Tuesday, September 21, 2010

Effort Untuk Kurus

Dear Readers,

Hello, since last friday aku mula menjalani aktiviti baru yang consistent sehingga hari ini, gara-gara obses untuk penurunan kgs. Ada banyak sebab kenapa aku pilih untuk ubah gaya aktiviti hidup secara umumnya adalah untuk kelihatan cantik dan end up semua mulut-mulut yang mengatakan aku gemuk dan XL or L. Ini adalah my current size. Ohh Stress!





Antara schedule yang telah aku atur dan ikuti sepanjang 5 hari ini sehingga berjaya kurus dengan cemerlang dan mencapai kg ideal sebanyak 45 kg, adalah :

Isnin - Ahad : JOG di Taman Rakyat Andalas Klang 2 times per day

Pagi : 6.30am - 7.30am
Petang : 6.00pm - 7.00pm

Pengambilan Makanan :

1) Breakfast : Biscuit Jacob + Milo Panas
2) Lunch : Biscuit Jacob + Milo Panas
3) Teatime : Makanan berkuah @ Nasi segenggam dan lauk yang seimbang
4) Dinner : Air suam dan mineral



(Benefit yang kita dapat dengan pengambilan unlimited biscuit kosong Jacob adalah badan akan rasa ringan dan bertenaga, besides 5 keping sudah cukup untuk buat perut rasa kenyang, Trust me)

Pengambilan asas : Air mineral
(perlu diambil sekurang-kurangnya 2 botol 1500ml)

Sabtu dan Ahad : Badminton ( 9pm - 10pm)
Shisha (Sabtu)
Roller Blade (Ahad)

__________________________________________

Cukup untuk kemampuan aku setakat ini. Antara pembakar berkobar-berkobar aku untuk kali ini, adalah tuuuuutttttttt yang selalu kata,

"Izzy, kau kurus mesti kau hot gila"

Dan juga kawan baik aku dua ekor manok ni yang turut berjaya mendisiplinkan aku dan memberi semangat serta ikut routine ini yaitu Baizura dan Mango, thanks Girls!!






Besides, kami juga telah merancang untuk menyimpan tabungan sebanyak RM1 seorang setiap hari sehingga berjaya mencapai kilo impian masing-masing, duit itu akan digunakan untuk celebrate kejayaan kami untuk holiday di Langkawi. And i can't wait for that moment. Semoga Berjaya ku ucapkan untuk diri sendiri dan rakan-rakanku.

Bagi aku, jaga pemakanan tak cukup, kalau tak exercise consistently. So far, hari-hari aku rasa fresh, ringan dan bertenaga dengan amalan yang aku buat ni, Good for me.

Bye, akan update lagi. Bye.


READ MORE

Saturday, September 18, 2010

Raya Datang Lagi.

Dear Readers,

Selamat hari raya rakan-rakan!! Pejam celik dah raya kesupuluh! Ternyata masa berlalu begitu cepat. Dunia nak kiamat. Al-maklumlah.

Esok dah start "sekolah", jadi raya-raya ni rasanya dah tak berapa masyuk bila mid-term break habis. Assignment aku tak payah cerita lah kan, memang banyak nak mampus, berikutan dengan masalah delay yang melampau sangat aku ni. Jadi moral of the story, moh le kita bangkit menyiapkan dengan penuh jayanya sesambil melayan tetamu tak henti-henti datang rumah aku ni. Aku alu-alukan yang lain datang bertandang.

Untuk post kali ini, Tattamasi perlu dicoretkan moment-moment Raya 2010. Sedikit cerita pun jadilah. Since last raya aku tak sempat nak buat blog, jadi ini raya pertama aku celebrate dengan Blog. Sesambil mengarang blog ni, aku sempat melayan emosi dengan lagu All Cried Out by Allure. (sambil menangis ni wey~)

Raya pertama,
Memang sedap betul telinga aku ni dengar takbir raya pagi-pagi buta. Excited gila nak balik kampung pagi tu. After sesi salam-salaman yang penuh syahdu, kami terus bertolak ke Bidor Perak convoy bersama Kak yang and Kak uda merangkap cousin aku.

Bawah ni adalah kereta-kereta yang convoy balik ke kampung, memang excited tak terkata aku cakap, tak kisah lah sempit ke tak, even Unser tu besar, tapi barang-barang yang dibawa jauh lebih banyak dari orang dalam kereta sampai terpaksa transfer seorang dekat kereta Kak Yang.



Dalam kereta memang memekak saja aku punya talipon dengan message raya yang datang bertubi-tubi, tapi bersyukurlah time tu aku tak ada credit, so reasonable la jugak untuk aku tak reply semua. Teheee! Perjalanan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Bidor Perak. Opah aku dah lah tengah uzur, memang tak tahan nak duduk lama-lama dalam kereta, kesian dia. Semoga Allah panjangkan umur opah aku ni Amin.


Inilah Opah Fatimah aku, 2 tahun lepas waktu pagi raya kena major stroke, mengakibatkan beliau tidak berdaya untuk berjalan dan berbuat apa-apa, hanya terlantar atas katil. Sayang Opah walaupun aku tak berapa manja macam adik-adik aku yang lain.

Bawah ni suasana ketika dalam kereta, hijau vogue-vogue gitu mak tengok. Awwww!!!!!!



