Aku percaya kau pernah berada dalam situasi janggal dengan sesuatu yang kau have been impressed dengan kenaifan seseorang pada mulanya dan terpaksa menghadapi orang tersebut diatas sebab teknikal tertentu. Isu ini berkait dengan keadaan dan si polan. Aku tekankan kepada "si polan".
Isu ketama berkenaan dengan "Cakap Gebang". Contohnya apabila kau tahu kebenaran dari penipuan yang pernah diperkatakan oleh si polan. Jadi kau rasa janggal dengan macam mana nak react bila berhadapan dengan dia. Walhal, kau sudah tahu menahu tentang segala yang diperkatakan dia adalah dusta semata. Bagai pepatah Inggeris, "I love listening to the lies when i already know the truth" so called macam tu ah.
Semestinya bukan niat kau untuk merungkaikan isu tersebut selain dari layankan saja walaupun rasa seolah ingin muntah kahak hijau ke muka dia.
Isu kedua berkenaan dengan "Pentikam belakang". Dan, adakala situasi ini datang bila kau tahu si polan ini berkata tahi dibelakang kau dengan si polan yang lain. Maka nak dijadikan cerita si polan pendengar tadi mula memasang mulut kononnya memberitahu akan kutukan yang telah didengarinya secara tidak sengaja. Jadi ada dua jenis kejanggalan disini.
Yang pertama:
Macam mana kau nak react depan si pengutuk polan ini yang sah-sah nak tengok muka dia pun boleh bagi darah bersirap-sirap sampai ke dahi. Mungkin kau rasa macam nak smash muka dia dengan senduk belanga atau nak tadahkan lima jari kau depan muka dia sambil berkata sinis "Your mouth smells piggy's butt, badass".
Yang kedua:
Macam mana kau nak respons pada si pencerita polan tadi untuk kesekian waktu kerana wujudnya pula isu betrayal sebaik sahaja dia kononnya tidak sengaja mencanang "bff top secret" kepada kau, Kau rasa nak bagi kaki ke nak bagi kaki babi?
Kadang-kadang ada manusia sengaja tunjuk bodoh supaya orang lain tunjuk pandai.
Sebab kita hidup dikelilingi pelbagai jenis manusia melatah.
Nak dibangkitkan isu, takut melarat pergaduhan.
Nak dilayankan, takut hilang kesabaran.
Nak ditangankan, takut tak ada masa depan dalam industri negara.
Jadi kita anggap kita berinteraksi dengan "non-human".
Seperti anjing, sudah dia kita beri makan, kita juga yang digigitnya.
Seperti anjing, sudah dia kita lepaskan, makin lagi kita diserangnya.
Jadi manusia, where we should believe the truth can always wait.
I am not a Brainless Slave.
Pergi jahanam.
Xoxo,
IA
No comments:
Post a Comment