Tuesday, December 7, 2010

Aku Dan Tahun Baru Islam

Dear Readers,

Selamat tahun baru hijriah kepada umat islam sekalian. Aku semestinya cuti sempena public holiday ini dan pulang ke rumah family tersayang untuk meluangkan masa bersama. Seronok keluar dengan ibu dan adik-adik rasa tenang gila yang amat. Masa berlalu terlalu cepat dan kini aku terpaksa pulang ke rumah sewa di Port Klang. Esok kerja. Dan berjemur mungkin. Dan hitam akan datang. Oh tolong jangan. Hilang market.

Sempena tahun baru islam yang mulia lagi berkat ini, aku memasang hajat dan azam. Kali ini tidak seperti tahun-tahun baru yang lain sebab aku tak specific berdasarkan perubahan sikap dan kemahuan ataupun keinginan nafsu terhadap harta benda. Risau hajat tidak kesampaian memang akan menangis tanpa air mata membabi buta. Azam aku simple and short.

1) Kurangkan perbuatan mencarut dalam komunikasi.
2) Dekatkan diri dengan Allah.
3) Selesaikan hutang piutang.
4) Kerja keras dan kumpul harta.

Itu sahaja. Tidak lah se-over dulu. Simple dan bermaksud. Aku akan pastikan segalanya termakbul Amin.

InsyaAllah.


No comments:

 
Template design by Izzy Adlina