Tuesday, May 4, 2010

Ini cerita pasal "Nama" dan "Nurse Bodoh".

Dear Readers,

Aku menulis tanpa spesifikasi. Penggunaan bahasa Malaysia yang majoriti Blogger adalah dari kaum aku, so aku prefer menggunakan bahasa Rojak. Maka, dengan skematik dan ayat-ayat yang agak BEDEBAH, sangat tidak dialu-alukan kau orang nak maki aku sebab ini Blog aku yang punya.

Memang tiada kaitan dengan entry, since aku baru lepas merdeka kan diri, Yes! Final exams is over! Kau boleh sambung menyundal or dalam erti kata lain enjoy! Ey, apa lah kau kisah aku guna ayat macam mana sekalipon tak usik telinga kau pon kan?Or even lutut kau? Ada ke? Yes tak ada.

Ini cerita berlaku pada tahun 1986 bertarikh 1 March pada ketika itu, terlahir okay ter ter ter! Terlahir seorang bayi yang agak-agak putih kemerah-merahan katanya. Dagu yang agak panjang ukurannya. Kening yang agak tebal incinya. Hidung yang agak besar dan tajam aksinya. Aku panggil baby ni "Bayi Unik (Bionik)".And the drama begin,

Dialogita :-

Bionik : Uwekk..Uwekkk..Uwekekekekeke...(Alhamdulillah, khalifah Bumi lahir, lelaki!)

Emak : Oh anakku, handsome nya. lebatnya kening dia. Alololololololo.. Bangggggggggg....

(Jerit emak memanggil suaminya selepas selesai bersalin sambil mengendong anak kesayangan)

Abah : Ye sayang, are you feeling well? Is there anything that i can help u anyway?

Emak : Honey, take a look at our child, so blushy, abang, apa patut kita namakan anak kita?

(sambil berfikir agak-agak lama, lalu laju mention dengan kuat)

Abah : AZNE HAFIZAL. Yes, i got it! AZNE HAFIZAL anak abah mucukkk..

Emak : AZNE HAFIZAL, sedap! Apa lagi panggil Lah nurse.

Nurse : Yes puan, encik? Sudah ada nama untuk si Bayi? Saya perlu mendaftarkan ke admin sekarang.

Abah : AZNE HAFIZAL. saya ulang AZNE HAFIZAL.

( Si abah, menulisnya di borang kelahiran sementara dengan tekun dan teliti.)

Nurse : Baik encik, lagi 2 hari encik boleh balik dan datang untuk mengambil surat beranak anak encik dan puan. Assalamualaikum.

..............................................................................................................

Maka, dua hari selepas bersalin, si abah mula menghadirkan diri ke hospital untuk mengambil surat beranak. Tunggu punya tunggu, lalu dia bertanyakan kepada Nurse( yang lain ) yang berada di kaunter pendaftaran. At Last! Sambil belek-belek surat beranak, dia tidak perasan akan sesuatu yang termaktub di kertas tersebut.

Setibanya dirumah, si abah lalu memasukkan sijil beranak tadi ke dalam fail yang selamat disimpan. Tiba-tiba, dia terkedu setelah dilihat nya nama anak dieja "AZNE HAFIZA".
Mana pergi "L"???? Damn. Ini mesti nurse ni Baghal or Rabun or Badigol pergi liquid "L" tu. Apa masalah dia???? Kejap, kejap, ada pulak liquid time tu, oh maybe dia ingat nama itu supposely tak perlu letak "L" and assume the baby was a girl! Shit punya Nurse. Mesti ada tulis jantina dekat form tu. AKu runsing kenapa dia pergi delete "L". Ini Issue besar! Tenang je mamat ni cerita kat aku, terbahak-bahak sampai termuntah aku gelak dengan muka innocent kau. Alorrr kesian~ Tak apa I Ada.

"Budak ni mesti akan menghadapi masalah ketika dewasa nanti.", bisik disudut hati si abah sambil mengeluh.

Jeng Jeng, Dah Besar pon si Bionik ni. Membesar dengan nama AZNE HAFIZA. Banyak benda sinis yang dilaluinya sepanjang hidup dia regarding to his name matter. This is him! Bionik!


Haha. Ini cerita untuk dijadikan pedoman agar barang siapa yang ingin mendaftarkan nama anak, sila-sila lah repeat banyak kali nama or recheck takut-takut nurse yang handle itu BAGIDOL. Dalam cerita ini, aku salahkan nurse itu tak kira!
Tapi apa-apa pun, nama itu sangat indah maksudnya walaupun ianya tidak selaras dengan skema nama-nama Lelaki, tapi empunya nama berbangga memilikinya. Tahniah!

P/s : Cerita ini adalah kisah benar dan dialog adalah rekaan semata-mata. Dipetik dari penceritaan semula dari tuan badan sendiri.

Kang ada yang cakap aku mengaibkan orang pulak. Buat apa lah nak mengaibkan. Tapi bro, cerita ni sumpah LAWAK. Bukan sebab nama you tapi the story itself. By the way, bersabar je lah kepada sesiapa yang mengejek you k. Segala penyalahgunaan bahasa amat dikesali. Assalamualaikum. Chowness!

5 comments:

Anonymous said...

baby!!!!!hahahaaha

Anonymous said...

hye izi.......

Anonymous said...

saya cina dr bukit.knl x?kof2..jepun gunung pnye laki

Unknown said...

????

nanad said...

azne hafiza .. sedap jugak name tuh .. laen dari yang laen .. besh la cite nih ;)

 
Template design by Izzy Adlina