Setiba disana, terus ke rumah Wan Yah, itulah satu-satunya rumah dekat kampung aku tu, since rumah kampung aku yang biasa dah ditinggalkan 10 tahun yang lalu akibat masalah tanah dan whatsoever aku pun tak faham sangat cerita orang-orang veteran ni. Bawah ni suasana bila adik beradik mak aku dah berkumpul, habis cerita dari utara, selatan, timur dan barat terbongkar, riuh betullah.

Suasana di kampungku memang riuh tahap gaban, pong pang pong pang bercerita satu kampung dengar, makan tak berhenti dengan gurau senda. Memang Best! Aku bangga jadi anak Perak.

Ini pula view sebelum enter rumah kampung aku, rumah pusaka yang sebenarnya tak jauh dari situ dan dah lama ditinggalkan berikutan tiada orang nak duduk situ ye lah, opah aku pun dah uzur, atuk aku dah lama meninggal siapa lah nak uruskan. Ini pun rumah wan yah yang dibina atas tanah sendiri, nak balik Perak, kesini lah tak kemana.

Ini antara makcik-makcik yang hevoc, tak kering gusi chit chat ada saja benda nak cakap, al-maklumlah orang Perak, riuh dah memang sebati. Mata sepet memang dah diturunkan turun temurun dari generasi ke generasi, tengok je lah aku ni.

Sesudah beraya sakan di sana, malam tu juga aku dan family berangkat ke Penang dan stay dekat Permatang Pauh. Penat badan dan penat perut tekak aku, Tuhan saja yang tahu.


Raya Kedua dan Ketiga,
Reason kenapa aku tak boleh stay dekat rumah tok zizah aku dekat Machang Bubuk is because Paksu aku tu ramai bebenor anaknya, berkeliaran and for sure lah rumah tok aku sangat lah kecil sampai aku dan family terpaksa menetap di homestay Permatang Pauh. Lagi selesa. By the way raya kedua ni aku fulfill dengan beraya sanak saudara serata Penang dan Kedah mana yang sempat dengan cousin-cousin aku yang over-gila buat aku rasa macam nak berhentikan masa saja time tu. Seronok lah aku conclude kan, bukan senang nak berkumpul ramai-ramai lagi-lagi memang saudara aku belah ayah memang bersepah dan berlambak sampai tak cukup dua hari cover dekat belah sana, kejar masa punya hal. Ini ada sedikit gambar yang aku nak tunjuk, meriah kak oi.


Meh story sikit, yang atas ni cousin sebaya aku, Munirah. Antara ramai-ramai ni, nieya lah yang paling aku rapat, ye la dah nama sebaya. Cantik kan? Tengok lah siapa cousin dia.


Ini pula time beraya rumah tok su aku dekat taman semarak, Penang. Yang depan tu lah tok zizah aku. Happening sangat time ni. Setahun sekali jumpa biasa lah.


Ambil kau beratur cousins aku ni, ini baru sedikit, yang ikut convoy je. Memang saudara belah Penang and Kedah terlalu ramai tak menang tangan sampai habis battery nak snap gambar semua.



Another pose from us. Anak cucu tok Haji Hashim memang cantik-cantik dan manis-manis belaka kan. LOL.

Inilah sedikit sebanyak cerita coretan aku time raya, nak buat karangan memang confirm-confirm aku takkan siapkan assignments aku yang berlambak gila ni. Jadi, inilah sedikit buat kenangan abadi untuk Blog Personal Tattamasi aku. Harap dapat berjumpa dan beraya bersama seperti tahun ini, di tahun depan Amin. Allah panjatkan usia keluarga dan saudara-maraku.


P/s : Dah macam cerpen SPM aku tengok.





READ MORE

Thursday, September 9, 2010

Alhamdullillah, Gonna miss you Ramadhan, Hello Syawal!

Dear Readers,

Hello. Assalamualaikum kepada para pembaca Blog Tattamasi. Dengan ini, aku Izziatul Adlina binti Mohamed Shokri lagi sekali sambil buat muka excited mengambil kesempatan sebelum berbuka untuk last day puasa ni untuk ucapkan :





SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR DAN BATIN,
SEMOGA KITA UMAT ISLAM PEROLEH KEBERKATAN DARINYA.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Love you guys! Besok aku balik kampung, Yahoo!!!!!
Perak, Penang and Kedah, Here I Come.
Balik Kampooonnngggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

READ MORE

SERIOUS punya TALK!

Dear Readers,

Hello to all. Aku tak tahu kenapa dari tadi aku duk guling-guling macam ikan pari terlantar tak boleh tidur. Macam shit kan? Maybe sebab tak sabar nak sambut raya punya pasal jumaat ni. Oh cepatlah masa berlalu. Insomnia, kenapa kau hari-hari menyelinap menggatal dekat aku?

"Serious punya talk" aku tu memang bermaksud okay. Aku honestly speaking here, sudah 3 bulan aku makan sekali sehari, tapi yang mampu turun hanyalah 3 kgs????????????????
Apa kejam sangat? Aku tahan nafsu makan macam nak gila, ish ini tak boleh jadi. Memang lah rasa badan tu ringan tetapi bila tengok dekat cermin serious aku still rasa malu nak tengok. This is so damn fucking terrible!

Macam Kiki cakap, "Kau kena jog lah Izzy, baru lemak tu boost".
In fact, memang exercises saja boleh menjayakan penurunan kilo dengan sihat dan cepat, tapi apakah kebenda aku malas sangat? Sampai terpaksa tahan makan? Menyiksakan betul lah nak cantik punya pasal. Aku ni bukan nya berduit. Kalau berduit dah lama aku pergi Gym Fitness First tempat exbf aku kerja tu, buat regular exercises kat sana. Tak ada siapa-siapa nak support ke? Oy tolong lah, aku dah tak tahan dah telinga aku ni dengar,

"Apasal kau dah gemuk ni?".

