Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, September 22, 2014

Kontra Komunis



I wanna share my another thoughts.

Yknow.
Setiap hari kita belajar.
Dari mana kita mula, dimana kita akan tamat.
Dan setiap hari juga kita akan mengeluh atas benda yang tidak mampu kita laksanakan.
Atas usaha kita yang disia-siakan.

Yknow.
Rata-rata my surroundings buat blog as a diary. Ya, like cakap pasal makan, cakap pasal fashion, cakap pasal their dailyshits, cakap pasal review product, music, movie, lyrics etc, cakap pasal si kekasih, cakap pasal tutorial, cakap pasal business, cakap pasal vacation, cantik-cantik semua i admit that. 

Aku, bila marah sedih terus buka blogspot, write a new post, and publish.
Itu bukan maksud hidup aku horrible.
Aku selesa menulis dengan gaya gini. Stim lain macam. 
I used to published my entire privacy to this blog last time. Tapi itu dulu.
Orang ambil kisah bila kau tengah hidup terumbang ambing.
Ambil kisah dalam diam.
Tengok kau meraung menangis.
Yalah, cerita pasal hari-hari rebel, cinta monyet yang tak sudah-sudah, kawan-kawan yang macam jalang tikam belakang, marah, benci, sedih semua tanpa segan silu aku hambur.

People change. Cliche betul. Ironinya, manusia tetap sama. Saling membenci tanpa sebab.
Tak bersyukur.
Dasar komunis.

Jangan bila terhantuk baru terngadah, mula ambil dadah tayang dada.
Take a moment to nego with yourself. Nobody is perfect, 
But most of them are perFUCK.
Kalau memanjang hidup nak dodoikan hati orang, hati sendiri kecundang, jangan salahkan pak belalang.
Sendiri lupa belang.
Ingat, keliling kau ramai komunis.

Nak hidup ni simple.
Jangan mata celik, tapi hati dan akal buta.
Orang buang tahi, kau baling najis. Jangan.
Elok kau main perang guna psychology,
Jangan guna pisau.

Payah sekarang orang bunuh orang guna Smartphone.

READ MORE

A moment of truth

Jika kenal aku dari Tattamasi, dan pernah punya banyak tanggapan dan pengaruh yang buruk dari sini, aku minta maaf.
Jika kenal aku dari dunia realiti, dan pernah disakiti, dilukai, dianiayai dengan sifat jelik diri ini, aku tak boleh buat apa.
Mohon maaf.

I'm no longer to write as i'm getting older.
Aku mula menulis sejak umur 20 tahun.
Masa itu aku budak, immature dan pemberontak.
I've been abused, offended by surroundings, orang yang aku sayang.
Aku transform pemberontakan melalui penulisan.

Bila membesar, orang menyampah bila kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Orang cakap kau minta simpati.
Tapi apa kau dapat kalau diikutkan apa orang cakap?
Dibentak, dijerkah, ditikam belakang, difitnah.

Aku membesar. Mahu dari sudut pemikiran, kematangan dan juga saiz.
Masih tetap orang yang sama. Tapi kehidupan lebih baik dari dulu.
Cakap banyak tak guna.
Cakap belakang tak dapat apa.

Satu benda, sentiasa ingatkan diri supaya menulis dengan jujur. Apa yang ditulis adalah segalanya dari hati. Tak ada spekulasi.
Ibarat tak ada orang yang membaca.
Ibarat tak ada orang yang mengenali.
So, pergi jahanam.





READ MORE

Saturday, September 20, 2014

Jalan Kengkang

Makan kacang, tercekik halkum.
Assalamualaikum.

Pedih mata ditenggek si syaiton laknatullah menggoda aku untuk tidur waktu aku sedang gigih mencari rezeki di laman sesawang. Jadi aku come out dengan teori ini.
Teori kupasan bawang, through thick and thin, ups and down, waktu mewah, waktu tak semegah, Kena bersabar sebelum kulit terlihat yang cantik.

Nak menyanyi, suara tak sedap.
Nak berlakon, pakej tak mantap.
Nak berkarya, siapa yang layan? Syok sendiri.

Sabar. Mungkin sabar aku perlu dinaiktaraf ke peringkat lebih  mukminin.
Bukan sederap kau boleh rentap.
Bukan forever kau boleh terer.

