Showing posts with label dailyshits. Show all posts
Showing posts with label dailyshits. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Lagenda Budak Setan

Waktu itu,
bila udara aku sedut tiada sehabuk kini,
hujan sentiasa jarangnya matahari,
aku masih dapat rasa nafas itu,
nafas yang segar,
alam yang aku tunggu-tunggu,
aku bebas.

Ketika itu,
tiada lagi kongkongan dirumah,
aku berduit walau tak banyak,
aku mampu,
Myvi WVE 4618 berwarna jingga aku usung kemana saja membawa punggung,
aku lihat dunia,
dunia yang aku impikan,
zaman itu memang lagenda.

Zaman aku lantang,
aku tidak hirau perasaan orang,
Blackberry Curve itu,
permulaan aku dengan orang luar,
lincah, seronok dan megah,
rindu.

Lagenda aku bukan lagenda biasa,
kalau dibawa kemuka surat novel, belum tentu ada penghujungnya,
pahit manis, suka duka, gelak tawa,
zaman kebebasan,
bebas membuat keputusan,
aku rindu.

Lagu Tilu - Ku Bukan Aku menjadi zikir dibibir,
itu lagu zaman aku yang aku rindu,
aku tidak kenal siapa musuh,
tidak kenal siapa lawan,
hanya tahu bergelumang dengan kegembiraan luar,
itu diri aku yang aku rindu.

Aku bebas berpakaian,
aku lincah bergaya dan berkata,
lontarkan semua, apa peduli,
aku tidak hirau orang tak suka,
itu zaman lagenda aku,
yang aku takkan lupa.

Nafas itu masih aku dapat rasa,
bila pejam mata setiap wajah zaman itu bermain di ingatan,
semua masih melekat,
tidak ada yang tertinggal.

Lagenda Budak Setan jadi kenangan tersimpan.


READ MORE

Thursday, September 25, 2014

Subsidi Cinta

Alangkah bagusnya ada suara yang merdu, ada otak yang pintar, boleh berpuitis, kurniakan bakat, cantik, susuk tubuh menggoda, 
Hidup ini kalau ikut dengan merungut, tak terlayan. Serba serbi nak ikut kehendak, ikut impian.
Hari-hari nak mengeluh benda yang sama.
Pasal badan, pasal kawan, pasal pendapatan, pasal krisis dengan mak ayah, pasal life.
Bila tergelincir, kata keliru.
Bila jatuh, kata celaru.
Bila tersungkur, kata merapu.

Semua tidak adil, kalau diikutkan.
Dari zaman kau bergelumang dengan budak-budak selekeh waktu sekolah rendah, hingga ke zaman kau declare dosa adalah suci.
Kau kata merokok untuk hilangkan tekanan.
Kau kata clubbing boleh luruskan jalan.
Kau kata mabuk boleh lupakan kenangan.
Masih denial dengan orang lain, dengan diri sendiri.

Seribu kali sayang,
cinta neraka yang kau cipta bukan penghujung setiap cerita,
cinta syurga yang kau kikis kerana perit,
memang perit,
bila segala yang kau sumbang dipersumbangkan,
bila titik peluh kau hujani dipersendakan,
bila pengorbanan difitnah,
bila kasih dipropaganda,
bila prihatin diperabai,
bila cinta tidak terlihat.

Masih adilkah cinta syurga?
Atau hanya subsidi ke Jannah?


READ MORE

Wednesday, September 24, 2014

Rojak Rabu

Rugi.
Bagi bukan penggemar rojak buah mahupun rojak mamak.
Rugi besar.
Asyik menghadap makanan Melayu.
Balik-balik masak lemak cili api, asam pedas, sambal belacan, nasi lemak, kuih lapis.
Bau pun bau belacan.
Ketiak bau bawang.
Badan berlemak santan.

Kata Sophisticated.
Kena belajar selera lain.
Jangan makan ditakuk lama memanjang, nanti seluar panjang jadi seluar mambang.
Macam berfikir.
Jangan fikir macam Melayu yang melayu, tak tahan lasak. Tahu nak sedap.

Komuniti sekarang tiada integriti.
Lompat sana, lompat sini.
Jatuh sikit, lari berteduh bawah payung Sang Maliki.
Tak kental, lebih selesa disental.

Makanan melayu memang sedap.
Banyak mudarat dari sihat. Banyak musibat dari lazat.
Macam idealis melayu kini.
Mahu yang cepat.
Mahu yang sedap.
Semuanya nak short-cut.
Bila berulat, bukan ikhtiar untuk perbaikpulih.
Ditinggal sampai berkulat.

Pendirian aku,
Bila aku mula buat sesuatu, aku habiskan.
Bila aku buat keputusan untuk lakukan, aku garap sampai licin dipinggan.

Tapi kebanyakan mereka,
Pongpang pada mulanya.
Dedah rahsia kaya sekelip mata.
Canang sini sana.
Bagi harapan pada rakan sebaya.
Sampai ada yang terpedaya.
Bila jatuh dilubuk buaya, ambil jalan pintas untuk menaiki helikopter.

Bukan jenis aku, yang tetap setia.
Dengan Shaklee dan Worldventures.
Walau buaya banyak didepan mata.
Dipukul arus berkocak-kocak.
Aku renangi rentas semua ini, sehingga ke Waterfall yang diingini.

Sebab apa?
Sebab aku lebih suka makan rojak.
Banyak rasa banyak gula.
Tapi sedap.

