Tuesday, March 6, 2012

Gaduh

Dear Readers,

Gaduh. Adalah perkara biasa dalam sesebuah hubungan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula dalam perhubungan. Unless kau tak ada gigi, sumpah lidah tak akan tergigit, just gusi kau berdarah.
 
"We're not perfect. Any of us. We screw up. We make mistakes. But then, we forgive. And move forward. We are all actors on a stage. Just play the drama and read the scripts." - Izzy Adlina-


Dalam menyelesaikan ketegangan dalam perhubungan, aku pasti kalau dibiarkan lama akan jadi lebih keruh dan melarat.Tidak sehebat professor kaunselor rumah tangga, tetapi aku ada tips untuk mengatasi masalah ketika sedang berselisih faham or so called as BERGADUH.



1. Jangan terlampau banyak bercakapKetika bertengkar, hati masing-masing pasti dalam keadaan marah. Ketika marah, pasti perkara yang logik sekalipun tidak diterima melainkan masing-masing mahu menegakkan pendapat masing-masing. Jika kau sebagai lelaki mempunyai hak untuk bercakap sekalipun, kurangkan daripada terlalu menegakkan pendapat kau sendiri. Hal ini akan mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada pasangan kau sehingga perlahan-lahan dia akan menjadi bosan dengan kau. Yang perlu kau lakukan adalah dengan memikirkan secara mendalam cara untuk memperbetulkan keadaan. 

2. Jangan menyebut kelemahan pasanganDengan mengungkit kelemahan si dia ketika sedang bergaduh, kau akan turut merangsang pasangan mengungkit kelemahan kau. Lagi pula, kau tidak akan menang dengan hanya mengungkit sebegini tetapi menyebabkan keadaan lebih parah. Jika mahu menegur pasangan, minta dia meluahkan ketidak-puasan hatinya tentang kau dahulu supaya apabila giliran kau nanti, dia tidak akan meninggikan suara.



3. Jangan membalas perbuatannya Sebagai contoh, pasangan anda bermesra-mesra dengan lelaki sebelah rumah. Kau mahu membuatkan dia sedar bahawa perbuatannya salah. Jangan kau pula bermesra-mesra dengan perempuan lain di hadapan dia. Keadaan ini hanya memberi peluang yang lebih kepada pasangan kau untuk menjauhi lagi. 

4. Jangan cuba mengubah pasangan Kau dibesarkan dalam keluarga ‘begini’, pasangan kau dibesarkan dalam keluarga ‘begitu’. Pastilah terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Kau harus memahami bahawa cara dia melihat sesuatu pasti tidak sama dengan pandangan kau. 

5. Fokus pada masalah Jangan meleret-leret sehingga perkara yang bukan masalah akhirnya akan turut menjadi masalah. 




6. Jangan tinggikan suaraSemakin tinggi suara kita ketika bergaduh, semakin tinggilah suara pasangan kita nanti. Pergaduhan seperti ini tidak akan menjadikan keadaan semakin baik malah semakin kusut. Cubalah bercakap dengan tenang sehingga pasangan kau yang sedang marah akan turut tenang dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah dengan lebih cepat. 

7. Gunakan panggilan manja Ada pasangan yang pada masa biasa menggunakan panggilan ‘sayang’ atau ‘manja’ tetapi ketika bergaduh, keadaan akan beralih sebaliknya. Panggilan kasar mengambil alih menyebabkan pasangan kau merasakan dirinya rendah sekali. Jangan emosi sehingga tergamak menggunakan panggilan kasar termasuklah ‘aku’ dan ‘kau’.

8. Elakkan terlalu emosionalKetika sesi bergaduh ini, pasti pasangan kau akan selalu terlepas mulut. Jadi, jangan ambil perkara yang dikatakannya terlalu serius memandangkan ketika sedang bergaduh, seseorang itu cenderung berkata yang negative. 

9. Gunakan perkataan yang baik-baikSelain menggunakan panggilan manja, gunakanlah juga perkataan yang tidak menyalahkan. Perkara ini akan menyebabkan masalah akan cepat selesai. Antara contoh perkataan yang boleh kau gunakan ialah, “Abang rasa sayang tak patut buat macam ni,” berbanding “Ni semua salah engkaulah!”

10. Dengar luahan si diaMungkin sahaja perkara yang disampaikan oleh pasangan kau itu dapat menyelesaikan masalah. Jika kau hilang tumpuan ketika ini, bukan sahaja kau akan kehilangan idea yang baik malah kau akan menggunakan cara sendiri yang belum tentu dapat menyelesaikan masalah kau orang.

11. Bersabar Sekalipun kau lelaki dan kau lebih kuat secara fizikal berbanding dengan perempuan, jangan sekali-kali kau cuba untuk mengasari. Dibimbangi dia juga akan belajar untuk melawan dan membaling segala jenis pinggan mangkuk ketika bergaduh pada masa lain.
 
12. Say NO to third partySelagi terdaya menyelesaikan masalah kau sendiri, jangan libatkan orang lain. Campur tangan pihak ketiga kebanyakannya hanya menyulitkan keadaan. Sekiranya perlu, pilihlah orang yang adil untuk menyelesaikan masalah kau orang. 

13. Mengalah tidak bererti kalahMengalah ketika saat genting ini tidak menunjukkan kau totally kalah. Kau hanya perlukan masa untuk membuktikan bahawa tindakan kau sebenarnya betul.




14. LuahkanSelain menjadi pendengar, kau turut perlu meluahkan perasaan kau yang selama ini terbuku. Tunggu sehingga dia habis berbicara sebelum kau menyambung pendapat kau. Sekiranya kau tidak memberitahu keadaan sebenar kau, belum tentu dia dapat memahami keadaan kau. 

15. Pelukan dan kemaafan Hal inilah detik paling indah dalam pergaduhan. Setelah dirasakan masalah telah selesai, jangan melewatkan detik untuk memeluk pasangan kau seeratnya. Ucapkan perkataan maaf dan berharap agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi. Keadaan ini akan menyebabkan perhubungan kau selepas itu lebih erat dan mantap dengan satu kesatuan hati yang lebih hebat.



..........................................................................


Fooh ! Cerita macam expert sangat, tapi aku tak nafikan gaduh dan perselisihan faham lagi mengeratkan hubungan kau dengan pasangan kau jika kau tahu bagaimana nak handle dan atasi masalah tersebut. Apa lagi? Bayarlah, ingat free ke tips-tips semua ni?
 

Sekian terima kasut.



Regards,
Izzy Adlina


.

No comments:

 
Template design by Izzy Adlina