Aku sabar jelah yang mampu, just jangan berhenti melabur.
Benar kata Azizan Osman, nak rasa nikmat kena lalui waktu bangsat.
Pedulikan si barua yang buang kahak dan jilat itu.

Kau ada attitude problem? Aku pun.
Kau kurang perhatian? Aku pun.
Kau pernah diherdik, dicaci, dimaki, dipukul? Aku pun.

Yang bezanya, aku tidak berhenti melangkah.
Walau langkah aku kadang kengkang, kadang jalang.

I never die trying. Sabar.



READ MORE

Friday, July 4, 2014

Kaya Raya vs Hantu Raya



"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan hutang"
Hutang dunia.
Hutang akhirat.




Definisi kaya.
Bagi aku, seseorang yang berkemampuan untuk membeli, memiliki, mempunyai, memberi dan menerokai segala-galanya tanpa limit kewangan.
Purata manusia yang ingin hidup dalam "kekayaan harta" adalah 101% manakala sebanyak -1% inginkan hidup kesederhanaan atau erti kata lain, "kais pagi makan nasi, kais tengah hari makan nasi basi, kais petang makan kulit udang".

Perspektif manusia bertaraf hidup biasa menyuarakan "kekayaan tidak dapat membeli kebahagiaan". Well, ianya common. 
Bagi aku, dengan kekayaan, anda akan peroleh kebahagiaan dan keberkatan dengan jalan yang berpaksi agama. 

Pandangan aku tentang "kekayaan harta dunia"

Bila kita kaya, kita mampu beli apa sahaja yang kita inginkan. Baik Gucci, baik Prada, baik Chanel, Baik Ed Hardy apa saja you name it. Beli as for rewards, bukan membazir. One day muflis, kau letgo barang-barang branded kau saja tak sampai RM50 sebab orang bajet barangan ciplak tapi kau terdesak, kau pulun sajalah.

Bila kita kaya, kita mampu beri apa sahaja untuk ibu, ayah dan adik beradik lain inginkan. Mungkin masa kau kerja makan gaji dahulu, kau segan silu untuk menghulur kepada mak ayah kau. Paling banyak pun RM50 bulanan cukuplah untuk mereka beli seguni beras, garam, gula dan minyak masak. Kau rasa kau dah habis membantu sedaya mampu dengan amount RM50 yang kau hulur itu. Tapi, jauh dari sudut hati kecil kau, teringin untuk membeli kelengkapan serba serbi mewah untuk orang yang kau sayang. Beri mereka duit bulan RM50,000 minima untuk mereka gunakan perbelanjaan harian. Atau dalam erti kata lain, beri segalanya apa yang kau ada pada mereka yang dah mendidik, menjaga kau sedari bayi hingga besar tunjang. Dengan tidak semena kau mampu hantar adik beradik kau belajar ke Mesir dan tanggung sara hidup makan minum pakai dia orang tanpa perlu berkira sesen pun. Yelah, dulu-dulu, adik pinjam RM12 buat beli rokok pun kau ungkit sampai Raya Aidilfitri.

Bila kita kaya, kita mampu sedekah untuk amalan akhirat. Mungkin dulu kau duduk melepak-lepak kedai kopitiam sambil layan shisha, out of nowhere ada dua orang OKU dan budak kecil minta sedekah, kau terkebil-kebil nak hulur RM10 duit shisha kau, lalu kau seluk poket ada lah RM1 balance makan pagi tadi beli teh tarik, kau hulur sajalah apa yang ada katanya, cukuplah amalan kau untuk hari itu. Kau rasa loser bila difikirkan balik dari shisha tadi, terlintaslah alangkah bestnya kalau dapat tolong depa beli sebuah rumah, tak perlu depa duduk merempat macamtu. Tapi, ongkos kau yang sangat terhad terlabel diri sebagai Si Kedekut tidak dapat dielakkan. 

