Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, July 4, 2014

Kaya Raya vs Hantu Raya



"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang"
Hutang dunia.
Hutang akhirat.




Definisi kaya.
Bagi aku, seseorang yang berkemampuan untuk membeli, memiliki, mempunyai, memberi dan menerokai segala-galanya tanpa limit kewangan.
Purata manusia yang ingin hidup dalam "kekayaan harta" adalah 101% manakala sebanyak -1% inginkan hidup kesederhanaan atau erti kata lain, "kais pagi makan nasi, kais tengah hari makan nasi basi, kais petang makan kulit udang".

Perspektif manusia bertaraf hidup biasa menyuarakan "kekayaan tidak dapat membeli kebahagiaan". Well, ianya common. 
Bagi aku, dengan kekayaan, anda akan peroleh kebahagiaan dan keberkatan dengan jalan yang berpaksi agama. 

Pandangan aku tentang "kekayaan harta dunia"

Bila kita kaya, kita mampu beli apa sahaja yang kita inginkan. Baik Gucci, baik Prada, baik Chanel, Baik Ed Hardy apa saja you name it. Beli as for rewards, bukan membazir. One day muflis, kau letgo barang-barang branded kau saja tak sampai RM50 sebab orang bajet barangan ciplak tapi kau terdesak, kau pulun sajalah.

Bila kita kaya, kita mampu beri apa sahaja untuk ibu, ayah dan adik beradik lain inginkan. Mungkin masa kau kerja makan gaji dahulu, kau segan silu untuk menghulur kepada mak ayah kau. Paling banyak pun RM50 bulanan cukuplah untuk mereka beli seguni beras, garam, gula dan minyak masak. Kau rasa kau dah habis membantu sedaya mampu dengan amount RM50 yang kau hulur itu. Tapi, jauh dari sudut hati kecil kau, teringin untuk membeli kelengkapan serba serbi mewah untuk orang yang kau sayang. Beri mereka duit bulan RM50,000 minima untuk mereka gunakan perbelanjaan harian. Atau dalam erti kata lain, beri segalanya apa yang kau ada pada mereka yang dah mendidik, menjaga kau sedari bayi hingga besar tunjang. Dengan tidak semena kau mampu hantar adik beradik kau belajar ke Mesir dan tanggung sara hidup makan minum pakai dia orang tanpa perlu berkira sesen pun. Yelah, dulu-dulu, adik pinjam RM12 buat beli rokok pun kau ungkit sampai Raya Aidilfitri.

Bila kita kaya, kita mampu sedekah untuk amalan akhirat. Mungkin dulu kau duduk melepak-lepak kedai kopitiam sambil layan shisha, out of nowhere ada dua orang OKU dan budak kecil minta sedekah, kau terkebil-kebil nak hulur RM10 duit shisha kau, lalu kau seluk poket ada lah RM1 balance makan pagi tadi beli teh tarik, kau hulur sajalah apa yang ada katanya, cukuplah amalan kau untuk hari itu. Kau rasa loser bila difikirkan balik dari shisha tadi, terlintaslah alangkah bestnya kalau dapat tolong depa beli sebuah rumah, tak perlu depa duduk merempat macamtu. Tapi, ongkos kau yang sangat terhad terlabel diri sebagai Si Kedekut tidak dapat dielakkan. 

Bila kita kaya, satu hari nanti kita boleh beri kehidupan lebih baik kepada generasi kita. Aku bagi kau dua gambaran, seorang budak kaya, seorang budak miskin yang keduanya mempunya IQ yang sama cerdik. Bila mereka meningkat umur 17 tahun, keduanya peroleh keputusan 20A di dalam SPM. Mahu dijadikan cerita, anak sikaya tadi dihantar sambung belajar ke Melbourne jurusan Medic malah yang anak simiskin tadi hanya mampu belajar di UiTM Puncak Perdana dengan biasiswa diberi. Tamat pengajian, masing-masing peroleh keputusan yang sangat cemerlang, tapi yang membezakan mereka adalah, anak sikaya tadi berjaya membuka klinik persendirian manakala anak simiskin tadi yang bekerja di hospital kerajaan Klang. Jadi, ini yang aku namakan motif kaya membantu generasi supaya suatu hari nanti, mereka tidak akan menyalahkan kita bila kita mati.