READ MORE

Tuesday, September 23, 2014

Kisah Techno dan Blog

Pada 2011, bulan berapa tidakku ingat.
Ada seorang random girl tegur aku dalam club,
dengan hiruk pikuk muzik techno berbingit-bingit bergelombang, dia tanya.
"Sorry, you blogger kan? Tatta-tatta Tattamasi, yesssss. I follow your blog, macam nak join carut sekali je"

10 minit aku berdiam dan senyum.
Aku angguk.
Sebab tak tahu nak reply apa.
Minah tu agak city-zen baca blog kampung ni?
Pelik.

Dalam hati aku,
Apa lah kau dapat baca blog tu, dah lah ayat macam haram.

READ MORE

Monday, September 22, 2014

Kontra Komunis



I wanna share my another thoughts.

Yknow.
Setiap hari kita belajar.
Dari mana kita mula, dimana kita akan tamat.
Dan setiap hari juga kita akan mengeluh atas benda yang tidak mampu kita laksanakan.
Atas usaha kita yang disia-siakan.

Yknow.
Rata-rata my surroundings buat blog as a diary. Ya, like cakap pasal makan, cakap pasal fashion, cakap pasal their dailyshits, cakap pasal review product, music, movie, lyrics etc, cakap pasal si kekasih, cakap pasal tutorial, cakap pasal business, cakap pasal vacation, cantik-cantik semua i admit that. 

Aku, bila marah sedih terus buka blogspot, write a new post, and publish.
Itu bukan maksud hidup aku horrible.
Aku selesa menulis dengan gaya gini. Stim lain macam. 
I used to published my entire privacy to this blog last time. Tapi itu dulu.
Orang ambil kisah bila kau tengah hidup terumbang ambing.
Ambil kisah dalam diam.
Tengok kau meraung menangis.
Yalah, cerita pasal hari-hari rebel, cinta monyet yang tak sudah-sudah, kawan-kawan yang macam jalang tikam belakang, marah, benci, sedih semua tanpa segan silu aku hambur.

People change. Cliche betul. Ironinya, manusia tetap sama. Saling membenci tanpa sebab.
Tak bersyukur.
Dasar komunis.

Jangan bila terhantuk baru terngadah, mula ambil dadah tayang dada.
Take a moment to nego with yourself. Nobody is perfect, 
But most of them are perFUCK.
Kalau memanjang hidup nak dodoikan hati orang, hati sendiri kecundang, jangan salahkan pak belalang.
Sendiri lupa belang.
Ingat, keliling kau ramai komunis.

Nak hidup ni simple.
Jangan mata celik, tapi hati dan akal buta.
Orang buang tahi, kau baling najis. Jangan.
Elok kau main perang guna psychology,
Jangan guna pisau.

Payah sekarang orang bunuh orang guna Smartphone.

READ MORE

A moment of truth

Jika kenal aku dari Tattamasi, dan pernah punya banyak tanggapan dan pengaruh yang buruk dari sini, aku minta maaf.
Jika kenal aku dari dunia realiti, dan pernah disakiti, dilukai, dianiayai dengan sifat jelik diri ini, aku tak boleh buat apa.
Mohon maaf.

I'm no longer to write as i'm getting older.
Aku mula menulis sejak umur 20 tahun.
Masa itu aku budak, immature dan pemberontak.
I've been abused, offended by surroundings, orang yang aku sayang.
Aku transform pemberontakan melalui penulisan.

Bila membesar, orang menyampah bila kau cakap terlalu jujur. Dan kalau kau menulis untuk dibaca orang, kau akan cenderung kepada tak jujur. Orang cakap kau minta simpati.
Tapi apa kau dapat kalau diikutkan apa orang cakap?
Dibentak, dijerkah, ditikam belakang, difitnah.

Aku membesar. Mahu dari sudut pemikiran, kematangan dan juga saiz.
Masih tetap orang yang sama. Tapi kehidupan lebih baik dari dulu.
Cakap banyak tak guna.
Cakap belakang tak dapat apa.

Satu benda, sentiasa ingatkan diri supaya menulis dengan jujur. Apa yang ditulis adalah segalanya dari hati. Tak ada spekulasi.
Ibarat tak ada orang yang membaca.
Ibarat tak ada orang yang mengenali.
So, pergi jahanam.





READ MORE

Saturday, September 20, 2014

Jalan Kengkang

Makan kacang, tercekik halkum.
Assalamualaikum.

Pedih mata ditenggek si syaiton laknatullah menggoda aku untuk tidur waktu aku sedang gigih mencari rezeki di laman sesawang. Jadi aku come out dengan teori ini.
Teori kupasan bawang, through thick and thin, ups and down, waktu mewah, waktu tak semegah, Kena bersabar sebelum kulit terlihat yang cantik.

Nak menyanyi, suara tak sedap.
Nak berlakon, pakej tak mantap.
Nak berkarya, siapa yang layan? Syok sendiri.

Sabar. Mungkin sabar aku perlu dinaiktaraf ke peringkat lebih  mukminin.
Bukan sederap kau boleh rentap.
Bukan forever kau boleh terer.

Aku sabar jelah yang mampu, just jangan berhenti melabur.
Benar kata Azizan Osman, nak rasa nikmat kena lalui waktu bangsat.
Pedulikan si barua yang buang kahak dan jilat itu.

Kau ada attitude problem? Aku pun.
Kau kurang perhatian? Aku pun.
Kau pernah diherdik, dicaci, dimaki, dipukul? Aku pun.

