Showing posts with label #perkara sumpah rawak. Show all posts
Showing posts with label #perkara sumpah rawak. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Lagenda Budak Setan

Waktu itu,
bila udara aku sedut tiada sehabuk kini,
hujan sentiasa jarangnya matahari,
aku masih dapat rasa nafas itu,
nafas yang segar,
alam yang aku tunggu-tunggu,
aku bebas.

Ketika itu,
tiada lagi kongkongan dirumah,
aku berduit walau tak banyak,
aku mampu,
Myvi WVE 4618 berwarna jingga aku usung kemana saja membawa punggung,
aku lihat dunia,
dunia yang aku impikan,
zaman itu memang lagenda.

Zaman aku lantang,
aku tidak hirau perasaan orang,
Blackberry Curve itu,
permulaan aku dengan orang luar,
lincah, seronok dan megah,
rindu.

Lagenda aku bukan lagenda biasa,
kalau dibawa kemuka surat novel, belum tentu ada penghujungnya,
pahit manis, suka duka, gelak tawa,
zaman kebebasan,
bebas membuat keputusan,
aku rindu.

Lagu Tilu - Ku Bukan Aku menjadi zikir dibibir,
itu lagu zaman aku yang aku rindu,
aku tidak kenal siapa musuh,
tidak kenal siapa lawan,
hanya tahu bergelumang dengan kegembiraan luar,
itu diri aku yang aku rindu.

Aku bebas berpakaian,
aku lincah bergaya dan berkata,
lontarkan semua, apa peduli,
aku tidak hirau orang tak suka,
itu zaman lagenda aku,
yang aku takkan lupa.

Nafas itu masih aku dapat rasa,
bila pejam mata setiap wajah zaman itu bermain di ingatan,
semua masih melekat,
tidak ada yang tertinggal.

Lagenda Budak Setan jadi kenangan tersimpan.


READ MORE

Thursday, September 25, 2014

Subsidi Cinta

Alangkah bagusnya ada suara yang merdu, ada otak yang pintar, boleh berpuitis, kurniakan bakat, cantik, susuk tubuh menggoda, 
Hidup ini kalau ikut dengan merungut, tak terlayan. Serba serbi nak ikut kehendak, ikut impian.
Hari-hari nak mengeluh benda yang sama.
Pasal badan, pasal kawan, pasal pendapatan, pasal krisis dengan mak ayah, pasal life.
Bila tergelincir, kata keliru.
Bila jatuh, kata celaru.
Bila tersungkur, kata merapu.

Semua tidak adil, kalau diikutkan.
Dari zaman kau bergelumang dengan budak-budak selekeh waktu sekolah rendah, hingga ke zaman kau declare dosa adalah suci.
Kau kata merokok untuk hilangkan tekanan.
Kau kata clubbing boleh luruskan jalan.
Kau kata mabuk boleh lupakan kenangan.
Masih denial dengan orang lain, dengan diri sendiri.

Seribu kali sayang,
cinta neraka yang kau cipta bukan penghujung setiap cerita,
cinta syurga yang kau kikis kerana perit,
memang perit,
bila segala yang kau sumbang dipersumbangkan,
bila titik peluh kau hujani dipersendakan,
bila pengorbanan difitnah,
bila kasih dipropaganda,
bila prihatin diperabai,
bila cinta tidak terlihat.

Masih adilkah cinta syurga?
Atau hanya subsidi ke Jannah?


READ MORE

Wednesday, September 24, 2014

Rojak Rabu

Rugi.
Bagi bukan penggemar rojak buah mahupun rojak mamak.
Rugi besar.
Asyik menghadap makanan Melayu.
Balik-balik masak lemak cili api, asam pedas, sambal belacan, nasi lemak, kuih lapis.
Bau pun bau belacan.
Ketiak bau bawang.
Badan berlemak santan.

Kata Sophisticated.
Kena belajar selera lain.
Jangan makan ditakuk lama memanjang, nanti seluar panjang jadi seluar mambang.
Macam berfikir.
Jangan fikir macam Melayu yang melayu, tak tahan lasak. Tahu nak sedap.