Aku dah tak tahan nak control mata ni tengok baju-baju size S atau M yang jauh lagi cantik dan tergoda malah murah dari size L punya. Aku nak pakai baju MNG dari dulu tak boleh-boleh,muat sebenarnya, tapi nampak serious tak cantik dengan lengan aku yang macam kayu balak, perut aku yang tak macam Amber Chia, peha aku tak se-sexy Beyonce, apa kejadahnya nak pakai baju macam tu? Ish! BABI la.

Lagi satu, aku punya semangat semakin meluap-luap ni since ada 1 of my bestie a guy said,
"Izzy, if kau kurus mesti kau lawa gila, macam ni pun dah cute".

You know! Macam kembang pulak bontot aku ni kan dengar, tapi itu "IF", sekarang masih kepala-hotak-kau-nak-cantik-belum-kurus-lagi-lah-dah-boleh.

Ini tak boleh jadi, aku seriousshit nak exercise regularly dekat Taman Rakyat Andalas tu setiap petang, tak pun dekat Tasik Shah Alam dengan Salman. Peduli lah, assignment banyak tak cukup tangan ke, penat class ke, minyak motor habis ke, senggugut ke, period ke, hujan ke, mampus disitu, aku tengah berapi ni, mendidih-didih ni. Arghhh! Aku nak kurus macam ni balik tahu tak!!! Arghhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!





Serious talk okay! Aku tak main-main kali ini, makan memang kena bertapis sikit. Raya? Huh! Aku bukan nya jenis makan pulut things macam lemang, ketupat and whatsoever tu. Kuih raya? Ingat aku suka makan tepung-tepung tu? Yang paling aku bengang sekali, serious talk again, aku bukan jenis makan lahabau macam babi kelaparan, aku makan normal kot. Itupun sekali sehari, paling kuat pun 2 kali, tapi memang aku dah more than 3 months tak makan malam. Diet hardcore punya. Tapi setakat turun 3 kilo, apa kejadahnya. Berapi ni!

And again serious talk, azam baru aku (hey, ni betul betul azam-sumpah-buat punya) :

DENGAN INI SAYA BERIKRAR,
TIDAK AKAN MAKAN MACAM BABI LAPAR,
TIDAK AKAN TIDUR SESUKA HATI BETA,
MINUM AIR MASAK SEBANYAK BANYAKNYA,
MAKAN DENGAN KUANTITI SEDERHANA,
AKAN EXERCISE SECARA CONSISTENT SETIAP PETANG ATAU PAGI,
AKAN KURANGKAN PENGAMBILAN GULA,
AKAN KURANGKAN JUNKFOOD,
SAY NO TO MCDONALDS,
KURANGKAN PENGAMBILAN NASI DAN MAKANAN BERKARBOHIDRAT TINGGI,
TAKKAN MANJAKAN DIRI DENGAN BENDA YANG BOLEH MENGGEMUKKAN!
FULLSTOP!

Sumpah ini SERIOUS TALK, aku akan slim slender sebelum PRACTICAL nanti, kau jangan ternganga.

Nanti nak pakai kemeja time kerja tak cantik :/

READ MORE

No more pain, no more gain.

Dear Readers,




Well actually, LOVE IS SO FRAGILE.

READ MORE

Ucapan Hari Raya :)

Dear Readers,

Haha lately my entries tak nak macam emo sangat lah kan? Haha, actually tak lah emo mana. Just menegakkan kebenaran duniawi. Aitceh! Blerghh~ Ucapan hari raya kali ini simple saja sebab tak perlu coret panjang lebar, bunga-bunga bagai yang penting keikhlasan.

I am tired as a tiredest person in a tired land. Penat lah terasa hati ni, lama-lama boleh bengkak bernanah macam orang kena kencing manis. But after all, aku realized one big thing, memaafkan orang adalah sesuatu yang sangat berbaloi dalam hidup bila diri rasa terkilan dengan perbuatan mereka, akan tetapi, itu sebenarnya sedarkan aku yang manusia sentiasa buat silap.
Siapa aku ni yang tak boleh maafkan? Facebook aku lately terlalu banyak orang pop chat aku sampai nak retak keyboard reply semua. Haha. Thanks guys!





Dengan kesempatan ini, saya Izziatul Adlina Binti Mohamed Shokri (ramai orang salah eja nama aku, ni haaa aku bagi setepek) ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Aku tahu, aku terlalu banyak buat silap dan salah, melukakan hati sesiapa. Akan tetapi, aku masih bingung kenapa ada manusia suka buat cerita pasal aku tanpa refer aku balik, kenapa ada manusia sebegitu? Well everybody was typical but the one who yang tak puas hati dengan aku sampai cerita bad things about me, menambahkan cerita is the one who so into that kind, dangg you make me sick. We all want to be different kan, but it makes us all the same actually. By the way, i believe in Karma. I just forgive you, and forgive me too. Selagi benda salah tu spread all over the world, aku tetap tak kisah. Yang teringin nak buang aku dari hidup, silakan lah, i've done my part. Apa-apapun, aku memohon maaf atas segala keterlanjuran terhadap anda semua, moga diberi sinar keberkatan kepada kalian. Maafkan saya, saya hanya manusia biasa yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan.