Yang bezanya, aku tidak berhenti melangkah.
Walau langkah aku kadang kengkang, kadang jalang.

I never die trying. Sabar.



READ MORE

Monday, June 30, 2014

Mata VS Bahu

Begini,

Whenever i feel left out, i remind myself that "i did my part" and stop giving too much.

Bila Melayu tak tolong Melayu, nak bising.
Bila Melayu dah tolong Melayu, kau kencing.
Come on, kencing manis pun ada ubatnya beb.
Kencing kawan apa cerita?

Kita susah bila tengok orang susah, kita faham.
Tak mampu tolong hulur, tapi cuma mampu tolong faham.
Kita susah. Kita cuba fahamkan orang yang kita susah.
Orang tak faham.
Tak cuba faham.
Tak teringin langsung nak cuba faham.
Kalau tak, mana mungkin ada pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".

Kalau boleh, rezeki dan ilmu kongsi sama-sama. Esok kau untung, lusa aku untung. Tapi bila masalah orang yang tak berbahasa ni payahlah sikit. Simple common sense pun takkan nak ajar. 
Kalau betul friendship bonding tu penting untuk kau, give and take.
Jangan kau keras tetek asik take-take. 

Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.

Kadang-kadang, kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahanamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka suatu ketika dulu, tak perlulah terus-terusan.
Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak dikongsi. Bila dah tak berkawan, dikatanya mencuri.
Bila berbaik balik, dendam kesumat mungkin masih ada. Jadi kita declare friends for the sake of grudge dalam diam.
Take advantage, baling tahi then menyorok. Cool.
Aku pernah rasa fucked up macam ni dulu, sekarang pun ada tapi malas nak kata, layankan saja.

Masa susah, cari.
Masa senang, pergi.
Masa kita susah, kutuk sana-sini.
Masa kita senang, dengki sampai mati.

Selama aku diam, selama itu aku relakan. Hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang pukang.
Sedangkan yang cerita pungpang pungpang, angkat muka tak berani pandang. Sembang kencang.

Bukan kau seorang yang susah, ramai lagi orang susah.
Bukan kau seorang ada masalah, ramai lagi bermasalah.
Kalau kau tak boleh handle masalah kau, belajar cara tolak ansur dengan orang sekeliling.
Reti-reti jaga bahasa, intonasi, gaya tutur kata.
Bila mahu sesuatu baru berbaik.
Lancau.


READ MORE

Tuesday, June 24, 2014

Lari.

Run. Running all the time.

Dunia terlalu kecil bila semua orang berkait dengan semua orang. Duduk satu meja, ex-girlfriend dia kahwin dengan ex-boyfriend kau. Ex-girlfriend adik ipar kau gaduh dengan ex-girlfriend ex-boyfriend aku. Musuh kau dulu kawan baik dengan kawan baik kau. The fact is you don't know where exactly do you stand. I can say that i am desperately need people with positivity untuk neutralkan aku yang sarat dengan negative ini. Ingat tak lemas ke? And to say that I am glad that Tuhan aturkan what kind of people yang patut masuk dan patut keluar dari hidup aku. Semak lah !

Benda alah ini yang bagi colours to my history. Walaupun ada some yang baik, some yang tak baik. Happiness, sadness, pukimakness and pundekness ini yang boleh beri input kepada sesuatu untuk diceritakan kelak. Aku suka express perkara yang berbakul-bakul frustrated, annoyed and Tears Stories because why? Sadness is my strength. 

I am a fire. All i need is just a plain water.

Aku suka provoke sesuatu untuk lepaskan dendam. Keluar rumah bila dalam keadaan marah, boro-boro bila tekanan dan bercerita bila sedih. Bukan untuk minta pertolongan, cuma diri sendiri ingin bercerita dan mendengar kembali. Jadi itu kekuatan yang aku senang peroleh bila aku rasa tak ada tali untuk berpaut. 

On 2009, i took blogging as a medium to escape from reality.
Itu tidak bermaksud my reality was so bad, tapi dengan blog aku boleh interpretasi sesuatu yang tidak boleh dilakukan di realiti. You know, like mencarut dan melepaskan amarah tentang sesuatu kepada sesuatu. Bukan kerana aku tidak boleh cakap depan-depan. Aku hormat orang sekitar.
Banyak motif orang buat blog. Ada yang yang menulis dengan syok sendiri, ada yang nak buat duit jadikan blog sebagai kedai, ada yang acah-acah jadi journalist, angkat diri sendiri sebagai editor dan ada yang mengambil kesempatan di dalam kesempitan.

Aku pernah ada diary book dulu-dulu tapi aku bukan Sherlock Holmes yang tricky dan pandai sorokkan rahsia sendiri. Maka nak dijadikan cerita diary book aku telah dirogol rakus. Jadi aku lampirkan sesuatu yang boleh jadi medium untuk aku express not to impress, untuk jadi sesuatu medium drama agar tidak directly menulis sesuatu tentang seseorang dan eeyahh dijadikan "Gold Drill" for my business seperti majoriti komuniti sekeliling aku lakukan.

Dulu-dulu, aku suka berilusi, menulis sambil berilusi yang kadang-kadang isi tulisan aku bukan ada misi atau visi. Saja suka-suka. Mengarut, mencarut, memarut apa yang sedang terlintas difikiran.
Bukan semua orang mahu memahami, not everyone can listen. Walaupun dengan orang yang paling akrab dalam hidup kita.

