Monday, May 24, 2010

Hadapi dengan senyuman terhadap yang tidak siuman.

Dear Readers,

Untuk makluman semua, i get angry easily and i am working on it. Kalau dengan lembu mungkin aku bolehlah nak tolak ansur kalau dia tak faham apa aku cakap. Dengan manusia, sendiri boleh fikir. Hati-hati lah bila bercakap ya sekarang. Semuanya nanti jadi isu. 90% kebarangkalian mengatakan ya. Aku benci environment korupsi, duri dalam daging, dan hipokrit tak nak kalah. Aku sangat benci. Tak boleh nak describe dah macam mana rasa bencinya. Patutlah industri corrupted. Sebab rata-rata penuh dengan anjing barua. Up kan diri sendiri dengan down kan orang lain sangatlah ketinggalan zaman. Tolong please jangan kawan dengan aku sebab aku tidak berkenan SAMA SEKALI. I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts.

Memang, aku budak-budak kurang berpengetahuan. Tapi ada akal yang sungguh mahal, kau orang tak tahu.

Aku budak-budak. Kerana tak pergi clubbing.

Aku budak-budak. Kerana masih VIRGIN .

Aku budak-budak. Kerana tidak tonggang arak.

Aku budak-budak. Kerana tidak berparti liar.

Aku budak-budak. Kerana tidak tonjol lurah dada.

Aku budak-budak. Kerana dikasih orang tidak seberapa.

Aku budak-budak. Kerana tidak merokok bangga.

Wey wey, tapi kan, aku rasa macam nak bagi kasut saiz 11 dekat kau boleh? Tapi fikirkan aku budak-budak rasa tak layak nak buat sebegitu dekat kau, jadi aku SENYUM lah! Better right?

Cerita manusia bermula dengan kau menangis uwek uwek, umur kau akan berganjak dari tahun ke tahun, sama macam aku. Aku sudah 22 tahun. Aku rasa macam semakin besar, semakin aku jauh dengan orang yang aku sayang. Komitmen hidup semakin banyak. Macam aku sekarang terpaksa menjadi seorang pemburu kesenangan hidup di masa hadapan. Eventho masih belum bekerja, tetapi halangan hidup datang bertubi-tubi. Aku selalu bertengkar dengan ibu bila disoalkan masa depan. Aku mula dibebankan dengan soal result, kerja, komitmen and KAHWIN. Aku nak kahwin? Bergoncang rumah tangga. Masih belum perfect. Rasa unfair dengan dunia pun ada. Karut. Kau sudah tertulis jalan hidup. Get yourself move with the flow. Got it Izzy?

Dah berapa kali aku menangis dan menitiskan air mata aku pun tak kira. Tapi kebanyakkannya benda yang selalunya, tak patut pun aku nak menangis.

Satu benda aku belajar hari ni :

"Semakin kau mengharapkan sesuatu, semakin benda yang kau harap tu akan pergi jauh dari kau."

Dan bila semua tadi dapat apa yang mereka inginkan, tiba tiba aku seorang je tak dapat apa yang aku harapkan, aku rasa macam satu dunia gelakkan aku. Sebab itulah pertama kali sejak entah bila, aku mengharapakan yang aku akan dapat benda tu. Tapi tak dapat jugak. Dan perasaan bila kau dah mengharap sesuatu, tapi tak dapat, memang tak seronok langsung. Rasa bedebah melampau. Tapi ada kemungkinan, bila aku meneruskan dengan seseorang yang pernah ada black history with me before dan dia sudah berubah, aku yakin ini kebahagiaan. Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Aku rasa bersyukur sebab dia tahu segala selok belok yang berlaku dalam hidup aku. Cuma aku tak perasan sebab terlalu membutakan hati atas kesilapannya. Forgive me, my bad :(
Ah sudah kau ni dah mula dah~~~

Mungkin, aku mampu hadapi dengan Senyuman kali ini, tak perlu menangis, Terima Kasih.




No comments:

 
Template design by Izzy Adlina