Komuniti sekarang tiada integriti.
Lompat sana, lompat sini.
Jatuh sikit, lari berteduh bawah payung Sang Maliki.
Tak kental, lebih selesa disental.

Makanan melayu memang sedap.
Banyak mudarat dari sihat. Banyak musibat dari lazat.
Macam idealis melayu kini.
Mahu yang cepat.
Mahu yang sedap.
Semuanya nak short-cut.
Bila berulat, bukan ikhtiar untuk perbaikpulih.
Ditinggal sampai berkulat.

Pendirian aku,
Bila aku mula buat sesuatu, aku habiskan.
Bila aku buat keputusan untuk lakukan, aku garap sampai licin dipinggan.

Tapi kebanyakan mereka,
Pongpang pada mulanya.
Dedah rahsia kaya sekelip mata.
Canang sini sana.
Bagi harapan pada rakan sebaya.
Sampai ada yang terpedaya.
Bila jatuh dilubuk buaya, ambil jalan pintas untuk menaiki helikopter.

Bukan jenis aku, yang tetap setia.
Dengan Shaklee dan Worldventures.
Walau buaya banyak didepan mata.
Dipukul arus berkocak-kocak.
Aku renangi rentas semua ini, sehingga ke Waterfall yang diingini.

Sebab apa?
Sebab aku lebih suka makan rojak.
Banyak rasa banyak gula.
Tapi sedap.

READ MORE

Tuesday, September 23, 2014

Kisah Techno dan Blog

Pada 2011, bulan berapa tidakku ingat.
Ada seorang random girl tegur aku dalam club,
dengan hiruk pikuk muzik techno berbingit-bingit bergelombang, dia tanya.
"Sorry, you blogger kan? Tatta-tatta Tattamasi, yesssss. I follow your blog, macam nak join carut sekali je"

10 minit aku berdiam dan senyum.
Aku angguk.
Sebab tak tahu nak reply apa.
Minah tu agak city-zen baca blog kampung ni?
Pelik.

Dalam hati aku,
Apa lah kau dapat baca blog tu, dah lah ayat macam haram.

READ MORE

Monday, September 22, 2014

Kontra Komunis



I wanna share my another thoughts.

Yknow.
Setiap hari kita belajar.
Dari mana kita mula, dimana kita akan tamat.
Dan setiap hari juga kita akan mengeluh atas benda yang tidak mampu kita laksanakan.
Atas usaha kita yang disia-siakan.

Yknow.
Rata-rata my surroundings buat blog as a diary. Ya, like cakap pasal makan, cakap pasal fashion, cakap pasal their dailyshits, cakap pasal review product, music, movie, lyrics etc, cakap pasal si kekasih, cakap pasal tutorial, cakap pasal business, cakap pasal vacation, cantik-cantik semua i admit that. 

Aku, bila marah sedih terus buka blogspot, write a new post, and publish.
Itu bukan maksud hidup aku horrible.
Aku selesa menulis dengan gaya gini. Stim lain macam. 
I used to published my entire privacy to this blog last time. Tapi itu dulu.
Orang ambil kisah bila kau tengah hidup terumbang ambing.
Ambil kisah dalam diam.
Tengok kau meraung menangis.
Yalah, cerita pasal hari-hari rebel, cinta monyet yang tak sudah-sudah, kawan-kawan yang macam jalang tikam belakang, marah, benci, sedih semua tanpa segan silu aku hambur.

People change. Cliche betul. Ironinya, manusia tetap sama. Saling membenci tanpa sebab.
Tak bersyukur.
Dasar komunis.

Jangan bila terhantuk baru terngadah, mula ambil dadah tayang dada.
Take a moment to nego with yourself. Nobody is perfect, 
But most of them are perFUCK.
Kalau memanjang hidup nak dodoikan hati orang, hati sendiri kecundang, jangan salahkan pak belalang.
Sendiri lupa belang.
Ingat, keliling kau ramai komunis.