Crap.

In life, kadang-kadang kita belajar teori dahulu baru kita praktikkan. But somehow, bila muhasabah diri, kita praktik dulu baru kita dapat teori yang sebenar. 

Kesimpulan, iman kita setipis kerepek pisang. Dikelilingi anjing bertopengkan malaikat. Islam pada nama bukan pada amal. Well, people easily judge. Bagai khatam semua perilaku manusia. Semua orang dilabel baik dan jahat, Macam Rakib dan Atid biasa dilihat dimata. Dulu, aku teringin nak jadi seperti Cinderella. Happily ever after. 

Enough for now, there's so much things to say as there's so much things to write.
We meet again shortly, Insha Allah.





READ MORE

Janggal


Aku percaya kau pernah berada dalam situasi janggal dengan sesuatu yang kau have been impressed dengan kenaifan seseorang pada mulanya dan terpaksa menghadapi orang tersebut diatas sebab teknikal tertentu. Isu ini berkait dengan keadaan dan si polan. Aku tekankan kepada "si polan".

Isu ketama berkenaan dengan "Cakap Gebang". Contohnya apabila kau tahu kebenaran dari penipuan yang pernah diperkatakan oleh si polan. Jadi kau rasa janggal dengan macam mana nak react bila berhadapan dengan dia. Walhal, kau sudah tahu menahu tentang segala yang diperkatakan dia adalah dusta semata. Bagai pepatah Inggeris, "I love listening to the lies when i already know the truth" so called macam tu ah.
Semestinya bukan niat kau untuk merungkaikan isu tersebut selain dari layankan saja walaupun rasa seolah ingin muntah kahak hijau ke muka dia. 

Isu kedua berkenaan dengan "Pentikam belakang". Dan, adakala situasi ini datang bila kau tahu si polan ini berkata tahi dibelakang kau dengan si polan yang lain. Maka nak dijadikan cerita si polan pendengar tadi mula memasang mulut kononnya memberitahu akan kutukan yang telah didengarinya secara tidak sengaja. Jadi ada dua jenis kejanggalan disini. 


Yang pertama:
Macam mana kau nak react depan si pengutuk polan ini yang sah-sah nak tengok muka dia pun boleh bagi darah bersirap-sirap sampai ke dahi. Mungkin kau rasa macam nak smash muka dia dengan senduk belanga atau nak tadahkan lima jari kau depan muka dia sambil berkata sinis "Your mouth smells piggy's butt, badass".

Yang kedua:
Macam mana kau nak respons pada si pencerita polan tadi untuk kesekian waktu kerana wujudnya pula isu betrayal sebaik sahaja dia kononnya tidak sengaja mencanang "bff top secret" kepada kau, Kau rasa nak bagi kaki ke nak bagi kaki babi?


Kadang-kadang ada manusia sengaja tunjuk bodoh supaya orang lain tunjuk pandai.
Sebab kita hidup dikelilingi pelbagai jenis manusia melatah.
Nak dibangkitkan isu, takut melarat pergaduhan.
Nak dilayankan, takut hilang kesabaran.
Nak ditangankan, takut tak ada masa depan dalam industri negara.
Jadi kita anggap kita berinteraksi dengan "non-human".

Seperti anjing, sudah dia kita beri makan, kita juga yang digigitnya.
Seperti anjing, sudah dia kita lepaskan, makin lagi kita diserangnya.
Jadi manusia, where we should believe the truth can always wait.
I am not a Brainless Slave.

Pergi jahanam.

Xoxo,
IA

READ MORE

Monday, May 26, 2014

Cliche

Dear Readers,

Semua orang inginkan keadilan.
Semua orang inginkan kebahagiaan.
Semua orang inginkan kejujuran.

Tapi,
Bukan semua orang mampu bersifat adil.
Bukan semua orang mampu peroleh kebahagiaan.
Bukan semua orang mampu jujur.

Dalam hidup ini..

Ada 2 jenis manusia.
1. Manusia yang berserah dan biarkan hidupnya dihanyut masa.
2. Manusia yang berubah dan cari jalan keluar dari masalah. Bukan menyerah 100%

Aku pilih nombor 2.
Tapi itu dulu.

Sekarang, aku ikutkan saja.
Mana angin nak bawa.
Mana arus nak hanyutkan.

Kemanapun aku pergi, aku hanya mampu sediakan pelindung. Untuk diri aku.
Walau tak sepenuhnya ia melindungi, tapi ia mampu kurangkan sakit.
Ya, memang sakit.
Tapi apa aku perlu buat lagi?

Xoxo,
Izzy

READ MORE

Sunday, August 4, 2013

SALAH SIAPA?

Dear Readers,


Hello everybody. Dah lama rasanya tak mengarang apa-apa dekat belog saya ni. Sudah lama gila tak update pasal life i yang colorful and tortureful ni. Haha.

Well, tell you what, bila sesuatu yang korang impikan tak menjadi kenyataan, adakah korang akan 100% menyalahkan takdir? Atau menyalahkan diri sendiri? Atau menyalahkan orang yang jadikan hidup kau macam itu? Atau menyalahkan ibu yang mengandung?

Semua perkara diatas adalah tidak betul sama sekali. Buat apa nak salah kan semua tu sedangkan kita sendiri yang memilih jalan kita.

Buat apa nak menyesal atas jalan yang kau pilih, sedangkan kau tahu apa yang kau aim sebelum kau decide nak memilih jalan tu.

