Tuesday, March 6, 2012

Kalau Ada Jodoh, Tak Ke Mana

Dear Readers,

Aku ada hot story! Ini pasal kapel-kapel, kau orang mesti macam excited kan. Setelah menjalani ujian analisa terhadap rakyat Malaysia yang berstatus Single, aku dapati most of them akan menamatkan zaman bujang mereka pada tahun 2012 yakni tahun ini. Sehaluan dengan impian aku dimana ingin berumahtangga pada umur 24 tahun.

Walaupun, impian aku bersama ex-tunang tidak tercapai, aku terima semuanya dengan Redha. Kami Tiada Jodoh. Anyway, hello single life ! I miss you !

Aku masih belum terlambat untuk wish Congratulations to my friends yang sedang running progress persiapan perkahwinan mereka. Seronoknya. Bagi yang single-mingle macam aku, sekarang adalah musim mengawan yang paling sesuai. Cepat-cepatlah cari pasangan yang berkenan dihati qolbu.


  "Yaya & Shah"
Sabrina & Hafiz


Siapa cakap aku single? Satu pergi sepuluh mari der. Bagi aku, semua ini adalah ketentuan dan aku terima jika ini ditakdirkan. Life still goes on, just do not turning back. Macam sudah aku janjikan on my previous post, blog ini akan dijadikan sebagai my wedding diary. Eventho aku sudah putus tunang, hunting wedding stuffs still menjadi favourite hobby. Dan-ah aku sudah mula menyukai bunga.

Terima Kasih Encik M


Dalam pada itu, life aku sekarang makin colorful dengan datangnya kawan-kawan baru. Vacay sana-sini, jalan-jalan cari makan, dan buang masa yang tak berfaedah adalah benda yang aku lakukan bersama dia orang dibawah. Oppss siapa ditengah tu? Tak sabar nak buat post pasal si dia.




.....................................................................

Orang tua selalu berpetah, "Kalau ada jodoh, tak kemana" tetapi, "Kalau tak berusaha pun tak kemana-mana". Semua terletak pada diri sendiri samada kau mahu ataupun tidak. Jadi betullah gamaknya bila kita bercakap soal jodoh yang selalu diperkatakan oleh orang-orang dahulu. Mungkin ada jodohnya anak teruna dengan anak dara, anak dara dengan lelaki tua dan tak nak kalah jodoh anak teruna dengan perempuan berumur. 

Pernah juga dengar orang kata “tak ada jodoh”, “jodoh tak panjang” dan sebagainya? Sejauh mana kita faham apa itu jodoh? Dulu aku selalu guna salah satu ayat itu. Tapi mungkin dulu aku tak berapa paham secara mendalam maksud jodoh.
Orang kata ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Allah. Aku setuju. Pada aku jodoh setiap orang telah di tetapkan. Kita cuma perlu berdoa supaya jodoh kita itu adalah yang terbaik untuk kita dan berusaha untuk mencari di mana jodoh kita. Bila waktunya sampai, InsyaAllah. Pandai memilih, enaklah rasanya. 


-Panas! Panas! Sabar semua, nanti aku cerita- 

Sekian terima kasut.

Regards,
Izzy Adlina


.


No comments:

 
Template design by Izzy Adlina