Comment