Oh come on, aku bosan lah bercakap pasal benda ni.
Rasa macam nak lari.

Sekian, terima kasut.

Regards,
Izzy Adlina
READ MORE

Friday, April 19, 2013

You're single? Enjoy it !


Dear Readers,

Happy FRIAIEAIEAIEAIEDAYYYY everyone !
This video aku highlight untuk single adults yang desperately under pressure "why lah aku tak kahwin lagi?"
Come have a look for a while.





READ MORE

Sunday, March 25, 2012

Tea Time With Trio

Dear Readers,

Hari Ahad minggu ini sangat tenang. Aku bangun tidur pukul 12.30 tengah hari, berkampung tahi mata. Tapi apa aku peduli, sudah namanya cuti. Bangun pagi siap-siap untuk ke kenduri kahwin kawan yang dilangsungkan di Hotel Crystal Crown. Memang makanan sedap, nasib ibu spontaneously asked for their business card. Hmmp macam nak ambil catering yang ini. 

And one more thing, petang tadi aku habiskan masa kelapangan yang tak berapa nak lapang lepak bersama tiga orang manusia yang budiman. Memandangkan Si Haidil bakal di-post ke Kem Tentera Darat Port Dickson selama 9 bulan, jadi kami adakan session  "Jejak Kasih".

People change anytime, anyhow and anywhere. I believe in that.

READ MORE

Wednesday, March 7, 2012

Perempuan Bold Mana Boleh Ada Blythe

Dear Readers,

Balik saja kerja pukul 5.00pm, terus buka lappy buruk dan surf internet. Sesambil itu, aku teringat akan seorang blogger dimana aku menjadi silent reader dia dulu. I am really adore her so much! What on earth for having a wonderful life as hers and this is because:

1) Hidup dia unik sebab mempunyai hobby buat koleksi Blythe yang cute-cute sedangkan aku satu anak patung pun tak ada dalam bilik.



2) Dia selalu buat entry pasal goodies yang dia shopping. Semuanya cute-cute lainlah aku ni, nak beli bra pun fikir 10 kali. Kalaulah aku mampu macam dia, alangkah bahagianya.

3) Dan dia ada kawan-kawan yang rajin bagi dia hadiah. Hari ini dapat Blythe itu, esok dapat Blythe yang ini, lusa dapat baju Blythe pula. Semua nya barang yang kawai-kawai. Jealousnya. Tak ada ke kawan aku yang nak bagi surprise present macam ni?

4) Dia sudah berumahtangga pada usia yang agak muda dan how lucky she is jodohnya bersama seorang business man yang based from her entry, the guy is so lovely.. And then, dia selalu post pasal benda-benda cute yang hubby dia bagi. Seronoknya jadi dia. Dear Julia, i adore you.



5) Blog dia dapat sambutan memberangsangkan dari para-para blogger yang lain sebab layout blog dia saja sangat attractive lagi-lagi dia rajin guna emoticons yang cute gila babi, aku sudah tentunya malas.

Wanita yang aku maksudkan ini adalah MS Juliana and you may view her wonderful blog as well: http://juliahoneyshakes.com

Tak boleh juga nak samakan aku dengan dia, sebab aku memang dari azali seorang yang Bold. Okay fine aku Bold tapi suka Pink so what? Rasa macam nak buat collection Blythe juga, tapi eeuuwww ini Izzy ke? Siapa kata perempuan Bold macam aku tak boleh ada benda yang cute-cute dan pakai benda yang cute-cute?
Babi lah!




Sekian terima kasut.

LOL,
Izzy Adlina


.
READ MORE

Sunday, May 9, 2010

Expression Version 1

Dear Readers,

Kadang-kadang jadi satu ketidakadilan, bila manusia suka mendiskriminasikan dari sudut darjat, paras rupa, dan yang paling obvious pasal "buruk-baik". Aku jarang sekali rasa down bila sesetengah orang tidak berapa suka aku. Well, memang resam hidup dimana susah untuk jadi orang yang disukai ramai. Bila dah disukai, benda baik semua diagung-agungkan, bila timbul satu keburukan segalanya dilupakan. Manusia, inilah adatnya. Dan aku tidak nafikan sama sekali. Tetapi, kalau memang ada jenis orang yang betul-betul sempurna, bila ada orang yang hati dah basi busuk bagai, mula la it comes to the bad things.

As usual, ini blog memang tidak specific kepada sesiapa. Aku tidak lah jenis manusia yang menuding jari pada sesuatu perkara. But sometimes yes. Aku sebenarnya banyak terasa hati dengan orang-orang sekeliling aku, tapi bukanlah hebat sangat aku ini nak pertikaikan setiap benda kenapa dia orang tak suka aku. Itu semua hak masing-masing. As long as kau tak sentuh aku memang aku tak akan membenci kau. Habis cerita. Aku malas nak jumpa setiap manusia yang "bengkerk" dengan aku, and tanya "eyh, why a lu tak suka wa?"
Ah, tak ada kerja baik aku cari calon suami dari cari orang macam itu.