For the "typical-who" person :

you are trying too hard to impress people
and you lost your identity to the unnecessary pressure.
pity u hahh!

fine
If you need someone to agree with you "always"
you dont need a friend
you need a brainless slave
and thats not me,babe!

Mulai hari ini, aku nak hidup dengan aman dan tenteram, jadi as a human, jangan lah porak perandakan hidup aku hehehe. Again selamat hari raya, jemput-jemput lah ke rumah aku, before datang message dulu okay.
Salam Aidilfitri, moga mendapat keberkatan di Syawal yang mulia.

:)

READ MORE

Wednesday, September 8, 2010

Wishlist and Fairy tales?

Dear Readers,

I wish, I wish, I wish. if i can be just like a Snow White in fairy tales, i am the luckiest one. Or could be a Cinderella but in fact the glass slippers never belonged to me, Gila sedih. I have too many wishes yang satu pun belum termakbul. Aku antara manusia yang paling susah nak achieve wishlist. Too many causes why and why must i argue the "BIG WHY"? You have more than enough Izzy don't you? Biasa lah manusia tak pernah puas. If I can point out what question do I frequently ask to myself and this world...I think it would be...."Why?"

Why...to Allah, to my mom, my dad, my brothers, my best friends, my friends, my uncle and aunt, my cousins, my teachers, my so-called destiny, my worries, my fear, my tears, my choice of education, my unexposed talents, my untouched hobby, my abandoned ideas, my history, my past, my memories, my mistakes, my stupid acts, my childhood, my dislike towards chocolates, my dream, my emotions, my sympathy, my sensitivity, my anger, my dreams, my ego, my so-called future, my fights, my stupidity, my way of dressing, my low confidence, my obsessions, my disappointment, my concealed thoughts, the hypocricy, the war, the hatred, politics, nepotism, corruption, the racism, the murders and crimes, the abusements, the gossips, the false news, the covered secrets, the perception of an ideal life, the glamorous life, the stupid television shows, the bounded human rights and etc.

Damn, stop it! It is really depressed me if i keep thinking about each of it.

Everything in a the true world are very related to me. I have been surrounded with so many kind of people esspecially girls. Many of them are boys too. XD Some are funny and some are quite depressing, if I may say that. Until now i feel like enough to act like i pretend that i don't mind for everything they did to me. The peeps who talked bad behind me, i feel like i don't care anymore. In reality, i have somebody who are more precious, my family and true friends who are more valuable than everything. They are not my fairy tales like i wish been surrounded by beautiful and nice people. Because the-they-are-not-my-fairy-tales are the people who have been thru with me for many years. Who knows my bad and good side. So that they are more than enough. As long as i am not in a wrong path for them, i feel good definitely good. And what i realized, i should not begging to God to give me all the "I wish" because, i am grateful for what i have in my life. They know me very well, bak kata orang yang dikejar bukan lah sesuatu terbaik untuk kita, yang dikendong adalah lebih bermakna. And now i feel release :)

I wonder, ada kah orang yang totally never been heartbroken, depressed or some kind of that like a normal one like me? If yes, kau dah boleh daftarkan diri ke fairy tales jadi Snow White No.2..You know like "Happily ever after" or "Forever After" and etc never exists. Aku sudah berpijak di Bumi yang nyata.

Oh my dear wishlist, either you come to me or just step back and go away because i want to live in Peace. God please bless me to live happily just like in fairy tales Amin.



READ MORE

Tuesday, September 7, 2010

This is a confession!


Dear Readers,

Dengan ini, aku sertakan wajah sehappy ini untuk confess sesuatu yang sangat perlu. Sekian. (Read : Sangat perlu)




Aku suka kau dari dulu lagi sejak aku jumpa kau.
Aku tahu aku takkan dapat kau for many reasons.
but please tell me in what way should I make it to forget everything about you?
I am not deserve you and now i am making a confession.
So do I, I have mine, and I am not into him anymore. What should I do?
Everytime aku ingat pasal kau, aku saja tak nak lupa pasal kau.
Thanks for be there for me bila aku perlukan somebody.
Kau tahu kau siapa, dan jangan tanya aku apa-apa.
I keep on forgetting to forget about you.

Even tho i have written you a hundred and more messages that i will never send, it still kacau setiap perbuatan aku dan memenuhi draft messages aku dengan benda-benda ni :

"hye"
" good morning ( ; "
" good nyte,sleep tight "
" may today goes well "
" selamat berbuka ( ; "
" oyte, bangon sahur la! "


Dan kau nak aku buat apa lagi?
*Walkaway.

READ MORE

Lesson learnt to be stronger

Dear Readers,

From now on, aku tanpa segan silu untuk bertindak lurus. Ignore others! Be more selfish!

Lepas ni kalau aku marah dekat orang, aku akan bagitahu orang tu yang aku tengah marah.
Lepas ni kalau aku tak suka apa yang orang buat kat aku, aku akan cakap directly.
Lepas ni aku takkan nangis bila aku tengah marah.
Lepas ini aku takkan bagi orang pijak kepala aku lagi.
Lepas ni aku tak nak berlembut dan berbaik macam jilat bontot lagi.
Lepas ni aku takkan baik hati buat kerja orang lain yang elok bersenang aku pulak susah payah, amboi cantik muka.
Lepas ni aku takkan terhegeh-hegeh nak melutut dan merayu dekat orang.
Lepas ni aku takkan senyum fake dekat orang yang cakap belakang pasal aku, aku akan bagi balik apa yang dia bagi.
Lepas ni aku takkan jadi peramah sangat, akan jadi sombong dan malas nak layan benda-benda remeh.
Lepas ni aku takkan cakap lembut-lembut dekat orang yang ambil kesempatan terhadap aku.
Lepas ni aku takkan say "aku maafkan kau" dekat orang yang buat salah dekat aku, bagi dia rasa sikit!
Eeeeeeeee geramnya!