Bila kita kaya, satu hari nanti kita boleh beri kehidupan lebih baik kepada generasi kita. Aku bagi kau dua gambaran, seorang budak kaya, seorang budak miskin yang keduanya mempunya IQ yang sama cerdik. Bila mereka meningkat umur 17 tahun, keduanya peroleh keputusan 20A di dalam SPM. Mahu dijadikan cerita, anak sikaya tadi dihantar sambung belajar ke Melbourne jurusan Medic malah yang anak simiskin tadi hanya mampu belajar di UiTM Puncak Perdana dengan biasiswa diberi. Tamat pengajian, masing-masing peroleh keputusan yang sangat cemerlang, tapi yang membezakan mereka adalah, anak sikaya tadi berjaya membuka klinik persendirian manakala anak simiskin tadi yang bekerja di hospital kerajaan Klang. Jadi, ini yang aku namakan motif kaya membantu generasi supaya suatu hari nanti, mereka tidak akan menyalahkan kita bila kita mati.

Bila kita kaya, kita mampu beramal lebih. Simple, nak bina masjid perlu ada duit yang banyak, nak bina rumah anak yatim perlu berkemampuan besar untuk menyara mereka, dan senang cerita, amalan-amalan sedekah ini perlukan kau mempunyai duit yang banyak untuk membantu tanpa riak. 

Orang sekarang, ramai denial, kata duit boleh memusnahkan, boleh melekakan. Kalau diri sendiri sudah set dalam otak dan iman untuk gunakan duit kearah itu, jangan salahkan mereka yang ingin mempunyai kekayaan harta untuk kejalan yang betul. 

Sekian.

READ MORE

Monday, June 30, 2014

Mata VS Bahu

Begini,

Whenever i feel left out, i remind myself that "i did my part" and stop giving too much.

Bila Melayu tak tolong Melayu, nak bising.
Bila Melayu dah tolong Melayu, kau kencing.
Come on, kencing manis pun ada ubatnya beb.
Kencing kawan apa cerita?

Kita susah bila tengok orang susah, kita faham.
Tak mampu tolong hulur, tapi cuma mampu tolong faham.
Kita susah. Kita cuba fahamkan orang yang kita susah.
Orang tak faham.
Tak cuba faham.
Tak teringin langsung nak cuba faham.
Kalau tak, mana mungkin ada pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".

Kalau boleh, rezeki dan ilmu kongsi sama-sama. Esok kau untung, lusa aku untung. Tapi bila masalah orang yang tak berbahasa ni payahlah sikit. Simple common sense pun takkan nak ajar. 
Kalau betul friendship bonding tu penting untuk kau, give and take.
Jangan kau keras tetek asik take-take. 

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang, kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahanamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka suatu ketika dulu, tak perlulah terus-terusan.
Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak dikongsi. Bila dah tak berkawan, dikatanya mencuri.
Bila berbaik balik, dendam kesumat mungkin masih ada. Jadi kita declare friends for the sake of grudge dalam diam.
Take advantage, baling tahi then menyorok. Cool.
Aku pernah rasa fucked up macam ni dulu, sekarang pun ada tapi malas nak kata, layankan saja.

Masa susah, cari.
Masa senang, pergi.
Masa kita susah, kutuk sana-sini.
Masa kita senang, dengki sampai mati.

Selama aku diam, selama itu aku relakan. Hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang pukang.
Sedangkan yang cerita pungpang pungpang, angkat muka tak berani pandang. Sembang kencang.

Bukan kau seorang yang susah, ramai lagi orang susah.
Bukan kau seorang ada masalah, ramai lagi bermasalah.
Kalau kau tak boleh handle masalah kau, belajar cara tolak ansur dengan orang sekeliling.
Reti-reti jaga bahasa, intonasi, gaya tutur kata.
Bila mahu sesuatu baru berbaik.
Lancau.


READ MORE

Sunday, August 29, 2010

Daya tarikan dan kecantikan.

Dear Readers,

Happy Sunday everibadi. Hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk aku berilusinasi di blog yang setelah sekian lama berhabuk dari karya aku. Memandangkan semalam aku sudah merantau ke bandar wilayah persekutuan Malaysia untuk mencari baju raya 2010, penat dan dugaan bulan puasa memang rasanya berbaloi setelah dapat juga akhirnya mencari Baju Raya yang aku idam-idamkan untuk tahun ini. Aku suka design nya, menggunakan fabric cotton yang memang selesa dipakai di Syawal nanti. Memang cantik! Pandai aku pilih blerghh perasan sial. Tapi betul, cantik!