Ini macam aku selitkan perkara-perkara yang related dengan kawan-kawan, family and also boyfriend ya. Basically soal family. Semua orang termasuk aku mestilah nak family yang bahagia. Aku ada apa yang kau orang ada tapi itulah, sudah nama asam garam manusia, mana tak ada masalah kan. Tapi be remind here, aku bukan lah nak story any of my family matters, aku bukan jenis membuka pekung didada menceritakan tentang liuk lentok keluarga yang memang itulah asal-usul ku. Buruk baik aku semua tertampil dari gambarajah keluarga aku. Jadi, martabat dan imej kena jaga bukan dicanang. Memang aku tak tipu aku ada masalah, tapi semua itu remeh temeh bisa di control. Aku tak ada hal. Hidup aku happy, kadang-kadang aku yang buat sesuatu benda jadi complicated yang datang dari diri aku sendiri. Sengaja cari masalah, sebegitulah.

Ini cerita pula berkaitan dengan seorang manusia yang bila makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Pelik gila okay. Ini macam ada penyakit and plus i am so jealous sebab itu aku state statement ni. Orang jenis ini memang buat aku sangat jealous lagi-lagi bila lepak dengan aku and order semua makanan 5kali lagi berlambak dari aku, makan macam hantu raya, tapi body dia memang maintain solid. Maybe orang jenis ni jenis yang makan then muntah or whatsoever. Aku tak peduli, tapi memang kalau berkaitan dengan issue badan sungguh sensitive untuk aku. Since aku ini jenis yang foody juga, dalam kawalan control nafsu serakah terhadap makanan disekeliling. And yes! Aku dah berjaya meninggalkan McDonald selama 3 bulan, we'll see berapa lama kau bertahan.

Disini aku ada ayat kasuarina salju punya, "manusia dan tekanan sama macam baby dengan rahim". Aku malas nak explain apa meaning nya, kau google sendiri. Dunia dah cyber apa kau nak lagi? OK basically, aku teringin nak jadi macam kawan-kawan aku yang indah belaka hidup dia orang OH! Apa nak semua dapat. Boleh tak kalau aku nak cakap, Aku nak hias hidup aku dengan benda cute-cute. Tapi aku tak sesuai bercute cute ni. Aku bold. OK aku perempuan maskulin. Aku suka pink tapi pink doesn't suit me lah. Nampak macam pondan je. Sebab aku maskulin. Tapi aku suka tgok orang ber-pinky pinky. Okay, jadi aku minat lah red maybe it's suits me. But deeply inside memang aku suka pink tapi orang tak tahu. Memang aku Bold tak reti nak bergaya mana, if nak bergaya kena refer magazines. Memang aku make-up sometimes tapi well, tak ada intention sangat nak update all about fashionistas. Apa yang aku pakai asalkan selesa dan aku suka tak kira lah murah ke tak. Lagi satu, perempuan lain suka bunga, suka teddy bear, suka benda-benda macam flowery gitu. Tapi aku jeling pun tak. Sampai balak-balak aku pening nak bagi aku apa pressies. Tapi, bila ada orang bagi rasa excited tu ada lah juga eventho rasa macam geli pegang benda alah itu kemana sahaja tapi well, quite blushy bila dapat.

Banyak lagi aku nak cakap from the bottom of my heart, banyak benda yang aku nak tapi tak dapat. Ha, aku jealous bila tengok girl-girl yang obviously baju mereka akan saling berganti setiap kali keluar i mean like, "kau ada banyak baju, ei bagi satu?". Type macam ini memang basically dari golongan yang kaya lah, and aku ini nama saja parents kerja cikgu, tapi hidup aku tak semewah mana but sekadar cukup okaylah, tapi memang aku sungguh suka dengan kebendaan. Aku tak minat gadget sangat, tapi macam perempuan lain, ada 3 almari baju and 3 almari kasut. Oh sungguh heaven hidup. Baju aku agak banyak, tapi rasa macam tak cukup.

Soal boyfriend, aku malas sebenarnya nak cakap pasal benda ini, sebab bagi aku kalau nak expect all the way perfect dari akar ke hujung itu bukan manusia, maybe aku boleh terima and ajar dia bercinta. Atleast appreciates me, tak susah. Aku Bold, aku tak leceh macam perempuan lain, just bagi attention dan appreciates. Senang okay. Siapa dapat aku memang senang hidup rather than kau kena belikan bunga hari-hari, jaga tutur kata setiap benda pun. And aku bukan jenis yang ordinary girl macam ye lah kau orang tahu kan, apa dia orang nak dalam relationship. But for me, simply simple kau tak payah fikir. Get to know me well, then kau tahu aku jenis macam mana. Hey, kau boleh share macam-macam dengan aku since aku pun suka music hardcore and punk, Aku suka Liverpool and aku suka kucing by the way. Tapi macam biasa, rama-rama, please get away from me! Aku simpan satu nasihat kawan aku merangkap abang , aku kena letak serendah-rendah expectation from my boyfriend supaya aku tak kecewa. Oh, walau apa pun orang nak cakap aku ludah jilat balik, i know what am i doing. Ini soal hati dan aku tak ada comment pasal ini as long as " Please lah faham kawan, aku tak nak relationship aku dengan kau effect!". Ok, tolong take note aku tengah tak ada dalam kafilah ini.

Okay ini satu secrets, aku jealous sangat dengan one girl ni. She's my classmate during secondary school, she's perfect dan aku teringin jadi macam dia. Ada semua. i mean like bukan semua itu aku nak sangat tapi mostly memang apa yang aku inginkan satu benda aku tak ada tapi dia ada. Nama pun sama "Izzy". Tapi nama dia tak related sangat dengan true name "Hariza" if compare than nama aku. Dia hot, stylish, very material lady, sungguh gorgeous but semua ini bukan aku nak. Aku just nak jadi macam dia, cantik and suits everything, boleh main guitar hey that is cool. Tak ramai girl hot macam itu boleh main guitar and eventho i'm not that expert or even well-play. Dia macam tak ada masalah saja bila setiap kali aku view facebook dia mesti banyak benda baru yang dia buat. And dia pakai. And paling best her boyfriend, terlalu caring. Nampak sangat okay. Bertuah kau Izzy. Maybe bila aku dah kerja boleh lah aku jadi macam kau.