Tapi hakikatnya:
Aku tahu "Lepas ini" itu takkan terjadi, tetapi akan berulang as usual.
Dear hati, tolonglah keras sikit.
Mana kekuatan kau ni.





READ MORE

Laugh. Scream. Giggles. Cuddles.

Dear Readers,

Whoop whoop! Hey whadda beautiful tuesday morning. Excited aku bangun awal hari ini, kemas rumah bagai. Setahun sekali saja aku rajin macam ni. Dapat pulak hari-hari aku macam ni, memang belum sempat 2012 lah gamaknya. Entry nak hot saja bunyi kan?

Lately, aku makin conscious pasal Freemason punya issue. Sampai jadi Investigator sulit kau tahu. Macam-macam blog aku baca, yang paling psycho siap baca buku sejarah Melayu. Sejak bila entah aku jadi peminat sejarah ni. Tapi as i realized all this, semuanya berhubung kait, dan terancang. Bijak betul anak-anak Freemason itu. Bagai jarum halus yang susah dikenalpasti. Dasar laknatullah! Aku ni insan kerdil mampu berdoa agar tidak terpesong akidah an pegangan terhadap Islam. Amin. Oh if nak baca sesuatu click dekat LINK ini. Quite Interesting.

Erm, rindu ni! Mentang-mentang baru semalam berpisah dengan Azne dah rindu bagai. 2 minggu saja beb! Tapi rindulah, walaupun dia banyak buat aku sakit hati, tapi dah sayang, sebusuk-busuk mana pun, bau wangi juga. Azne~ Azne~

Lapangnya minggu ini, tak payah nak fikir pasal assignment buat sementara waktu, walaupun aku rasa berlambak lagi belum disentuh dan due date nya betul-betul lepas raya. Hangin pulak aku. Tapi dah nama final sem, project memang confirm berlambak, nasib baik most of my presentations dah settle awal-awal. Tak sia-sia aku choose jadi earliest group. Dan cukup-cukup lah haritu aku dah berkerah tenaga buat assignment Sabariah Jemali macam tak tidur satu ke dua hari then direct pergi kelas pagi. Dah lah kelas dia cancelled last minutes kalau aku tau aku tak ada nak semangat sangat pergi kelas 4 orang yang pukul 8 tu. Yang surprised nya, 4 orang saja wey yang datang class that day dan memang tak berkesempatan lah kan untuk aku tidur dalam kelas. Dammit. Dah lah ajar benda yang sama time tutorial. Ilmu tu Izzy Oi.

Lagi 3 hari saja nak raya, aku memang tak sabar nak pakai baju baru aku tu, kasut baru yang aku rasa macam nak pakai sekarang saja, dan muka baru yang tak sabar aku nak tayangkan dekat saudara mara nanti gara-gara Eumora, terima kasih Eumora. Haha siap promote sial. Tapi betul lah berkesan sungguh. Haha, meh contact aku meh if nak tahu lebih lanjut.

Ini adalah pesanan untuk seseorang :
:/ Aku rindu kau lah gila, gila gila punya, kalaulah kau faham dan tahu aku rasa ni kan bagus. Tapi kau pun sama lampi macam dia nak buat macam mana. Tengok FB kau pun dah cukup lah kot buat lepas rindu, tapi kau ni cibai lah buat aku rasa macam ni. Aku suka kau lah bodoh!

Dan ini aku ada sedikit photo nak share. Kalau tak nak tengok, buat-buat tengok saja lah woi. Kang kecik hati aku, dah nak raya ni. Bukan gambar apa sangat, ni gambar time berbuka dengan Hairul Hazwan dan Zikri. Diorang ni member lelaki aku paling rapat. Dan diorang ni lah ajar aku pasal Freemason dan segala bagai. Psycho betul!







Bye peoples and follow my twitter :)

READ MORE

Sunday, September 5, 2010

Perempuan Mesti Jadi Memilih.

Dear Readers,

Hey aku bukan update blog aku kerap kali sebab aku tak ada life, aku rasa ini saja masa lapang aku untuk mengada-ngada jadi FOFULAR. Well, tengah tunggu lagi seminggu nak raya ni, dengan hasil kumpul data-data dalam kepala hotak aku mengenai dunia sekeliling rasanya sudah tiba masa untuk aku coretkan di Blog sebagai ilmu berguna untuk ku kongsi kan.

Aku rasa tak salah kalau kita sebagai seorang perempuan yang bermaruah inginkan lelaki yang kelas satu. Itu bukan sesuatu high demand, tapi baru lah worth untuk dijadikan pasangan betul tak?

Disini aku ada relevant issue untuk diperbincangkan mengenai unsur-unsur lelaki yang bakal menjelikkan dan menyampahkan perempuan. Bukan setakat menjelikkan tapi dibenci 100%.

