Sunday, September 5, 2010

Perempuan Mesti Jadi Memilih.

Dear Readers,

Hey aku bukan update blog aku kerap kali sebab aku tak ada life, aku rasa ini saja masa lapang aku untuk mengada-ngada jadi FOFULAR. Well, tengah tunggu lagi seminggu nak raya ni, dengan hasil kumpul data-data dalam kepala hotak aku mengenai dunia sekeliling rasanya sudah tiba masa untuk aku coretkan di Blog sebagai ilmu berguna untuk ku kongsi kan.

Aku rasa tak salah kalau kita sebagai seorang perempuan yang bermaruah inginkan lelaki yang kelas satu. Itu bukan sesuatu high demand, tapi baru lah worth untuk dijadikan pasangan betul tak?

Disini aku ada relevant issue untuk diperbincangkan mengenai unsur-unsur lelaki yang bakal menjelikkan dan menyampahkan perempuan. Bukan setakat menjelikkan tapi dibenci 100%.

Pertama sekali adalah Penipu!
Unsur penipuan adalah faktor utama kaum Hawa lagi-lagi seperti aku tak suka. Contohnya, bila berbalik kepada benda-benda yang sewajibnya lelaki ada tetapi si dia kelentong putar belit. Eh korang faham tak apa aku cakap? Macam ni lah maksudnya, bila si lelaki kata dia ada lesen kereta but in fact dia tak ada. Kau rasa geram tak bila kau dapat tahu sendiri itupun kantoi? Aii, berapi betul. Memang lah itu antara perkara wajib bagi lelaki, tetapi kalau terus terang dari awal, mesti kesalahan tidak bertambah, dan kebencian tidak tertimbul, betul tak? Aku cakap generally yea. So, kepada lelaki, kalau awak masih belum ada lesen kereta dan motor, awak tak layak ada girlfriend lagi! Haha. Kejam gila. Tapi betul!

Kedua adalah Terlalu mengambil Berat!
Aku usulkan disini bukan lah berat badan okay, itu issue sensitive sangat kalau lelaki utarakan terhadap perempuan (TAKE NOTE). Ambil berat adalah terlalu penting bagi kami sebagai kaum wanita, tetapi disini adalah lebih focus kepada KONGKONG. Tak patut lah sampai mengongkong dan bagi reason "Awak tu dah lah perempuan" dan apakah babi betul kau ni? Ingat perempuan tak reti jaga diri ke? Dia dah besar panjang. Pandai-pandai lah dia nak survive. Kau tu patut care pasal dia saja, bukan mengongkong. Bapak aku pun tak kongkong macam tu kan girls kan? Jadi perbataskan kerisauan kau tu. Tak bermakna kau patut ignore dia then let her do whatever she want, itu salah! Care and Control adalah 2 maksud yang berbeza, sila check Kamus!

Ketiga pula berkaitan dengan Kau Perokok!
Issue ni bagi aku tak seberapa prior lah. Aku on behalf most of the girls. Perempuan kadang-kadang hypocrites in a way dia suruh kau berhenti merokok. Dalam ayat sebegini "I tak kisah you nak merokok, tapi kurangkan lah if can, tak elok untuk kesihatan".. Weh! terang terang dia suruh kau berhenti lah bongok, awat bengap sangat? Haha.

Keempat, Ungkit Cinta Lama.
Yang part ni aku malas nak argue banyak sebab aku rasa beruk dalam hutan pun tak argue dekat awek dia pasal kisah lama, faham bahasa juga even tho dia tak berakal. Yang ni if kau jenis berakal, tolong-tolong lah consider sikit. Tak perlu lah nak mention banyak kali nama kekasih lama kau, kan senang kau get back saja dengan dia rather than psycho diri kau sendiri? huhu. It's a big deal okay? Memang bongok lah orang yang jenis macam ini. Perlu dijauhkan.

Kelima pula pasal Tidak Soleh.
Yang ini aku tak minta kau wahai lelaki jadi pak Imam depan awek, tetapi kau perlu tunjukkan nilai murni agama yang kau pegang agar kau boleh dijadikan role model. 5 waktu punya solat jangan lah tinggal, puasa dan perkara-perkara wajib tu tak payah lah sampai awek kau nak kena tegur, bahaya sangat dah tu. Nanti if let say kau nak kahwin dengan awek kau, kalau benda sewajib ini kau tak ada, kau ingat kau akan dapat respects tulen ke? Never lah boy, dreaming. Ini penting supaya kami kaum perempuan rasa terjamin dan tak perlu risau bila sudah berumah tangga nanti. Apa daaa.

Keenam adalah Ego dan Tidak Serius.
Yang ini aku tak suruh kau jadi ahli parlimen kena serious sepanjang masa. Dan tak suruh pula kau jadi Nabil Raja Lawak yang buat lawak bodoh setiap saat. Sendiri balance lah mana patut kena take things seriously mana yang tak. Ini common dalam sesebuah hubungan. Tunjukkan sikit kesungguhan kau tu. "I Love You" tu susah ke nak sebut? Haih, lelaki...Ego sangat tak elok lah deyy.

Lastly bila kau Pergunakan dia.
Yang ini paling aku bengkerk sebab sebagai lelaki yang patut digunakan sebagai pegangan ataupun role model, bukannya kau bergantung kat awek kau. Tak malu ke? Ish malasnya aku nak cakap banyak, ada otak kau Tuhan bagi 9 akal, 1 nafsu, kau perhabiskan guna yang 1 tu kenapa eh? Bodoh lah. Kalau macam ni pun nak kena beritahu. Perempuan ni memang lah takkan sound kau directly, dah nama sayang, jadi reti-reti bahasa sikit boleh tak? Jangan jadi dayus sangat bergantung dekat kaum wanita. Cukup-cukuplah masa kau kecik kau bergantung kat ibu kau. Takkan dah besar panjang ni pun sama? Paling sial bila kau couple dengan awek kau sebab dia cantik. Atau sebab dia kaya kau nak cukur kikis dia? Dan kau nak kapel dengan dia sebab kau bosan? Perghh kau memang durjana sial. Buat-buat lah persiapkan diri kena bakar. Damn you! Sudah-sudah lah mainkan perasaan perempuan. Menyampah aku type lelaki cenggini.

Aku dah kata kadang-kadang kita perlu rasa choosy terhadap memilih pasangan. Ye la, takkan kau nak kapel dengan type lelaki macam ini? Ini common okay. Basically TANGGUNGJAWAB itu sumpah penting. Hargailah pasangan anda. Salam satu Malaysia. Peace no war :)





2 comments:

Anonymous said...

NASIB BAIK JUGA LA AQ MEMNG KURNG MEROKOK...HUHUHUHU..JADI X LA TERASA SGT...HUUUUU..(MENGELUH PNJANG)

Anonymous said...

superb gila!!! aku suka syialll...! :)

 
Template design by Izzy Adlina