Nak hidup ni simple.
Jangan mata celik, tapi hati dan akal buta.
Orang buang tahi, kau baling najis. Jangan.
Elok kau main perang guna psychology,
Jangan guna pisau.

Payah sekarang orang bunuh orang guna Smartphone.

READ MORE

A moment of truth

Jika kenal aku dari Tattamasi, dan pernah punya banyak tanggapan dan pengaruh yang buruk dari sini, aku minta maaf.
Jika kenal aku dari dunia realiti, dan pernah disakiti, dilukai, dianiayai dengan sifat jelik diri ini, aku tak boleh buat apa.
Mohon maaf.

I'm no longer to write as i'm getting older.
Aku mula menulis sejak umur 20 tahun.
Masa itu aku budak, immature dan pemberontak.
I've been abused, offended by surroundings, orang yang aku sayang.
Aku transform pemberontakan melalui penulisan.

Bila membesar, orang menyampah bila kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Orang cakap kau minta simpati.
Tapi apa kau dapat kalau diikutkan apa orang cakap?
Dibentak, dijerkah, ditikam belakang, difitnah.

Aku membesar. Mahu dari sudut pemikiran, kematangan dan juga saiz.
Masih tetap orang yang sama. Tapi kehidupan lebih baik dari dulu.
Cakap banyak tak guna.
Cakap belakang tak dapat apa.

Satu benda, sentiasa ingatkan diri supaya menulis dengan jujur. Apa yang ditulis adalah segalanya dari hati. Tak ada spekulasi.
Ibarat tak ada orang yang membaca.
Ibarat tak ada orang yang mengenali.
So, pergi jahanam.





READ MORE

Monday, June 30, 2014

Rawak


Hidup ini macam jigsaw puzzle.
Kau ada dua pilihan sama ada kau yang aturkan atau orang lain yang aturkan. Tapi bukan semua orang mampu ada pilihan. Untung kalau hidup makan tanggung berak cangkung tapi pipi tersorong-sorong. Realiti ini memang puki. We live in the imperfect personality. Jangan sentiasa fikir bagus dan mengangkat martabat sendiri macam Puteri Lindungan Kaabah. None of us !

Just when you realize, by the end of the day, everyone is a selfish motherfucker. Dan teori "biar orang buat kita, jangan kita buat orang" itu dah ketinggalan zaman bagi aku sebab aku sudah decide untuk tidak lagi tolerate dengan bangsa-bangsa bangsat macam ini. Sharing is not caring. Sharing is so damn scary, you know !
Simple, hidup jangan sampai terpalit tahi sendiri.
If you can't be good to everyone, be good at one.




Gentle.
If you are the first comer to my Blog, i would like to inform you that any words written here comes from my personal thoughts and experiences.
If i didn't mention someone's name in one of my entries, means it is for general because my grammar is so good !
Only those who are less understanding think that i write incorrectly.
Just my random stories because i love to write all about my lifetime, my favorites and most importantly is my genius thoughts !

Aku menulis, kerana aku suka.
Aku menulis, kerana aku bahagia.
Aku menulis, kerana aku percaya.
Aku menulis, kerana aku hebat.
If you have problem with my writings, please back off.

Sekian, terima kasut.

READ MORE

Mata VS Bahu

Begini,

Whenever i feel left out, i remind myself that "i did my part" and stop giving too much.

Bila Melayu tak tolong Melayu, nak bising.
Bila Melayu dah tolong Melayu, kau kencing.
Come on, kencing manis pun ada ubatnya beb.
Kencing kawan apa cerita?

Kita susah bila tengok orang susah, kita faham.
Tak mampu tolong hulur, tapi cuma mampu tolong faham.
Kita susah. Kita cuba fahamkan orang yang kita susah.
Orang tak faham.
Tak cuba faham.
Tak teringin langsung nak cuba faham.
Kalau tak, mana mungkin ada pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".

Kalau boleh, rezeki dan ilmu kongsi sama-sama. Esok kau untung, lusa aku untung. Tapi bila masalah orang yang tak berbahasa ni payahlah sikit. Simple common sense pun takkan nak ajar. 
Kalau betul friendship bonding tu penting untuk kau, give and take.
Jangan kau keras tetek asik take-take. 