Pertama sekali adalah Penipu!
Unsur penipuan adalah faktor utama kaum Hawa lagi-lagi seperti aku tak suka. Contohnya, bila berbalik kepada benda-benda yang sewajibnya lelaki ada tetapi si dia kelentong putar belit. Eh korang faham tak apa aku cakap? Macam ni lah maksudnya, bila si lelaki kata dia ada lesen kereta but in fact dia tak ada. Kau rasa geram tak bila kau dapat tahu sendiri itupun kantoi? Aii, berapi betul. Memang lah itu antara perkara wajib bagi lelaki, tetapi kalau terus terang dari awal, mesti kesalahan tidak bertambah, dan kebencian tidak tertimbul, betul tak? Aku cakap generally yea. So, kepada lelaki, kalau awak masih belum ada lesen kereta dan motor, awak tak layak ada girlfriend lagi! Haha. Kejam gila. Tapi betul!

Kedua adalah Terlalu mengambil Berat!
Aku usulkan disini bukan lah berat badan okay, itu issue sensitive sangat kalau lelaki utarakan terhadap perempuan (TAKE NOTE). Ambil berat adalah terlalu penting bagi kami sebagai kaum wanita, tetapi disini adalah lebih focus kepada KONGKONG. Tak patut lah sampai mengongkong dan bagi reason "Awak tu dah lah perempuan" dan apakah babi betul kau ni? Ingat perempuan tak reti jaga diri ke? Dia dah besar panjang. Pandai-pandai lah dia nak survive. Kau tu patut care pasal dia saja, bukan mengongkong. Bapak aku pun tak kongkong macam tu kan girls kan? Jadi perbataskan kerisauan kau tu. Tak bermakna kau patut ignore dia then let her do whatever she want, itu salah! Care and Control adalah 2 maksud yang berbeza, sila check Kamus!

Ketiga pula berkaitan dengan Kau Perokok!
Issue ni bagi aku tak seberapa prior lah. Aku on behalf most of the girls. Perempuan kadang-kadang hypocrites in a way dia suruh kau berhenti merokok. Dalam ayat sebegini "I tak kisah you nak merokok, tapi kurangkan lah if can, tak elok untuk kesihatan".. Weh! terang terang dia suruh kau berhenti lah bongok, awat bengap sangat? Haha.

Keempat, Ungkit Cinta Lama.
Yang part ni aku malas nak argue banyak sebab aku rasa beruk dalam hutan pun tak argue dekat awek dia pasal kisah lama, faham bahasa juga even tho dia tak berakal. Yang ni if kau jenis berakal, tolong-tolong lah consider sikit. Tak perlu lah nak mention banyak kali nama kekasih lama kau, kan senang kau get back saja dengan dia rather than psycho diri kau sendiri? huhu. It's a big deal okay? Memang bongok lah orang yang jenis macam ini. Perlu dijauhkan.

Kelima pula pasal Tidak Soleh.
Yang ini aku tak minta kau wahai lelaki jadi pak Imam depan awek, tetapi kau perlu tunjukkan nilai murni agama yang kau pegang agar kau boleh dijadikan role model. 5 waktu punya solat jangan lah tinggal, puasa dan perkara-perkara wajib tu tak payah lah sampai awek kau nak kena tegur, bahaya sangat dah tu. Nanti if let say kau nak kahwin dengan awek kau, kalau benda sewajib ini kau tak ada, kau ingat kau akan dapat respects tulen ke? Never lah boy, dreaming. Ini penting supaya kami kaum perempuan rasa terjamin dan tak perlu risau bila sudah berumah tangga nanti. Apa daaa.

Keenam adalah Ego dan Tidak Serius.
Yang ini aku tak suruh kau jadi ahli parlimen kena serious sepanjang masa. Dan tak suruh pula kau jadi Nabil Raja Lawak yang buat lawak bodoh setiap saat. Sendiri balance lah mana patut kena take things seriously mana yang tak. Ini common dalam sesebuah hubungan. Tunjukkan sikit kesungguhan kau tu. "I Love You" tu susah ke nak sebut? Haih, lelaki...Ego sangat tak elok lah deyy.

Lastly bila kau Pergunakan dia.
Yang ini paling aku bengkerk sebab sebagai lelaki yang patut digunakan sebagai pegangan ataupun role model, bukannya kau bergantung kat awek kau. Tak malu ke? Ish malasnya aku nak cakap banyak, ada otak kau Tuhan bagi 9 akal, 1 nafsu, kau perhabiskan guna yang 1 tu kenapa eh? Bodoh lah. Kalau macam ni pun nak kena beritahu. Perempuan ni memang lah takkan sound kau directly, dah nama sayang, jadi reti-reti bahasa sikit boleh tak? Jangan jadi dayus sangat bergantung dekat kaum wanita. Cukup-cukuplah masa kau kecik kau bergantung kat ibu kau. Takkan dah besar panjang ni pun sama? Paling sial bila kau couple dengan awek kau sebab dia cantik. Atau sebab dia kaya kau nak cukur kikis dia? Dan kau nak kapel dengan dia sebab kau bosan? Perghh kau memang durjana sial. Buat-buat lah persiapkan diri kena bakar. Damn you! Sudah-sudah lah mainkan perasaan perempuan. Menyampah aku type lelaki cenggini.

Aku dah kata kadang-kadang kita perlu rasa choosy terhadap memilih pasangan. Ye la, takkan kau nak kapel dengan type lelaki macam ini? Ini common okay. Basically TANGGUNGJAWAB itu sumpah penting. Hargailah pasangan anda. Salam satu Malaysia. Peace no war :)





READ MORE

Tolong temukan aku lelaki sebegini :)

Dear Readers,

Hye again we meet. Hari ini aku nak argue seperkara yang jarang kita dengar. Aku ada soalan, pernah tak kau orang jumpa lelaki yang menyuruh kau memakai tudung? Menyuruh kau jaga sembahyang? Menyuruh kau agar tidak bersentuhan antara bukan muhrim? Menyuruh kau jaga peradaban? Menyuruh kau jaga maruah keluarga?

