Friday, October 29, 2010

All cried out :'(

Dear Readers,

Hye apa khabar. AKu tak okay hari ini. Banyak benda malang berlaku. Mungkin, balasan Tuhan. Dan mungkin juga Tuhan terlalu sayangkan aku, dia beri aku impak sebesar ini. Ya Allah, apa semua ni, apa jalan yang kau beri ini Ya Allah. Kenapa kau hadirkan aku dengan setiap malapetaka yang aku tak minta sama sekali. Kenapa aku selalu dikecewakan. Kenapa aku selalu dipermainkan. Kenapa kalau benar itu jalan yang akan aku hadapi, kenapa kau hadirkan perasaan ini dalam diriku.

Aku tak mampu nak melawan, nak berdiri kuat depan manusia untuk menunjukkan aku tabah, aku tak mampu Ya Allah. Hentikan segala ini. Jauhi aku dari segala perasaan yang aku alami kini. Aku tak mampu menolak, aku mampu menerima secara terpaksa. Dan kenapa terlalu sekejap kau beri nikmat padaku, dan kenapa terlalu cepat kau mengambilnya. Kenapa aku tidak diberi peluang untuk peroleh cinta yang sejati Ya Allah.

Sebenar-benarnya, apa yang aku alami ini amat terganggu, aku perlukan kekuatan untuk aku tidak mencampuradukkan dalam study aku. Aku perlukan jalan yang benar untuk aku pandu diri aku. Kenapa semua ini terjadi di waktu aku perlukan seseorang? Kenapa aku diuji sebegini sekali.

Kepada dia, aku tahu kau membaca, kenapa kejam sungguh kau permainkan perasaan aku? Kenapa kau berani memberi harapan pada aku, waktu aku betul-betul memberi kepada kau. Kenapa kau buat aku macam ni? Apa salah aku terhadap kau, sedikit pun tak terlintas untuk kecewakan kau. Kenapa terlalu cepat kau datang, dan terlalu cepat aku hadapi semua ini? Kenapa kau perlakukan semua ini padaku? Apa yang kau nak dari aku? Kenapa kau tipu aku? Apa sebenarnya yang kau mahu?
Kalau betul dia bukan untukku, yakin kan lah aku Tuhan, dia selamanya bukan milik aku. Ya Allah. Berikan aku kekuatan Ya Allah. Apa salah aku pada umatmu?



No comments:

 
Template design by Izzy Adlina