Sesambil aku berjalan berbaurkan kepenatan maksima di Jalan Tar Masjid India, memang ramai tak terkata mak cakap, hari Sabtu memang kawasan KL dijajah ramai oleh pelusuk manusia. Tapi berjaya juga aku mencari apa yang sepatutnya. Buat pertama kali tahun ini, aku mencari stuff Raya sendiri, dan ditemani kekasih tercinta aitceyh. Mujur lah dia ada okay, seronok gila shopping dengan dia, sangat suka.

Habis sudah cerita pasal semalam, sebab aku nak focuskan dengan tajuk yang tertulis diatas. Daya tarikan perempuan sebenarnya terbahagi secara peratus demi peratus di setiap bahagian tertentu.


10% untuk ketinggian
10% untuk rambut
10% untuk kulit yang bersih (kecerahan adalah bonus)
10% untuk potongan badan 36, 27,36 (atau yang setara 55kg kebawah)
10% untuk bibir
10% untuk taraf kemancungan hidung
10% untuk mata tanpa eyebag atau tompok panda
10% untuk struktur gigi yang rata
10& untuk penampilan luaran
10% untuk sikap.

Bagi aku ini secara general, kemungkinan sesetengah perempuan mempunyai kelebihan dekat setiap diatas peratusnya. Aku? haaa, kau tengok lah sendiri mana aku lebih.

Jadi oleh sebab itu, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak layak sama sekali nak condemn keburukan dan kelebihan orang lain. Okay girls?

Aku secara jujurnya bernama Izziatul Adina Binti Mohamed Shokri adalah seorang perempuan yang tidak mempunyai daya tarikan yang kuat. apatah lagi untuk dikategorikan di kalangan perempuan cantik. Sekiranya anda dan anda yang tidak pernah jumpa saya secara life, terdetik untuk cakap saya ni cantik, anda sebenarnya silap. Hakikatnya saya adalah seorang fotogenic. Di dalam gambar saya mungkin kelihatan menarik. Di luar gambar, lansung tak. Saya sendiri, tak percaya, imagi yang terlukis di setiap foto saya yang di ambil. Tetapi saya bangga dengan apa yang saya ada secara fizikal sebab bagi saya, kecantikan adalah dari dalaman, maka tertonjol lah luarannya. Kecantikan dan daya tarikan yang saya ada hanyalah satu keunikan yang tiada pada diri orang lain. Jadi, pada sesiapa yang berniat untuk memboikot kelebihan dan kekurangan saya, cermin diri dahulu, terima kasih :)

Salam satu Malaysia, besok hari Merdeka bye~

READ MORE

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban Ya Ramadhan.

Dear Readers,

Alhamdulilah, so now we are able to meet Ramadhan again this year and may we be given with endless rewards and blessings in this holy month and get the best night of all nights, the Lailatul Qadar. Amin.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya secara Optimaliti :)

Oh lupa, aku sejak bermenjak ni sangat sibuk dengan final year project aku yang bapak berlambak, memang tak ada masa blogging, teeeheee!

Kepada anda semua, jangan skip puasa okay, nanti raya tak bernikmat. Bye.
READ MORE

Friday, July 9, 2010

Berubah

Dear Readers,

manusia berubah.
itu yang pasti.
fizikal. mental. sudah pasti.

manusia berubah.
aku manusia.
maka aku juga berubah.
engkau manusia.
jadinya engkau pon berubah.

cuma bedanya perubahan itu.
aku berubah cara aku.
dan engkau berubah cara kau.

lantak apa orang kata.
perubahan itu telah terjadi.
renung diri.
tilik peribadi.
adakah perubahan itu yang kita inginkan?
adakah perubahan itu banyak baiknya dari keburukan?
adakah perubahan itu demi kesenangan diri sendiri semata?

manusia berubah; mereka berubah.
cara mereka.
intonasi mereka.
renungan mereka.
kepetahan mereka.
gerak geri mereka.
apakah itu?
Engkau sendiri fikir, tiada yang sempurna.

Engkau pilih untuk lari jauh,
Aku pilih untuk berubah dan teruskan hidup.
Aku tahu apa aku buat,
Aku bukan yang lama, yang baru pun bukan,
Cuma berubah untuk diri sendiri.
Terima kasih sebab lepaskan aku pergi. :)


READ MORE

Thursday, July 8, 2010

Just do whatever you want.

