Wednesday, October 27, 2010

Hati, aku takut memberi.

Dear Reader,

Aku sebenarnya dah nak tidur dah, berikutan dengan migrain yang melanda kepala hotak aku ni. Tapi, Kejap pula okay balik. Boleh tak aku nak cakap sikit. Aku sebenarnya tak yakin apa sebenarnya aku buat ni. Aku tak tahu sama ada berbaloi atau tidak untuk aku memberi cinta dan kasih sayang lagi. Aku trauma, takut nak memberi lagi. Aku takut kecewa. Aku takut, aku terlalu bermain dengan angan-angan, kata manis, dan harapan.

Kalau lah aku mampu nak menilai hati seseorang, kan senang. Dapat mengenal maksud yang diberi oleh seseorang, secara tidak langsung aku takut memakan diri. Kalau aku boleh tarik balik masa, aku takkan sia-siakan manusia yang pernah memberi kasih sayang kepada aku dulu. Aku tahu sometimes karma ni berguna untuk penyedaran, tapi aku dah dapat what i gave before, aku takut kali ini berterusan, dan aku dapat lagi balasan. Ya Allah, beri lah aku jalan untuk aku pilih, patutkah aku memberi lagi?

Kebahagiaan kadang-kadang sekejap, merana mengambil masa sepuluh tahun untuk hilang. Aku takut lah, seharian memikirkan benda ni, tak dapat lagi penyelesaian. Apa patut aku buat? Aku takut nak memberi cinta. Aku takut terluka. Aku takut rasa benda yang sama. Mungkin aku masih belum bersedia walaupun sudah fully recover, tapi hati ni, kalau dapat aku kenal pasti apa sebenarnya hati aku mahukan, mungkin akan jadi lebih mudah. Susahnya hidup ini,

Aku nak tahu, tindakan aku betul ke tak, perasaan yang aku alami ni betul ke tak. Aku risau salah langkah, takut. Ya Allah, aku tahu Kau membaca blog aku juga, aku yakin Kau lagi esa memahami maksud yang aku cuba sampaikan. Tapi, aku merayu agar kali ini, aku lakukan perkara yang betul. Aku tak dapat menghalang setiap balasanmu terhadapku. Aku tak mampu mengubah setiap benda yang dah terlanjur. Benda yang boleh memakan diri aku, Kau elakkan lah. Aku serik dipermainkan perasaan, aku serik.

Dan kepada hati, aku tahu apa yang engkau inginkan, kau mahu kasih sayang, kau mahu perhatian dari dia, tapi bila masa ni akan terjadi? Atau dia sengaja hendak bermain cinta?
Hati, aku takut memberi, kepada yang suka menyalahguna, aku takut memberi kepada orang yang tak reti menjaga tapi kenapa aku jatuh lagi? Kenapa sungguh senang aku memberi lagi? Dia? Apa dia rasa? Dia permainkan aku ke? Dia jadikan aku masa lapang dia saja ke? Aku nak tahu agar aku dapat memilih jalan, cuma satu jalan yang aku tak berapa pasti tapi aku dah melangkah masuk. Hilangkan lah trauma ini. Beri kan aku keyakinan, mana letaknya sikap optimist aku? Kenapa aku sangsikan dia? Apa semua ni?

Dan kepada dia, aku tahu kau tahu aku mula menyayangi kau, merindui kau. Tapi, apa sebenarnya yang kau perlukan dari aku? Apa sebenarnya dihati kau? Jangan permainkan aku, sebab aku takut memberi kepada yang salah.


1 comment:

Syah Rizal said...

I rasa macam terpanggil bila baca note ni. Hmm macamana i nak mulakan..

"Ok.

Aku tahu kau betul2 sygkan aku. Kau betul2 cintakan aku. Kau betul2 mahukan aku. Dan aku secara jujurnya sudah mula jatuh hati, sudah mula menyayangi. Setiap apa yg kau buat pada aku, aku rasa bahagia, gembira & xdapat aku bayangkan. Tiada perempuan yg secomel kau bagiku. Kau dalam diam memberi impak yg besar kepadaku. Memberi kesan yg mendalam.

Ketahuilah aku tidak mahu mempermainkan perasaan kau, aku juga bukan sengaja untuk menolak cinta kau. Tapi, kau harus tahu, kau harus faham, di saat ini ada suatu benda yang menghalang, mengatasi, dari aku memberi sepenuh cinta ini.

Aku ada impian aku sendiri, aku ada matlamat yg aku rasakan lebih bermakna utk menentukan masa depan aku. Aku tidak mahu melihat org yg banyak berjasa kepadaku kecewa, mereka lebih dahulu hadir dalam hidup aku, dan telah banyak yg mereka berikan kepadaku untuk memastikan aku berjaya.

Terus terang aku katakan, aku tidak pandai menyakiti hati orang yang berbuat baik kepadaku termasuk kau. Aku ingin menjadi kebanggaan mereka, aku juga ingin menjadi kebanggaan kamu. Aku ingin menjadi kebanggaan seiap yg ku kenal.

Semuanya ni pun aku dah ceritakan kepada kau. Dan memang sengaja aku coretkan di sini utk pengetahuan teman2 mu. Supaya faham, aku hadir dalam hidupmu bukan untuk mempermainkan cintamu, cukuplah di saat ini untuk aku melihat kau gembira sepanjang bersamaku, bahagia dalam kehidupan seharian sepanjang bersamaku.

Aku harap coretan ini cukup jelas untuk memberitahu kau & teman2 kamu. Sorry for everything. Minta maaf jika ini menyakiti hati kamu."

Ayat manis ke? Xkan..? so, ni je la yg i nak cakapkan buat masa ni. Dah jangan sedih2. Kalau boleh ingat Tuhan banyak2. Berdoalah pada-Nya banyak2. Dia Maha Mengetahui. Ok...

 
Template design by Izzy Adlina