Some of you maybe pernah. Lelaki macam ini lah patut dibuat suami. Tak perlu lah formal sangat ayat kan, bunyi macam naughty kan sedap sikit nak dengar. Aku nak persembahkan sesuatu buat kalian semua. Aku jumpa dekat Facebook, then tertarik untuk aku repost dekat Blog, cekidaud.

Aku suka sangat tengok jari-jemari girlfriend aku, cantik betul.sungguh!sampai aku takut nak pegang bukan takut jari-jemarinya patah,tapi takut nanti jari-jemari kitorang tak boleh saling bantu-membantu di satu hari yang amat dahsyat di hadapan Dia!

Aku suka sangat tengok rambut dia.cantik betul.. sungguh!sebab itu aku belikan dia tudung.bukan sebab cemburu orang lain tengok,tak gentle la beb!
tapi sebab aku mahu rambutnya sentiasa ditutup cam dalam iklan sunsilk tu sampai bila-bila..takut nanti dibakar dek neraka Jahannam

Aku suka sangat tengok body girlfriend aku..solid molid.sungguh!sebab itu aku belikan dia telekung supaya masa 'dating' dengan Kekasih dia Yang Utama,dia jaaaaaauh lebih cantik dan berseri menghadap-Nya.aku pun leh tumpang dapat pahala..best tu!

Aku sedih sangat tengok girlfriend aku tak tidur, tak makan sebab rindukan aku.aku pun camtu gak.dia ada tanya"apa ubatnye bang?"aku pun bagi dia al-Quran sebagai penenang jiwa..semoga dia cintakan-Nya lebih daripada aku

Aku sedih tengok dia selalu pesan macam-macam;"makan,minum,j
aga diri,pandu kereta elok-elok..nanti awak sakit,saya gak yang susah ati..bla bla bla bla."tapi bila tengok wayang sama-sama,terlepas Asr dan Maghrib camtu je,dia tak kata ape pun.aduuuhhh...berdosanya aku!

Aku memang sayang sangat pada dia.aku mahu jumpa dia,bersama dia,cinta secinta-cintanya.cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,ber'dating' di Jannah, kerana di situlah tempat yang kekal selama lamanya

Doakan kami saling ingat-mengingati,insaf-men
ginsafi.Ya Allah, ampunkanlah kami,semoga kami dapat kekal bersama selamanya,di Jannah Mu nanti..amin....


Sweetkan? Jadi kau orang sendiri menilai mana yang sepatutnya okay? Kalau lah aku dipertemukan dengan lelaki sebegini, SUMPAH aku manusia paling bertuah. Amin.


READ MORE

Bulu Kaki

Dear Readers,

Aku semakin pening dan mahu pitam bila realized satu perkara, iaitu,

"Kenapa perempuan menyusahkan diri mereka untuk buang bulu kaki yang tuhan dah bagi?"

Demi kecantikan dan keanggunan, perempuan sanggup lakukan apa sahaja. Haa, sebab itu aku pening. Sesambil aku tengah Veet bulu kaki aku yang semakin mahu menumbuh, aku nak tulis sedikit dekat sini.

Aku nak tanya kau orang lah, pernah tak rasa macam

"Hey, aku baru saja jumpa kau, kenapa aku asyik teringat-ingat pasal kau ni??"

Pernah tak? Generally, ini dari perspektif pandangan manusia berakal panjang dan dominant, ini bukanlah desperate atau suka gila atau jatuh cinta atau angau ya kawan-kawan. Ini perkara normal, sebab aku rasa manusia akan rasa tertarik dengan seseorang yang menarik perhatiannya dan mengambil masa seminggu untuk melupakannya, NORMAL okay. Ianya merupakan symptom yang sihat untuk daya ingatan. Kuat betul aura manusia yang mampu membuatkan orang tertarik untuk mengingatinya. Damn, akulah mangsanya, kenapa aku asyik ingat pasal dia ni??
Tak lah gorgeous mana, tapi kenapa ni weh, Sial lah.

Notakaki untuk kau: Jangan ingat kau bagus sangat buat aku keep ingat pasal kau sebab kau tak lah gorgeous an alim ulama mana, aku rasa kau guna-gunakan aku, sebab kau yang syok kan aku, nak memangsakan aku pulak! ISH!SHUUHH SSSHHHUUHHH!


Sampai nak veet bulu kaki pun susah. Ish!

Aku masih belum berpijak di Bumi yang nyata.


READ MORE

Saya Ada Teman Lelaki Baru.

Dear Readers,

Memang sumpah jenahak betul aku post headline macam ini. Sebelum aku menerima sepakan Drogba dari BF aku, ada lebih baik aku explain secara terperinci.

Teman lelaki baru yang aku maksudkan ini adalah teman baik dan rapat dan intim dan macam sial lah ayat aku, maksud aku macam ni, mamat seekor ni aku terjumpa dekat tepi jalan Low Yatt terkial-kial nak mintak signature aku, then aku macam empathy gila dengan keadaan yang tak berapa enak dipandang lalu aku pungut dia dan jadikan dia sebagai Punching Bag murahan 3 seringgit untuk aku tumbuk dan tendang macam puaka kena rasuk.

