Whenever i feel left out, i remind myself that "i did my part" and stop giving too much.
Bila Melayu tak tolong Melayu, nak bising.
Bila Melayu dah tolong Melayu, kau kencing.
Come on, kencing manis pun ada ubatnya beb.
Kencing kawan apa cerita?
Kita susah bila tengok orang susah, kita faham.
Tak mampu tolong hulur, tapi cuma mampu tolong faham.
Kita susah. Kita cuba fahamkan orang yang kita susah.
Orang tak faham.
Tak cuba faham.
Tak teringin langsung nak cuba faham.
Kalau tak, mana mungkin ada pepatah "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
Kalau boleh, rezeki dan ilmu kongsi sama-sama. Esok kau untung, lusa aku untung. Tapi bila masalah orang yang tak berbahasa ni payahlah sikit. Simple common sense pun takkan nak ajar.
Kalau betul friendship bonding tu penting untuk kau, give and take.
Jangan kau keras tetek asik take-take.
Rambut dah tak sama hitam, apatah lagi hati.
Kadang-kadang, kita sendiri kena muhasabah diri. Dari asyik menjahanamkan orang lain atas dasar pernah kongsi suka duka suatu ketika dulu, tak perlulah terus-terusan.
Masa berkawan berkasih sayang, segala harta benda, makan minum, kain baju, seluar dalam, rahsia tok nenek, semua nak dikongsi. Bila dah tak berkawan, dikatanya mencuri.
Bila berbaik balik, dendam kesumat mungkin masih ada. Jadi kita declare friends for the sake of grudge dalam diam.
Take advantage, baling tahi then menyorok. Cool.
Aku pernah rasa fucked up macam ni dulu, sekarang pun ada tapi malas nak kata, layankan saja.
Masa susah, cari.
Masa senang, pergi.
Masa kita susah, kutuk sana-sini.
Masa kita senang, dengki sampai mati.
Selama aku diam, selama itu aku relakan. Hidup mendodoi hati orang, hati sendiri lintang pukang.
Sedangkan yang cerita pungpang pungpang, angkat muka tak berani pandang. Sembang kencang.
Bukan kau seorang yang susah, ramai lagi orang susah.
Bukan kau seorang ada masalah, ramai lagi bermasalah.
Kalau kau tak boleh handle masalah kau, belajar cara tolak ansur dengan orang sekeliling.
Reti-reti jaga bahasa, intonasi, gaya tutur kata.
Bila mahu sesuatu baru berbaik.
Lancau.
No comments:
Post a Comment