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang, kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahanamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka suatu ketika dulu, tak perlulah terus-terusan.
Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak dikongsi. Bila dah tak berkawan, dikatanya mencuri.
Bila berbaik balik, dendam kesumat mungkin masih ada. Jadi kita declare friends for the sake of grudge dalam diam.
Take advantage, baling tahi then menyorok. Cool.
Aku pernah rasa fucked up macam ni dulu, sekarang pun ada tapi malas nak kata, layankan saja.

Masa susah, cari.
Masa senang, pergi.
Masa kita susah, kutuk sana-sini.
Masa kita senang, dengki sampai mati.

Selama aku diam, selama itu aku relakan. Hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang pukang.
Sedangkan yang cerita pungpang pungpang, angkat muka tak berani pandang. Sembang kencang.

Bukan kau seorang yang susah, ramai lagi orang susah.
Bukan kau seorang ada masalah, ramai lagi bermasalah.
Kalau kau tak boleh handle masalah kau, belajar cara tolak ansur dengan orang sekeliling.
Reti-reti jaga bahasa, intonasi, gaya tutur kata.
Bila mahu sesuatu baru berbaik.
Lancau.


READ MORE

Friday, June 27, 2014

Aku Bukan Bohsia.

Definisi "Bohsia" bagi aku adalah seorang yang paranoid dan tiada hala tuju hidup. Fakta benar tentang aku ialah aku "bohsia" yang suka observed people and surroundings dengan teliti dalam diam. No one knows. Satu perkara yang orang tak expect is aku jenis orang yang suka tengok benda-benda lepas, benda-benda lama dan aku come out dengan konklusi aku sendiri selepas aku propaganda kepada orang. Aku suka tengok reaksi orang bila dibuka kisah-kisah lama. Most of them sangat teruja dan mula merungkaikan ceritera sesama sendiri. Bagi aku lain, aku lebih suka memikirkan pentingnya setiap orang yang keluar masuk ke hidup aku. Sampai aku gigih cari mana mula titik setiap kita jumpa, atas sebab apa, kemana akhirnya, dari segala sudut. Manusia, lebih bercerita perkara yang mereka suka bercerita dari perkara yang mereka suka dengar.


Apa yang aku tahu, we met every person in life for a reasons, for a better or worst. Ada yang tetap tinggal, ada yang cuma singgah dan ada yang putuskan untuk setia selamanya. Kadang-kadang bila baca entry-entry lama, terasa bodohnya diri ini dahulu memaki hamun dengan coretan privacy di atas diary on web. Rasa cool. Orang lain mengada-ngada tulis dalam buku diary, aku guna blog boleh tampal gambar-gambar. Memang cool tahap syaitan. But for good, dengan kebodohan inilah kadang-kadang kita jumpa orang-orang yang bermakna untuk kita hidup. People who accept the way you are, the way i am. Yang expressive, yang loud, yang kaki maki, yang mencarut, yang nakal, yang jahat, yang poyo, yang offensive, yang perasan bagus, dan yang perasan hot bapak.


I thought age is just a number. And i bet weight is just a number too. Well actually i've been so rebellious all this while disebabkan psychological and surroundings. Pantang aku dicuit, dijentik dan dikaki zahir ataupun batin, memang aku akan jadi semerah-merah Lucifer. Rata-rata 80% jiwa aku diselaputi baran yang seriously uncontrollable. Walau yang demikian, aku masih bersyukur Tuhan masih mendengar doa-doa aku yang satu per satu dari seribu. Mungkin juga datangnya dari doa orang-orang yang jauh. He's being great all this while cuma aku terlalu leka hidup in denial. 