Banyak sebenarnya nak diungkapkan, tapi dah enty aku more on an expression so tak adalah gambar-gambar yang boleh attract sebab aku tak encourage anybody to read this, entah lah aku tak tahu kenapa aku macam ini. Hopefully just for a while, tak melarat. And one day i can be happy like others. Soal lelaki, itu aku sangat tak nak ambil tahu sebab aku cinta dia. Tak ada yang lain. Sekian, akan diupdate. Bye.
READ MORE

Ibu, engkaulah ratu hatiku.


Dear Readers,

9th May 2010, tarikh keramat bagi ibu-ibu seluruh dunia, tak kiralah,yang dah tua ke, yang baru menopause ke, yang baru pregnant ke or yang dah ada 18 anak. You all are the great mother in the world and ofcourse lah Ibu ku = Rashidah binti haji mohd Yusoff much more greatest! Ibu, I Love you so much! Love you!

Dari kecil....


Sampai digelar Betty...



Sehingga kini...




Ibu, kau tetap dihati. Lots of Love for you, and you're the one who i salutes to. Love you Ibu!


"SELAMAT HARI IBU SEDUNIA."
READ MORE

Saturday, May 8, 2010

Beautiful Blogs Award ٩(•̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶

Dear Readers,

Tampilnya aku disini, tak ada kena-mengena dengan tema Blog aku yang jenis memberi anugerah untuk orang yang berblog juga. Well, dah orang bagi ambil saja. Award ni, siapa nak bagi, the one yang baik hati sungguh yang bagi aku award yang sungguh bermakna ini, adalah :


ARIEY MARIAH SAZALI

٩(•̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶


Dengan ini, aku dengan berbesar hati, akan menyampaikan award Blogger tercantik, tiada calon-calonnya, aku teus pilih top 10 okay!

2) When she is so Bell ---> http://www.bellynabila.blogspot.com/
3) Blog Penagih Tegar ---> http://kekeliruangua.blogspot.com/
9) to express.not impress. ---> http://sharainteresting.blogspot.com/

Congrats to you guys!! Keep it up!! TooDLes!!



READ MORE

Friday, May 7, 2010

Oh Adamaya ♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Dear Readers,



Nothing much to say, today's Friday. Adamaya will not be on TV. So i am missing them so badly. Dear Adam , I Love Everything About You. The lil girl Amaniis superbly cute. Mayais simply cun. Dani is so fucking rempit. And i am so dislikes. Oh tak sabar tunggu isnin. Toodles!

READ MORE

Wednesday, May 5, 2010

Bayi itu tidak berdosa, tapi kau LAHANAT!

Dear Readers,

Aku tak sampai hati nak publish pasal topic ini, sebab kalau nak dipertikaikan hukum dunia, Si Lahanat yang membuang tanpa rasa berperikemanusiaan patut dihukum BUNUH! Aku marah, aku bengang, aku pelik, aku menyirap! Mana letak pride kau yang dari dulu mak bapak kau agung-agungkan dan jaga bagai menatang minyak yang penuh? Kau senang-senang pergi menyundal dengan jantan yang jenis tak nak bertanggungjawab. Then, kenapa budak kecik yang tak berdosa itu jadi mangsa? Kau tak fikir hukum akhirat ke? Aku tak cakap aku Alim Ulama', tapi aku tak ada lah nak jual maruah aku and buat perangai macam iblis ini. Bukan macam memang iblis pun! Dalam issue ini, aku memang tak menyalahkan pihak lelaki 100%, benda takkan berlaku kalau tak ada persetujuan antara dua belah pihak. Yang menjadi mangsa keadaan, itu di KIV kan sebab bukan kehendak dia.

Kalau kau tak nak fikir dosa, dah baghal sangat. Fikir hukum Tuhan lah BODOH! Kalau dah buruk dan baik tak bolah nak bezakan. Kau tak fikir ke yang kau lahir kat dunia ni, mak bapak kau jaga sampai tak sanggup nak buang kau macam kau buat sekarang ni. Kau nak ke kau dibuang oleh mak bapak kau macam bayi yang tak berdosa ini? Mana letak hati dan perut? Oh lupa, orang yang macam ni jenis gila B*T**G saja! Sorry, aku tak tujukan benda ini kat sesiapa, generally to whom may concern. Especially those who did this!



p/S : Aku cakap elok-elok ni. Benda ni berlaku consequences dari 3 keadaan yang aku boleh shortform kan.