Dear Readers,

Haallaaahhhaaaai, tak faham betul. Kalau lah rasa tak mahu ambil tahu pasal aku, kenapa kau perlu tahu semua aku buat? Dan mungkin kau rasa, aku nak show off like i'm desperately happy, and telling everyone yang kau akan ketawa sepuas-puasnya, bila tahu aku macam pretend happy? Lantak kau lah apa aku nak buat.

If aku happy macam mana sekalipun, does it effects you? Oh, effect lah mesti sebab tu kau macam tahu semua pasal aku. Kau siapa lah hallaahh, lantak lah apa kau nak buat, tak effect aku sikit pun, I'm blessed for everything i have. Thanks to God.

Eh kau malaikat eh, macam tak pernah buat salah? Just get away from my entire life, aku tak nak tahu pasal apa, kau buat, kau nak, psycho lah diri sendiri, keep on cakap pasal aku sampai kau puas, sampai kau dapat manipulate satu dunia untuk benci aku, keep on, aku still move on, i will let you in but will never let you win, teruskanlah. If your intention is to hurt my feeling and bring me down as well, just fuck off, i have no time to nonsense, Hidup aku sentiasa berjalan.

Kau punya minded yang memang black and white would say this : "oh, you do that? you're going to hell".

FUCK YOU. Who are YOU to decide what will happen to me? I will not say it is between me and God, but I can say this "only God will decide, and I will accept what will be decided".

Yes. LAME sangat pun tak elok lah girl.

Tapi teruskan lah, will supports you :)

Yessss! I'm telling to the whole world, "I'm HAPPY!!!!! I have so many friends!! "
And so what? Dengki? Puas?
Ish kau ni, ini Blog lah, Blog aku lagi, kau sibuk kenapa? Kau nak share dengan aku cakap lah. Nothing much to say, just let it be.

Think you know me well? blerghh~~
You have no idea, haha.
Bagi parents kau tahu diri kau yang hipokrit, macam Pepatah Melayu, "jangan jaga tepi kain orang"- ada banyak yang positive, tapi kau ambil yang negative, Get a life !
Aku buat salah sekalipun, aku dapat jumpa jalan aku, kalau kau rasa nak terus terusan memburukkan orang, and expects semua benda remain same, YOU ARE SO LAME, GIRL, just get your life! And back it off, aku malas nak dengar pasal kau, ramai lagi orang aku nak layan :)

And if kau rasa sifat ingin tahu kau membuak-buak pasal aku, kau baca saja Blog aku ni. Okay? Tak marah pun, judge lah sepuas-puasnya, sebab aku sedikit tak kisah, u're being too sissy :)

Apa-apa lah, janji kau puas, even aku ada trillion friends pun, kau jealous ke? haha. Pergilah manipulate orang lain, kalau kau rasa benda memburukkan orang tu perkara amal jariah, sekian.

A Lawyer is a Lame minded who already set in their mind, in the world there's only two types of person, "an angel, and devil", Punishment is the only way to solved everything, ouh GOD let her/him be.
Mereka terlalu care about the punishment, so get the hell for it.
Malas nak cakap banyak, sebab aku ada banyak benda "JOY" nak buat, toodles Loser (kau lah yang loser sebab sibuk nak bagi aku down) *Laugh Out Loud*


READ MORE

Sunday, June 20, 2010

Halang lagi Buat.

Dear readers,

Satu philosophy tinggi aku kali ini nearly related to our parent, since they are the one who decided eveything we do, tapi bukan dengan menghalang or menggertak or memaksa untuk tidak buat dan sama waktu dengannya.

" Bila anak kau yakni budak kecil yang masih mentah dan menggelupur mencari maksud duniawi, ingin memegang cerek yang masih panas didapur, kau jangan halang atau memarahi dia, biarkan dia pegang, dari situ dia dapat menilai sendiri bagaimana rasanya rather than kau menghalang dan memarahinya, dia lagi berasa curious untuk melakukan sekali lagi tanpa pengetahuan kau. "

Sekian


READ MORE
 
Template design by Izzy Adlina