Pergh tipu kuat aku ni. Dia ni tak ada lah seburuk ini, malah lagi buruk hahaha. Joking saja BRO jangan sental aku guna motor kau nanti aku tak boleh pregnant. Dia ni diberi nama Zikri. Tak sehandsome nama beliau, muka dia ala-ala Aaron Aziz katanya sendiri, jadi aku layankan saja kata kata si Zikri yang masuk-bakul-angkat-sendiri punya ayat. Haha.

Dalam banyak-banyak kawan lelaki aku yang tak berapa senonoh, so far si gila ini saja yang aku selesa nak cerita apa-apa, automatically aku boleh rasa trust dengan si kemak ni, Best rupanya kawan dengan dia, mesti menyesal if aku tak pungut dia. Dan ada baiknya juga sebab tak adalah aku perlu berhabis wang untuk beli Punching Bag mahal-mahal. Dapat yang murah dan berguna cukup sekadar perlu. Jangan marah haa, kau macam tak kenal aku saja.

Dengan ini aku melafazkan Bismillahirrahmanirrahim dan beristghfar seratus kali, aku tujukan coretan TAK berapa istimewa untuk Mohd Zikri nama bapak dia aku tak ingat dan tak tahu, nanti aku talipon kau aku tanya. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih sebab ter-menjadi KAWAN BAIK AKU SEUMUR HIDUP dan aku sayang kau lebih aku sayang sependa buruk aku. Mmuuaahh! Kau jangan buat ONAR.



Ini beliau yang mengaku sebagai Aaron Aziz. Pada pendapat aku macam Harun Salim Bachik saja lah kikiah~

READ MORE

Saturday, September 4, 2010

Psycho

Dear Readers,

Hoy, dah lama rasanya tak maki memaki dekat Blog ni macam dulu, ye lah, dulu aku suka melepaskan segala emosi satanic dan kentut petai sampai lupa diri. Haha. Kelakar lah bila aku fikir balik.

Lagi-lagi bila aku tak ada masa nak memelihara isi kandungan blog aku yang macam dah berhabuk kalah judi aku tengok. maybe nanti masa aku dah start kerja baru free kot. Belajar lagi memang tak ada masa, 24 hours focus dekat study but if working, 8 hours saja perlu mendabikkan dada, malam dah boleh enjoy tak fikir apa. Tak apa, aku akan jadikan tattamasi sebagai tempat untuk aku lanjutkan coretan sehingga saat aku tak mampu nak main lappy lagi baru aku stop berblogging.
Melalui penulisan aku rasa dapat menghelakan nafas selega-lega nafas atas segala yang berlaku dalam hidup aku, but itupun kalau aku ada rasa initiative nak menulis.

Dari kecik zaman jahiliah aku lagi, aku memang mula menampakkan minat dalam penulisan lagi-lagi dalam bahasa Melayu. Masa sekolah aku sangat aktif dalam aktiviti bahasa Melayu sampai mewakili sekolah untuk pemantun, penyajak, penulis dan paling aku appreciated the most ialah Choir dan Taekwondo sebab dengan cara menyanyi dan ber-martial art sahaja dapat melepaskan segala yang terpendam. Aku sekarang dah berlanjut usia, walaupun muka masih awet muda, aku masih kelihatan segar dan hyper, tapi secara tidak sengaja aku sudah pun menjangkau 22 tahun. Dari zaman sekolah pergi ke zaman diploma di Segamat, dari diploma aku melangkah ke zaman ijazah di Shah Alam sehingga lah kini. Aku Izzy nama glamour, rasa tidak berdayakemampuan untuk berchoir and taekwondo. Banyak reasons, dan salah satu nya adalah stamina dan berat badan yang masih belum mantap. Suara? Aku rasa dah banyak improve. Biasalah dulu aku selalu berangan-angan nak jadi seorang penghibur macam Sudirman sampai segala lagu dia aku hafal. Sekarang ini, aku perlu pandang serius kehadapan dan bertindak secara matang. Pasal angan-angan yang tak berapa nak sedar, aku pernah sekali masuk audition Mentor dan sampai ke final stage tapi tetap terkandas. Ada hikmah disebalik kejadian. haha funnayy!

Mulai hari ini tanpa segan silu silly, aku akan melepaskan segala kemarahan dan rona-rona makaroni hidup aku dalam Blog sebagai medium agar aku tidak melepaskannya kepada manusia tidak berdosa. Pfft.

Untuk topic ini, aku rasa macam sangat psycho gila rentetan dari ketidak percayaan kepada manusia yang menghebahkan cerita palsu durjana, KAU memang sial siakap babi. Sesiapa yang rasa tak puas hati dengan aku, ada lebih baik kau datang jumpa aku depan-depan confront yourself and tell me everything shits, daripada kau spread benda tak elok aku jadi makin sympathy dengan kau sebab nanti dekat neraka kau kena makan daging busuk tak tahu daging belah dan celah mana. Macam Sial lah.

Okay, sekian untuk topic kali ini Bye and selamat membaca lagi.

READ MORE

Macam satan.

Dear Readers,

Hello, hari ini aku tak nak cakap banyak, as usual aku baru saja habis fikir pasal assignment. Bapak banyak. Setelah aku jalani ujian analisa terhadap kaum wanita, 70% punca kecurangan adalah berpunca dari masalah pasangan mereka yang tidak berkaliber terima kasih.

Aku tak nak specific sangat kepada sesiapa, tapi fikirlah kalau dah kawan sendiri pun kau nak back stab ngorat bf dia, apa kehal dah tu?

Tapi bagus lah, kau nak test market kan. K Bye.
READ MORE
 
Template design by Izzy Adlina