Wednesday, February 2, 2011

Ship Planning Unit Dinner 2011

Dear Readers,

Perghh berhabuk blog aku lama gila tak ber-update kan. Dah nak masuk bulan ketiga aku buat internship dekat NorthPort. Macam-macam berlaku dekat diri aku, baik yang buruk mahupun yang baik. Tapi fun gila life sepanjang practical session ni. Daily routine rasa macam sangat bermakna. Tapi kalau nak difikirkan thesis aku satu pun tak start lagi. Mampus.

Last Sunday, ada dinner organized by Ship Planning Unit Department. Dan aku dijemput untuk hadir. Itu department Najwa, since aku pun selalu melepak dekat situ, dah macam satu family dah. Seronok tak ingat dunia. Semuanya sporting-sporting belaka. Terima kasih kerana sudi menjemput as a special guest malam tu. Rasa terharu walaupun aku tak di attach kat sana dapat special invitation. Well, malam tu supposedly aku kena pergi tengok Akmal main futsal, tapi seronok sangat punya pasal aku stay saja lah untuk Dinner tu.

Dinner start dalam pukul 9.00 malam, kelam kabut aku bersiap melawa melaram bagai. Razak fetch malam tu, oh dia nampak sangat GANTENG. Haha. Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar, dengan selingan karaoke di pentas aku pun perform sekali lah. Dah kemaruk sangat nak menyanyi. Siap duet dengan Razak lagu Dua Insan, dengan Zulhan lagu Jangan Pisahkan, dan lagu Bossanova. Jadi lah kan~

Apa-apa pun dinner tu memang sangat best. Ini antara foto-foto yang diambil during dinner dilangsungkan. Enjoy viewing.



















SEKIAN, TERIMA KASUT.



1 comment:

Syah Rizal said...

sampai berhabuk kan blog?

 
Template design by Izzy Adlina