Sunday, August 29, 2010

Daya tarikan dan kecantikan.

Dear Readers,

Happy Sunday everibadi. Hari ini adalah hari yang paling sesuai untuk aku berilusinasi di blog yang setelah sekian lama berhabuk dari karya aku. Memandangkan semalam aku sudah merantau ke bandar wilayah persekutuan Malaysia untuk mencari baju raya 2010, penat dan dugaan bulan puasa memang rasanya berbaloi setelah dapat juga akhirnya mencari Baju Raya yang aku idam-idamkan untuk tahun ini. Aku suka design nya, menggunakan fabric cotton yang memang selesa dipakai di Syawal nanti. Memang cantik! Pandai aku pilih blerghh perasan sial. Tapi betul, cantik!

Sesambil aku berjalan berbaurkan kepenatan maksima di Jalan Tar Masjid India, memang ramai tak terkata mak cakap, hari Sabtu memang kawasan KL dijajah ramai oleh pelusuk manusia. Tapi berjaya juga aku mencari apa yang sepatutnya. Buat pertama kali tahun ini, aku mencari stuff Raya sendiri, dan ditemani kekasih tercinta aitceyh. Mujur lah dia ada okay, seronok gila shopping dengan dia, sangat suka.

Habis sudah cerita pasal semalam, sebab aku nak focuskan dengan tajuk yang tertulis diatas. Daya tarikan perempuan sebenarnya terbahagi secara peratus demi peratus di setiap bahagian tertentu.


10% untuk ketinggian
10% untuk rambut
10% untuk kulit yang bersih (kecerahan adalah bonus)
10% untuk potongan badan 36, 27,36 (atau yang setara 55kg kebawah)
10% untuk bibir
10% untuk taraf kemancungan hidung
10% untuk mata tanpa eyebag atau tompok panda
10% untuk struktur gigi yang rata
10& untuk penampilan luaran
10% untuk sikap.

Bagi aku ini secara general, kemungkinan sesetengah perempuan mempunyai kelebihan dekat setiap diatas peratusnya. Aku? haaa, kau tengok lah sendiri mana aku lebih.

Jadi oleh sebab itu, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak layak sama sekali nak condemn keburukan dan kelebihan orang lain. Okay girls?

Aku secara jujurnya bernama Izziatul Adina Binti Mohamed Shokri adalah seorang perempuan yang tidak mempunyai daya tarikan yang kuat. apatah lagi untuk dikategorikan di kalangan perempuan cantik. Sekiranya anda dan anda yang tidak pernah jumpa saya secara life, terdetik untuk cakap saya ni cantik, anda sebenarnya silap. Hakikatnya saya adalah seorang fotogenic. Di dalam gambar saya mungkin kelihatan menarik. Di luar gambar, lansung tak. Saya sendiri, tak percaya, imagi yang terlukis di setiap foto saya yang di ambil. Tetapi saya bangga dengan apa yang saya ada secara fizikal sebab bagi saya, kecantikan adalah dari dalaman, maka tertonjol lah luarannya. Kecantikan dan daya tarikan yang saya ada hanyalah satu keunikan yang tiada pada diri orang lain. Jadi, pada sesiapa yang berniat untuk memboikot kelebihan dan kekurangan saya, cermin diri dahulu, terima kasih :)

Salam satu Malaysia, besok hari Merdeka bye~

2 comments:

ipah hensem said...

hahaha betul lah tu. org suka carik kecacatan org lain untuk menjatuhkan orang

Unknown said...

wahh emo...;p
betul pah, saya agree dgn anda :)

 
Template design by Izzy Adlina