Tuesday, May 23, 2017

Fitnah Sang Kelembai

Hidup ni ada dua pembolehubah. Yang pertama ialah pembolehubah manipulasi, dan yang kedua ialah pembolehubah yang bergerak balas. Exactly macam apa yang kita belajar sewaktu darjah 5 sekolah rendah dahulu. Kedua-duanya bergantung sesama sendiri untuk menghasilkan sesuatu hipotesis.
Dalam pepatah melayu, kalau tiada angin bertiup, masakan pokok akan bergoncang melainkan ada makhluk bergayut.

Lihat, siapa yang lebih memberi kau manfaat. Itu kehidupan sekarang. Keikhlasan bukan lagi tanggungjawab antara sesama manusia, bukan lagi satu pegangan untuk peroleh kebaikan di dunia sana. Orang pergunakan lesen keihklasan untuk menghalalkan sesuatu yang haram, untuk mewujudkan sesuatu yang tiada.

Bukan semua orang dilahirkan bertuah, memiliki segala yang ada didunia. Malah si bertuah itu sendiri tidak pernah puas. Lumrah pertalian alami, bagai aur dengan tebing dimana kita saling lengkap melengkapi. Adanya sifat jahil seseorang yang menganggap kelebihan atau kesempitan orang lain satu peluang untuk penuhi kehendak dia adalah sesuatu yang hina. Cliche. Habis madu, sepah dibuang.

Kau melalak menghebahkan kesempitan yang melanda kau. Raih perhatian untuk tutup aib kau.
Kau berlagak naif depan hakim dunia, jadikan salah itu sesuatu yang benar. Kau sangka kau hebat dalam gelanggang ini. Kau prejudis budi orang yang ikhlas mengubat luka lara, lebih hebat dari menindas orang yang tidak berdosa.

Fikirlah.
Putih bukan hanya satu warna. Ada satu zaman rakyat purbakala mendefinasi "putih' itu sehingga tujuh keturunan mereka. Misteri. Manusia yang jadikannya terbuka.





1 comment:

Aqilah Shahirah said...

http://mingyusunbaenim.blogspot.my/2017/11/segment-increase-your-followers.html

 
Template design by Izzy Adlina