Bila kita kaya, kita mampu beramal lebih. Simple, nak bina masjid perlu ada duit yang banyak, nak bina rumah anak yatim perlu berkemampuan besar untuk menyara mereka, dan senang cerita, amalan-amalan sedekah ini perlukan kau mempunyai duit yang banyak untuk membantu tanpa riak. 

Orang sekarang, ramai denial, kata duit boleh memusnahkan, boleh melekakan. Kalau diri sendiri sudah set dalam otak dan iman untuk gunakan duit kearah itu, jangan salahkan mereka yang ingin mempunyai kekayaan harta untuk kejalan yang betul. 

Sekian.

READ MORE

Saturday, June 26, 2010

I am who i am, accept me, reject me, BUATLAH i'm still me, NO BIG DEAL.

Dear readers,

I'm not perfect. I'm not pretty and I'm not proper. Senang cerita kalau macam dalam Facebook punya Group page, I'm not weird but i'm just a limited edition. Hoh proud! Being myself like what i am now is something that i appreciates the most in my life, muhasabah diri atas segala kesilapan dan keterlanjuran memang perlu dalam diri seseorang insan. Untuk membina jati diri dan kenali siapa kau dimuka Bumi adalah sesuatu yang paling rasional dalam penyelesaian masalah :D
And woy, don't ever judge me from the past but only if you are supersilly, aku mampu cakap kesian :(

Tetapi, kenapa Tuhan selalu beri aku peluang sedangkan aku jarang menghadap Dia. Kenapa Dia sangat Pemurah dengan langsi hina macam aku yang tak layak dapat ini semua. Kalau aku hilang pertimbangan, memang aku akan lupa diri, tetapi Thank God sebab segala ketidaklayakan untuk menerima segala kebaikan waktu ini adalah satu paling Superfabulous dalam hidup. Hidup aku sangat precious dan bahagia didatangi dengan rezeki, family, kawan-kawan yang terlalu banyak support and soulmate tersayang yakni boyfriend ku Azne, Thanks anda semua, saya rasa begitu berharga. Pedulikan yang tidak puas hati dan yang nak sangat berambus dari aku, dipersilakan, aku rela kalau itu jalan terbaik untuk aku dan apa-apa effect yang terjadi, diri sendiri lebih diutamakan, haalaah, kawan ramai tak kisah lah if kau nak backstab ke betray ke suka hati kau lah, sedikit tak terasa sebab aku sudah bagitau, Aku ada ramai kawan, hilang satu 100 datang, trust me SOMEDAY, YOU WILL REGRET OF LOSING ME.

I'm not perfect, i have my good side and the bad one, dan i'm not being stupid immature, well macam tak kenal aku ni jenis happy-go-lucky. Aku terlalu kenal diri aku dan apa aku buat semua bersebab, tapi mampus lah, aku bukan jenis merayu, melutut untuk dengan meraih simpati, aku jenis menghargai seseorang dengan cara aku tetapi kalau kau jenis tidak reti bahasa Melayu, aku boleh simply buang dalam hidup aku dari aku meratapi setiap saat dengan kau. Weh tak heran lah SUMPAH. Tak sedih dan tak menyesal kehilangan kau. Aku bersyukur atas segala yang terjadi dan bahagia dengan apa yang aku ada, life jadi makin easy dan happier bila semua ini berlaku, terima kasih juga okay, ada juga kegunaan kau. Cuma aku nak mintak maaf, sedikit pun aku tak kecewa dan menyesal atas segala keputusan. Hidup ni macam masa, takkan pernah berhenti, orang makin ramai datang, hidup makin lebih matang dan diri makin lebih dikenali sendiri so there is nothing to worry about, Tuhan ada aku tak kisah apa-apa yang berlaku. Kau manusia sama macam aku, Tapi aku lagi hebat dari kau SUMPAH, sebab apa nak tahu tak? Mari sini aku cerita kehebatan aku. segala "What if" takkan berlaku unless kau nak ianya terjadi. Itulah miracle.