I have so much conversation in my brain but when i open out my mouth to speak, i speak nothing, pointless and silly. Langsung tak sekata dengan kepala. Sixth sense aku hilang kemana, psychological talent aku lenyap dari idea, rasa bodoh sangat. No, this is not a frustration statement. Ini adalah satu night thought sebelum beranjak tidur. Aku beri gambaran kepada peserta Bumi yang naif including aku yang selalu lupa dan merungut. Tuhan hantar angin melibas susuk tubuh setiap hari as a signal, tapi kita ignore. Rasa hidup masih panjang lagi 500 tahun sebelum melangkah ke Barzakh, Segala yang iblis kita declare sebagai suci, walhal yang amal maaruf kita sula dengan alasan dan provokasi. 


Orang zaman sekarang banyak yang mati dari hidup. Mati pendirian, hidup dengan kebanggaan. KIta susah, bila tengok orang susah. Kita lagi susah, bila tengok orang senang. Impliedly, tak ada sekeping manusia yang kosong perasaan. Mereka kata mereka peduli, tapi mereka tidak mengerti. Apa yang mereka tahu, mereka kata pada kita berulang kali. Sebenarnya, jawapan dari setiap permasalahan ada pada kita, tapi kita pura-pura tak realize. Denial katakan. 

Aku bukan bohsia. Aku hidup ada tujuan, ada impian yang aku bermati-matian untuk capai. Masa dan ego banyak memainkan peranan, sampai buat aku leka. Aku lewati hari-hari indah hidup aku dengan penuh tenang, dan berhala tuju. Cuba sailang ke jalan putih, jalan hitam takkan ku toleh.
Walau sekeliling tidak ada ilmu tentang aku, aku perlu berilmu untuk menjaga hati mereka yang memerlukan aku. Ini coretan tengah malam yang menyundalkan otak tapi meluaskan fikiran.
Boleh jadi bohsia, tapi kadang-kadang.

Xoxo,
IA



READ MORE

Tuesday, July 20, 2010

Perkara Rawak #1

Dear Readers,

Mulai saat ini, aku akan mula update setiap inci sudut hidup aku melalui title post "Perkara Rawak", ya maybe ini bukan sesuatu benda yang aku terlalu focus untuk diberi tajuk, so title ni sesuai sekali, dan aku akan cuba tidak mencampurkan adukkan bahasa.

Untuk isi kandungan perkara rawak #1, aku focus kepada perasaan seorang perempuan yang sudah ada boyfriend, aku yakin kebanyakan perempuan macam aku, pernah menyukai atau dalam bahasa Inggeris, "admire" lelaki lain, itu tak salah sama sekali.

Bagi aku, perasaan tak boleh mengelat, ya lah, bukan minta pun, lagi-lagi kalau kau jumpa dia kau rasa macam excited nak mampus, apa semua itu?
Tuhan saja yang tahu. Ya.

Macam kes aku, memang aku tak nafikan, aku ada suka seorang lelaki yang biasa-biasa saja, tapi sangat cukup untuk buat aku rasa ada feeling macam ni, it's not kind of love feeling or what, mungkin rasa seronok bila jumpa dia? Weh serious aku macam tak boleh cover kalau aku sudah start suka dekat someone. And lagi-lagi kalau lelaki bertuah tu.HerRRR!

Ini memang tindakan salah, ye lah aku sudah ada boyfriend, dan perasaan ni harus disangkal dan ditapis terlebih awal. Bukan nak salahkan social life aku, tapi ye lah aku ramai jumpa orang, macam-macam jenis, tapi bila benda ni datang, aku mula gabra. Ye la weh! Tak Tipu!

Tak adil untuk boyfriend aku yang jenis memang setia dan tak pandang perempuan lain, kalau aku berperangai macam ni, memang sumpah akan membawa maut, and aku tahu bf and that guy takkan baca Blog aku sebab, they are not that type.

So, jalan terbaik, try to avoid untuk berjumpa lelaki itu kerap, or maybe, delete dia dari FB? oh no! Let it be, tengok saja lah nanti, buat masa ni, maybe cerita ni jadi issue panas untuk Blog aku kali ini, nantikan okay, dan kalau kau orang ada pendapat apa yang harus aku buat, silakan lah beri comment, better thru email lagi better. Daa~~


READ MORE
 
Template design by Izzy Adlina