1st, GATAL :
Benda ni paling basic sangat, or dalam erti kata lain SANGAP, MERENYAM, or apa-apa yang berhubung kait tak kira sama ada perempuan or lelaki. Ini general. Cerita dua ekor babi merenyam bermula dengan ajak-ajak ayam nak jumpa konon nak kenal mak bapak punya nama lah, tinggal kat ceruk mana lah, or lagi detail nak menyelami perasaan hangat percintaan, Hangat kepala hotak kau! Aku pun tak sure mana dia orang main kenal-kenal, tak tahu lah through Facebook or Tagged or Myspace. But i'm sure that not on Twitter. Drama bercinta bermula, ajak lepak dekat Wak Dol Kopitiam Section 7 Shah Alam tak mahu, ramai orang lah, tak boleh focus lah, makan mahal lah (ini stock couple yang saving lah kot) at last si pasangan menggedik nak pergi lepak kat Tasik Titiwangsa or Tasik Shah Alam, Sungai Klang pun okay jugak, nak jauh-jauh nak yang gelap-gelap so boleh lah berborak hebat katanya. Kau ingat JAIS itu bodoh ke nak percaya macam dalam cerita Adamaya, si Dani rempit bagi alasan macam itu? Itu drama boleh kau tibai apa-apa pun. Tapi ni sekarang dah dunia cyber lah! Masuk tempat orang bawak otak bukan pisau!

2nd, MAIN :
Soal benda alah ni aku tak reti nak cakap sangat. So, aku bagi example yang educated dan boleh diterima umum tanpa 18sx and whatsoever. May refer to the Rama-rama topic yang aku pernah post sebelum ini. Eventho aku terlalu benci rama-rama, tapi benda itu boleh diabaratkan sebagai kaum aku yaitu PEREMPUAN. Physically, that butterflies are beautiful with an attractive colours, sayap yang main libas-libas terbang-terbang ikut arus angin memang orang akan teruja dan impress dengan ciptaan Allah s.w.t. Aku guna "colour" dekat sayap dia sebagai pride of woman! Maruah seorang wanita, madu si gadis sunti, or senang cerita VIRGIN! Sayap itu, kalau dipegang akan terlekat colour dia dekat tangan kita, sama diibaratkan seperti perempuan, bila dipegang lelaki tak kisah lah area mana pun, nilai saham akan jatuh even sedikit, or dalam ayat senonoh, cahaya keserian itu pudar. Inikan pulak bila si gadis mula menyerahkan takhta kebesaran yang suci itu kepada lelaki yang belum sah. Apa akan terjadi kepada rama-rama tersebut? Transparent agaknya, itu cantik lagi, tapi dah tak ada seri, u have nothing to be proud of. No comment. I have my own and i will give it to my the only one husband fullstop. Berbalik kepada cerita dua ekor BABI merenyam tadi, sedang seronok-seronok bergurau senda, sentuh disitu sentuh disana, main situ main sana, cover-cover line clear, Dush! Dush! Dush! (Sedih ibu mengandung, kecewa bapa mengendong bila dapat tahu perlaku anak ini.)

3rd, BUANG :
Ini bukan soal lampin pakai buang or cinta pakai buang macam Stacy selalu pekik tu okay. Inilah main topic yang aku "bengkerk" sekali, Ini soal BUANG BAYI. Terimalah hakikat, ini sama seperti kau bunuh manusia, tapi lagi kejam sebab kau bunuh darah daging kau sendiri. Ya, bila dah tak tahu mana nak letak intipati perut kau, beban dengan tohmohan yang u are suppose to deserve it lah asshole! Puas lah, si lelaki yang tak bertamadun dan tak bertanggungjawab itu, belah dari hidup kau baru kau nak menangis minta simpati? Dah dia orang itu jenis lelaki yang pijak taik then lari, kau dari awal tak fikir kenapa? Tak perlu nak expect
perikemanusiaan dari orang lain dari apa keterlanjuran yang kau buat ini. "Nasi Dah Jadi Tahi". Berduyun-duyun dosa kau buat, bertanggungjawab lah keatas baby itu, bukan nya pergi hancur gugur kan, or lagi parah bila dah sembilan bulan bernyawa, dah boleh buat bunyi uwek uwek, kau pergi buang! Memang dasar Manusia bertopengkan Iblis! Jahanam, bangsat, sial, celaka belaka kau betina! Ini satu tanggungjawab, biarpun lelaki itu cabut lari, kau the one yang kandungkan budak itu, so, jaga lah! Bukan suruh buang! Kenapa binatang sangat perangai kau and even Binatang pun jaga anak dia. Lain cerita lah kalau ada kes pembuangan anak binatang itu maybe sebab kena curi dan jadi mangsa manusia itself, bukan kehendak binatang tu sendiri. Haiwan memang tak ada akal, tapi haiwan ada tanggungjawab yang tak perlu dimotivate macam manusia ini. Manusia yang dah bagi akal tapi baghal! Pergi guna bontot kau buat apa? Ini bukan anak gajah, tapi anak manusia! Anak kau!

Astaghfirullahalazim. Banyak-banyak dah aku mengucap ni tapi memang setakat ini saja aku boleh control. Post ini bukan satu penghinaan or ditujukan kepada sesiapa like i said, generally to whom may concern. I don't have a right to place someone where they are suppose to be. Ini Effort aku untuk tolong dan prevent all this things happen yang sah-sah menjatuhkan maruah sendiri, martabat bangsa, dan juga yang paling penting AGAMA.

"Yes, ini hukum dan doa aku kepada lelaki-lelaki yang tak bertanggungjawab yang jenis merosakkan anak dara. Memang kau aku letakkan serendah-rendah darjat di dunia ini. Kau sama hina dengan Firaun! Aku tak ada kuasa nak hukum mereka, tetapi, hopefully ada lah hantu yang duduk bawah katil diorang time tidur and ruin your entire life! "



"Berfikir dahulu sebelum buang"

READ MORE
 
Template design by Izzy Adlina