Ini bukan bangga diri, tetapi ini untuk orang yang assumed aku akan jatuh dengan setiap percubaan untuk menjatuhkan aku yang bukan jenis menyesali dengan ketahian kau buat. Aku ada 6th sense, daya penarik tersendiri. Haha poyo sial. Begini, kalau kau buat aku sekali, 10 kali aku balas tetapi bukan dari tangan aku sendiri, dari diri kau, tak percaya? Cuba lah :D
Tak nak kawan sudah nama mu dolah tetek mu terbelah, bontot mu macam kolah haha. I'm just nice until u ask me be not to. Haha, i'm not stupid like you madefaker yang bertungkus lumus, aku just duduk diam-diam psycho kau dengan tenang, If you don't understand my silence then you are in trouble seriously, aku sudah cakap aku hebat. I'm gonna win no matter what! (dude, i'm laughing fucking out loud rite now like helly)

Tapi, mungkin ini ujian positive tuhan bagi untuk uji sama ada aku akan leka atau tidak dengan segala nikmat hidup yang diberi ini, Ya Allah jauhi aku dari lupakan diri sendiri, asal-usulku, agamaku, keluargaku, dan dari mana aku datang Ya Allah.


"Ya Allah, mulia sungguh Kau dihatiku, Hina sungguh aku DisisiMu, Aku bersyukur segala belas kasihan dan nikmat yang kau beri untuk menyedarkan aku ALHAMDULILLAH"

Dugaan bukan datang semestinya dari bad side, kadang-kadang Tuhan sengaja beri nikmat pada hambaNya untuk menguji kesetiaan. Aku bersyukur aku sedar segala-gala yang berlaku ini dengan pemberian nikmat yang tuhan bagi and jauh disudut hati, aku berharap aku tidak lupa diri, Amin.

Okay, tukar mood, suasana akan suram buat sementara waktu sebab Boyfie saya akan pulang ke Kuantan besok. I Hate Distance, tapi biarlah ini semua dugaan bercinta. Aku semalam sebelum tidur terasa satu perasaan yang lain macam, lain sangat macam nya. Eh entah lah, takkan semua nak cerita dekat Blog kan haha. TERLALU banyak aku boleh proud, proud i'm virgin, proud i have my family, great friends and the Beloved one yang sentiasa ada untuk aku. Sentiasa beri aku nafas kebahagiaan, AITCEH Oh Precious lah weh!

Oh yea, aku tak pernah pula terfikir sampai ke dalam naluri terdetik "yes dia yang akan ku kahwin". Faham kan? And semalam satu benda miracle berlaku (words of the day : MIRACLE) yang buatkan aku buka mata dan yakin, Azne boleh jaga aku luar dan dalam since die terlalu banyak menunjukkan perubahan sedari aku beri dia peluang dan dia tak pernah hampakan, AWESOME lah you! Kalau dalam wish list girls selalu mahu, 43 girlfriends wish her boyfriend do itu semua Azne sudah bagi wow! Manipulator , mesti kau sedang baca kan? And expect that aku akan terrible bila dengan dia? Kau silap, keputusan aku sangat tepat. Bea, everyday i feel like i Love you more than yesterday sugar. What a life, i have a bf who is also my bff. Banyak pula aku bercerita pasal Love Story ni, maaf ya readers hati tengah bertaman tanaman macam Farmville and i think forehead kisses are damn cute, suka bila Bebea buat selalu, Homaigod, hopefully our relationship will be until marriage and long lasting ever. Senang tutup kes, I'm sorry I Love You and aku cintakan kau BYE :D



READ MORE

Saturday, June 5, 2010

Ya Allah, hapuskan ISRAEL!



Same as the rest of you out there, the least we can do is pray for the Gazans and fly their flag for 7 days to show our protest against the Zionist attack.

Sesungguhnya Allah itu Maha Besar dan Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap isi langit dan BUMI.
Semoga Kau melaknati tiap mereka yang bersifat terlalu keji itu.. AMIN.


Allahuakbar..

Allahuakbar..

Allahuakbar..


Tuhan,aku ini bukan hamba-Mu yang paling taat, bukan juga yang paling iman, sungguh aku bukan..aku hamba-Mu yang paling jahil dan tak layak Kau dengarkan..tapi Tuhanku yang Maha Hebat lagi Adil, hati aku ini sedang runtun..bekecai yang amat..terluka dalam, aku terus longlai..Zionis makin menggila..gila!!..kasihan mereka-mereka yang diderakan mereka Tuhanku..kasihan..aku ini sedang menangis..serasa mahu aku langkahkan kaki, genggam perisai dan jihad bersama yang lain untuk lunyaikan zionis sialan itu..Allah ku,Tuhan ku..aku tahu Kau lebih tahu..dan telah Kau sediakan setiap apa yang perlu..maka itu Tuhan ku,aku tunggu..ya,aku tunggu itu..

picture: http://gazahumanrights.blogspot.com
READ MORE
 
Template design by Izzy Adlina